Header Ads

ads header

Flash News

Dr M, 5 pemimpin PPBM ‘terhenti’ keahlian fail tuntutan batal pemberhentian


PETALING JAYA:
Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad bersama 5 pemimpin PPBM lain yang “terhenti” keahlian memfailkan tuntutan untuk membatalkan pemberhentian itu.

Mereka menamakan Presiden Muhyiddin Yassin, Setiausaha Agung Hamzah Zainuddin, Setiausaha Kerja Muhammad Suhaimi Yahya, dan Pendaftar Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia, Masyati Abang Ibrahim sebagai defendan dalam tindakan sivil itu.

Peguam Haniff Khatri Abdullah yang mewakili mereka berkata penyata tuntutan difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Mereka berhujah keputusan untuk memberhentikan keahlian mereka bukan keputusan sah mana-mana pihak sah yang diberikan kuasa oleh parti menurut perlembagaanya.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


7 ulasan:

  1. Hahaha..ko sendiri gubal undang2 keputusan parti tak boleh di cabar di mahkamah. Takpelah lawyer2 loyar buruk pun nak makan. Tekan banyak2 upah wahai lawyer. Lepas ni mungkin tak boleh cari makan dah dari 5 ekor ni.

    BalasPadam
  2. Sendiri buat sendiri saman. Takkan menang punya.

    BalasPadam
  3. Sudah lah tu tok jangan lah remaja kerena anakahu jadi Pm sanggup gadai kan negara dan maruah rakyat di perbodohkan

    Muka tak malu dah ludah nak jilat balik

    BalasPadam
  4. Sendiri hantar surat letak jawatan, lepastu buat tuntutan mahkamah pulak, betul ka tk betul niii ???

    BalasPadam
  5. Apa yg ko merepet ni Mahathir

    _____________________________



    Keahlian BERSATU terhenti jika bawa kes ke mahkamah

    AHAD, 31 MEI 2020 @ 6:46 PM


    KUALA LUMPUR : Ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang merujuk kes berkaitan parti ke mahkamah boleh secara serta-merta terhenti keahliannya.

    Perkara ini disebut dengan jelas di bawah fasal 10.2 dan 10.2.6 Perlembagaan BERSATU yang sebelum ini melalui proses pindaan.

    Pengerusi Lembaga Disiplin BERSATU, Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas, berkata semua ahli dan pemimpin harus menyedari perkara itu memandangkan mereka sendiri yang menggubal perlembagaan parti.

    "Saya hairan kenapa mereka tak faham Perlembagaan BERSATU, walhal mereka yang menggubal dan meluluskan perlembagaan ini ketika BERSATU ditubuh," katanya kepada BH, hari ini.

    Beliau diminta mengulas kenyataan Ketua ARMADA BERSATU, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pada sidang media pagi tadi bahawa lima pemimpin parti itu yang dianggap gugur keahlian selepas duduk di blok pembangkang ketika sidang Dewan Rakyat baru-baru ini sedia merujuk proses undang-undang.

    Ahli Parlimen Muar itu menjelaskan penggunaan fasal berkenaan sebagai tidak tepat, justeru makluman berkenaan pengguguran keahlian mereka dibuat Setiausaha Kerja BERSATU, Muhammad Suhaimi Yahya sebelum ini tidak sah.

    Ditanya sama ada lembaga disiplin kekal dengan pendirian dibuat parti mengenai keputusan pengguguran lima pemimpin sebelum ini, Megat Najmuddin berkata, apa yang diputuskan adalah berdasarkan perlembagaan parti.

    "Pandangan kita berasaskan apa yang mereka sendiri luluskan di dalam perlembagaan dulu," katanya merujuk surat makluman dikeluarkan Suhaimi berkenaan pengguguran keahlian lima pemimpin BERSATU itu.

    Selain bekas Pengerusi BERSATU, Tun Dr Mahathir Mohamad, empat lagi yang digugurkan keahlian mereka adalah Timbalan Presiden, Datuk Seri Mukhriz Mahathir; Syed Saddiq Syed serta Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT), Dr Maszlee Malik dan Datuk Amiruddin Hamzah.

    Pengguguran keahlian itu dibuat menurut fasal 10.2.2 dan 10.2.3 perlembagaan BERSATU.

    Hak Cipta Terpelihara © 2020 - BH Online
    New Straits Times Press (M) Berhad (4485-H)


    BalasPadam
    Balasan
    1. Siapa lawyer bangang yang nak ambil kes ni?

      Gerenti kalah.

      Dia ingat akta Pertubuhan ni macam Kesatuan Pekerja ke. Ada unfair dismissal?

      Sah OKU.

      Padam