Header Ads

ads header

Flash News

Bukan Rakyat Sahaja Tak Setuju Tukar Kerajaan, Pakar Ekonomi pun setuju kekal PN


Ekoran khabar angin tentang kemungkinan pertukaran kerajaan sekali lagi dalam waktu terdekat ini, ada pihak menyuarakan kebimbangan akan kesan perubahan tersebut kepada ekonomi negara yang semakin meruncing.

Bagi pakar ekonomi, Prof Dr Barjoyai Bardai, pertukaran kerajaan tersebut, iaitu peluang untuk membina semula ekonomi negara daripada sifar. Jika ini berani dilakukan.

“Sebab lebih mudah untuk bermula dari kosong (sama ada kerajaan bertukar atau pun tidak).

“(Terpulang) Sama ada Muhyiddin Yassin dan pasukannya berani nak mengemukakan (pendekatan) ini. Contohnya, industri pelancongan, perhotelan, dan pengangkutan udara memang dah habis, hancur. Kalau nak cuba baiki, tak ada guna.

“Kita perlu mula dari kosong (start from scratch), model baru,” katanya.

Mengulas lanjut, katanya, penutupan ekonomi ekoran perintah kawalan pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu, telah menggencat ekonomi, termasuklah perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang teruk terjejas.

Barjoyai menjangkakan pertumbuhan ekonomi pada kadar -5 peratus dalam suku tahun kedua, dan meletakkan harapan pertumbuhan akan pulih pada suku tahun keempat nanti, selepas melalui tempoh paling mencabar.

Prof Dr Barjoyai Bardai.

Katanya, dianggarkan lebih 2 juta orang akan diberhentikan kerja dalam tempoh beberapa minggu akan datang, dan golongan yang kehilangan sumber pendapatan ini sudah pasti akan turut mengharapkan bantuan kerajaan.

“Siapa-siapa yang mengambil alih kerajaan ini, dia akan mengambil alih kerajaan yang dibebani dengan semua keadaan ini. Adakah ini masa yang terbaik untuk dia mengambil alih?

“[...] Tapi, tak tahulah, mungkin Tun (Dr Mahathir Mohamad) atau Anwar (Ibrahim) rasa mungkin inilah masa terbaik kerana, kita berada di bawah, jadi kita boleh pacu ekonomi kita ke hadapan dengan adunan baru,” katanya lagi.(sedangkan semasa sebelum covid-19 kerajaan PH gagal dalam meningkatkan ekonomi - MR)

Setakat ini, majoriti pentadbiran PN masih terbukti. Bagaimana pun PH menjalankan psywar kononnya mereka ada 129 kerusi.

Sekiranya (mengikut cakap andaian) kerajaan benar-benar bertukar, Barjoyai menjangkakan kerajaan baru mungkin akan menghentikan segala rancangan ekonomi yang lama, dan membina semula ekonomi dari kosong dengan model baru.

“Jadi, positifnya ada kerajaan baru adalah kemungkinan itu (bermula semula dari kosong),” katanya.(entah mampus terus- MR)

Bagaimanapun, tegasnya, sama ada kerajaan bertukar atau pun tidak, bukanlah satu isu yang terlalu besar memandangkan “hero tidak didendang” sebenarnya adalah kakitangan kerajaan yang bekerja siang malam untuk memikirkan rancangan pemulihan negara.

Bagi seorang lagi pakar ekonomi dari Universiti Putra Malaysia, PM Dr Ahmed Razman Abdul Latiff, beliau berpandangan pertukaran kerajaan secara tiba-tiba hanya akan memberi kesan lebih buruk buat ekonomi negara.

Sekiranya berlaku pertukaran kerajaan dalam masa terdekat, katanya, ekonomi negara akan terjejas memandangkan ia pasti turut melibatkan pertukaran menteri, sekaligus menyebabkan inisiatif, polisi dan dasar yang sedang dilakukan untuk membaik pulih ekonomi, tergendala.

