Header Ads

ads header

Flash News

Bursa Malaysia catat paras tertinggi enam bulan (termasuk semasa PH memerintah)


Pasaran saham tempatan yang berada pada paras tertinggi dalam tempoh enam bulan dijangka meneruskan lagi momentum kenaikannya, disokong oleh langkah yang diumumkan di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA), Jumaat lalu.

Penanda aras di Bursa Malaysia, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat hari ini apabila pelabur melihat Malaysia berada dalam landasan tepat dan bersedia untuk proses pemulihan ekonomi berdasarkan langkah PENJANA serta kelonggaran di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Ketika ditutup, FBM KLCI meningkat 18.83 mata kepada 1,575.16 berbanding 1,556.33 ketika ditutup pada Jumaat lalu, sekali gus paras tertinggi sejak Januari lalu.

Indeks utama itu dibuka 16.47 mata lebih tinggi pada 1,572.80 dan bergerak di antara 1,567.97 hingga 1,590.83 sepanjang sesi dagangan.

Pemegang lesen Wakil Peniaga dan Pasaran Hadapan Inter-pacific Securities Sdn Bhd, Zainal Ariffin Osman, berkata PENJANA mampu mengurangkan impak atau kejutan yang disebabkan oleh pandemik COVID-19.

Beliau berkata, seperti kebanyakan pasaran saham global, Malaysia juga tidak terkecuali daripada berdepan dengan kejatuhan selain keputusan kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebagai usaha membendung pandemik itu.

Namun, tegasnya, berdasarkan dagangan hari pertama selepas pengumuman PENJANA oleh Perdana Menteri pada Jumaat lalu, Bursa Malaysia kekal stabil sepanjang sesi.

"PENJANA terus memberikan dorongan kepada pasaran ditambah dengan pembukaan kembali aktiviti ekonomi secara berperingkat.

"Ini adalah masa untuk pasaran menjalankan pemulihan kerana sudah merekodkan kejatuhan yang banyak sejak Februari lalu.

"Dorongan seperti ini membantu meningkatkan sentimen pelabur dan mengukuhkan kembali keyakinan kepada pasaran saham tempatan.

"Bagaimanapun, Bursa Malaysia masih belum dapat menjangka sama aa pelan pemulihan ini mampu menarik kembali pelabur asing kerana ketika ini belum ada tanda mereka akan kembali ke pasaran," katanya sambil menambah, unjuran beberapa pihak termasuk Bank Dunia mengenai pemulihan ekonomi Malaysia bermula pada akhir tahun ini juga menjadikan sentimen pasaran bertambah positif.

Sementara itu, Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata pengumuman PENJANA menunjukkan komitmen kerajaan untuk terus menyokong pertumbuhan ekonomi domestik.

Beliau berkata, beberapa langkah khusus kepada industri tertentu seperti industri hartanah dan automotif juga dijangka merancakkan jualan bagi syarikat yang berkaitan dengan industri terbabit.

Bagi pasaran saham tempatan, katanya, ia dilihat akan kembali meningkat berdasarkan pemulihan dan kelebihan beberapa sektor ketika ini.

Mohd Afzanizam berkata, berdasarkan analisis teknikal, kedudukan paras rintangan semasa adalah 1,633 mata dan paras sokongan adalah 1,552 mata.

Selain itu katanya, indeks FBM KLCI berada di paras terlebih beli.

"Sememangnya, pasaran saham tempatan dijangka akan mengalami pembetulan teknikal dalam masa terdekat.

"Namun, bagi pelabur asing, buat masa ini, mereka lagi mencatatkan jualan bersih. Ini bermakna mereka sedang memerhati suasana pasaran semasa dan prospek akan datang.

"Justeru, buat masa ini mereka mungkin memilih untuk melabur dalam instrumen yang berisiko rendah seperti bon kerajaan. Bagaimanapun, sekiranya momentum pemulihan ekonomi ini berterusan, kita boleh menjangkakan mereka akan kembali aktif dalam pasaran saham tempatan," katanya.


MR :  Macai PH bodoh nak faham perkara macam ni


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. Dua-dua beruk yang gila kuasa tu boleh tempah kain kafan dan buat booking kubur masing-masing.
    Boleh minta geng DAP buat sembahyang mayat, nyalakan lilin kemudian nyanyi lagu gereja.

    BalasPadam
  2. Kegemaran madey. Jilat kahak dia semula. Setelah membuang dilongkang. Sebab itu dia dapat darjat sama penyukong2 dia.dapat anugerah tertinggi 2020.(MML)Madey mulut longkang.

    BalasPadam