Katanya juga, keyakinan pelabur juga akan terjejas ekoran ketidakpastian polisi, sekaligus menjejaskan perancangan awal pelabur, baik yang domestik mahupun dari luar negara.

Ahmed Razman Abdul Latiff.

Namun, tambah Razman, kesan lebih buruk akan dirasai rakyat yang sedang berdepan kehilangan pekerjaan dan penutupan perniagaan, lebih-lebih lagi Jabatan Perangkaan Negara meramalkan kemelesetan ekonomi negara akan berlanjutan untuk tempoh empat hingga enam bulan lagi.

“Sudah tentu kita memerlukan kerajaan yang dapat fokus untuk memulihkan ekonomi dan bukan bergelut dengan peralihan kuasa.

“Sekurang-kurangnya kita berharap jika berlakunya peralihan kuasa sekali lagi, ianya dilakukan di dalam landasan yang betul seperti di parlimen dan bukan secara tiba-tiba kerana tumpuan utama pada masa ini ialah ekonomi dan kesejahteraan rakyat,” katanya.


MR :  Kesimpulan kekalkan PN


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


15 ulasan:

  1. rakyat bimbang dgn dakwaan macam2 NOMBOR...NOMBOR yang diambil dari kedai nombor EKOR atas TALIAN / DIRECT.//?????

    BalasPadam
  2. Ekonomi ??????.ada pula 58 juta untuk MCA bantu pendidikan Cina

    BalasPadam
  3. Apa nak bimbang ttg ekonomi. Penuhi hasrat nafsu serakah lebih penting dari rakyat dan ekonomi. Rakyaat bileh ditipu. Abgka ekonomi boleh direka-rekah oleh bijak pandai. Oingat kata pak pandir. Ada telinga dengar. Adamulut diam

    BalasPadam
  4. Saya nk bertanya dulu masa pilihsnraya siapa yg menang ye.? dan kenapa kata rakyat tidak setuju atau yg kata rakyat tak setuju tu ada makna dan saya masih tak faham apakah gunanya pilihanraya klau pakat2 lompat lepas tu bersatu dgn yg tak di setujui.

    BalasPadam
    Balasan
    1. PRU atas demokrasi serta MANDAT MANIFESTO..rakyat tidak SETUJU DAN MARAH disebabkan para pemimpin yg diangkat rakyat jadi MUNAFIK pada MANIFESTO dan mELUAT dgn tingkahlaku meratib rebut kuasa meroyan bila nak jadi PM8...AKHIRNYA PUNAH SENDIRI bila orang yg selalu diDesak letak jawatan GARA-GARA para PENDESAK

      Padam
    2. ALHAMDULILAH lepas ISTIKHARAH kami sekeluarga memang TIDAK UNDI PUN P akatan H ANCING dan P unah H arapan. Memang benar dpt petunjuk mereka BESAR MASALAH.

      Padam
    3. Menang sebab tertipu janji manis manisfesto pembohong tu sebab menang pru .Allah maha berkuasa penipu akhirnya terima padah 22 bln rakyat tersiksa akhirnya tersungkur tak sedar lagi ke Allah bg musibah lingkop kau....kesian ph party huruhara

      Padam
    4. Pilihan awak juga yang lompat. Awak kan yang pilih pkr dan bersatu. Jadi bila pilihan2 awak tu dah lihat rakyat dah tak sokong ph mereka lompatlah ikut rentak apa rakyat mau. So sekarang mandat rakyat dah berpaling ke pn. Kalau awak nak boleh je awak pergi lobby ke agung untuk bubar parlimen. Tapi agung tak nak bubar sebab dia tak nak susahkan rakyat lebih2 dalam wabah covid 19 ni dan dan buang lagi duit. Tunggulah tak sampai 3 tahun lagi pru 15. Masa tu bai bai ph. Kala nak buat pru sekarang sama juga bai bai ph.

      Padam
    5. Haha. pilihan raya tu utk mandat 5 tahun. menunaikan janji menifesto dalam masa 5 ahun mandat. takkan baru 22 bulan kita dah cakap diorang dah tipu dgn manifesto. lainlah kalau dah 5 tahun tapi manifesto belum tertunai. itu baru kita boleh cakap diorang penipu. hahaha. kalau macam tu BN dulu lagi byk janji tak tertunai lepas memerintah lebih 60 tahun. okay je. takde plak menyalak. lepas tu kaitkan lagi dgn Allah. Asal jatuh je bala dari Allah. kalau PH jatuh kerana bala Allah maka BN pun jatuh dulu pasal terima bala Allah. so kalau tiba2 PN jatuh mesti mau ingat yg ni pun bala dari Allah. biarlah PH memerintah. bukan lama pun lagi pun. kalau boleh tunggu 22 bulan takkan tak boleh tunggu lagi 30 bulan. mase tu kalau PN menang pun dah takde dah rakyat nak bising. dah takde dah rakyat nak kecam. menang penuh bermaruah.

      Padam
    6. Janganlah marah2 gurau je . Apa salahnya bg Pn pulak kan kan kan...

      Padam
    7. Mcm mana nak tunai janji manifesto klu sesama dia dlm kerajaan pun berebut jawatan. Kita undi dia spy bawak perubahan, kemajuan kpd negara ini baru 22 bln dah rasa 22 thn, hidup pun tak aman. Kejap2 kena sentap dgn mcm2 isu. Hampeh betul la PH ni!

      Padam
  5. Agak ph ini dah gila agaknya nak tukar kerajaan habis menteri timb menteri yg dah pegang jawatan sebak uruskan ng yg dah kucar kacir yg kata muflis tapi byk harta yg di tinggalkan olih mantan najib sehingga dpt di zahirkan olih pm kita melalui bantuan prihatin rakyat dan berbg kemudahan bantuan kewangan di berikan pd rakyat yg kononya malaysia muflis sampai kelapa sawit org felda yg senang lenang selama ini sampai tak makan
    Hai mahadir syed sidek kau nak jadi menteri apa nak lantik siapa ganti gandingan menteri timb menteri sekrg yg berjaya melaksanakan kerja utk semua kementerian termasuk kkm yg sebuk dgn covid siapa menteri pkr dap yg nak kau lantik ganti gandingan menteri yg cukup pengalaman dari bersatu umno pas yg pasti menteri yg dulu yg do lantik dahlah tak pandai tipu sijil pandai jual harta kerajaan aje mane nak cari bolih ke fikir gunakan otak jgn letak bawah tapak kaki kepentingan rakyat di dahulukan bukan perasaan hati dan dendam kesumat bodoh.....rakyat memerhati dan menilai

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aku pon sapai lo jdi confuse.. Dulu anaur kene penjara psl liwat kan.. Madey yg penjarakan..abis tu peliwat boleh ke nk jdi pm lgi.. Ke madey yg saja2 reka cerita.. Klu madey yg reka madey dia yg bersalah.. Yg pasti dua2 ni nk jdi pm.. Pelik laa mlysia ni.. Org mcm ni blh nk ikut lgi..haru di buat ye..

      Padam
  6. Kebenaran tetap teserlah macam mana sekali pon.

    BalasPadam
  7. Kerajaan PH tumbang ada kena mengena ke dengan BN dan PAS yang tak puas hati sangat nak pertahankan kerajaan 22 bulan ni, beliau2 sendiri yang runtuhkan rumah sendiri lepas tu nak salahkan orang lain, jalan terbaik kekalkan dulu kerajaan yang ada sekarang ni dari sibuk tak habis2 bertelangkah sesama sendiri gilakan jawatan. Cukuplah sekali orang Melayu tertipu dan ditipu... TSMY terbaik membuktikan Malaysia atau Tanah Melayu ini milik orang Melayu.

    BalasPadam