Header Ads

ads header

Flash News

Dr M paksa PKR pilih antara 2 kesudahan


Pada pilihan raya umum lalu, rakyat memilih Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri. Mandat rakyat itu ditamatkan Mahathir apabila beliau meletakkan jawatan PM meskipun dipujuk Yang di-Pertuan Agong pada Februari lalu.

Keinginan beliau mendirikan sebuah kerajaan perpaduan mengejutkan ramai di saat getir, ketika semua ahli Parlimen perlu menyatakan pendirian mereka kepada Agong.

Cita-cita Mahathir mendirikan kerajaan perpaduan akhirnya hancur berkecai bersama jawatan PM sementara yang dipegangnya apabila beliau tidak lagi dicalonkan sebagai PM oleh Pakatan Harapan ketika berjumpa Agong. Sebaliknya, yang dicadangkan PH ialah Anwar Ibrahim.

Selepas Muhyiddin Yassin mengangkat sumpah sebagai PM, Mahathir dalam satu pertemuan tertutup bersama ahli PPBM menyerang Anwar “gila-gila” hendak menjadi PM.

“Anwar memang dia gila-gila nak jadi PM, dia tak boleh jadi (PM) pasal entah macam mana kalau dulu ramai sokong dia, sekarang ini ramai sokong saya.

“Saya amat sedih kerana saya kalah dalam pemilihan ini kerana dia minta pada PH supaya namakan dia sebagai calon (PM) PH. Kalau tak, saya dah dapat 90 undi dan tambah 60 undi, saya boleh dapat majoriti jadi (PM) kerana dia tuntut untuk jadi calon, walaupun dia sepatutnya tak boleh dapat, tetapi dia tuntut,” kata Mahathir dalam mesyuarat tertutup dengan pemimpin akar umbi PPBM di Yayasan Kepimpinan Perdana pada 1 Mac lalu.

Pertarungan antara Mahathir dan Anwar tidak terhenti di situ. Persepsinya, mereka juga saling berebut jawatan ketua pembangkang, tetapi akhirnya jawatan itu dimenangi Anwar. Sebagai ketua pembangkang, selayaknya Anwar ialah calon PM parti pembangkang sekiranya mereka mendapat kuasa semula.

Namun, di dalam sifir buku politik Mahathir, jawatan ketua pembangkang tiada apa nilai.

Di dalam kekalutan mendapatkan kembali sokongan untuk menjadi PM, Mahathir semalam mencadangkan Presiden Warisan, Shafie Apdal sebagai calon PM menggantikan beliau.

Beliau turut mendakwa DAP dan Amanah sebulat suara bersetuju dengan cadangan ini yang juga menyaksikan Anwar dan anak Mahathir, Mukhriz dilantik sebagai timbalan perdana menteri I dan II.

Presiden Amanah, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menangkis dakwaan itu segera dengan menjelaskan cadangan opsyen Shafie sebagai PM perlu dibawa berbincang mesyuarat Majlis Presiden PH yang turut dianggotai Anwar.

Persoalannya, jika Mahathir sanggup menyokong Shafie diangkat sebagai PM, mengapa Mahathir tidak mencadangkan Anwar, yang juga ketua pembangkang sebagai calon PM?

Jika Mahathir boleh memujuk orang yang menyokong beliau untuk menyokong Shafie sebagai PM, mengapa Mahathir tidak mampu berbuat demikian untuk Anwar?

Apakah Shafie mempunyai sokongan ahli Parlimen mencukupi berbanding Anwar? Opsyen melantik Mahathir sebagai calon PM ke-9 hancur berkecai, meskipun disokong penuh DAP dan Amanah kerana PKR dan Anwar enggan menerima beliau sebagai calon PM ke-9.

Oleh itu, mampukah Shafie mendapat sokongan ahli Parlimen yang cukup? Jika PKR menolak cadangan opsyen di mana Anwar menunggu 6 bulan sebelum Mahathir menyerahkan kuasa jika PH kembali berkuasa, apakah PKR boleh menerima cadangan baru ini, di mana jika ditakdirkan Shafie akan menjadi PM, belum tentu beliau akan ada tempoh untuk menyerahkan kuasa kepada Anwar. Silap-silap, Mukhriz yang memintas Anwar nanti.

Perkara paling membingungkan dalam Langkah terbaru Mahathir ini ialah syarat melantik Mukhriz sebagai timbalan perdana menteri II.

Apakah locus standi yang ada untuk Mukhriz dilantik sebagai timbalan perdana menteri II? Secara jujurnya, Mohamad jauh lebih layak memegang jawatan itu berbanding Mukhriz kerana Amanah mempunyai kerusi Parlimen sekali ganda melebihi Mahathir, yang kini tanpa parti.

Sedar atau tidak, saban hari, persepsi kian dibina PKR ialah penghalang kepada usaha PH kembali menjadi kerajaan selepas parti itu bertegas tidak menerima Mahathir sebagai calon PM ke-9.

Langkah terbaru Mahathir ini akan memaksa PKR memilih antara 2 kesudahan, iaitu sama ada PKR akan menegaskan prinsip dan menelan tuduhan mereka punca pembangkang berpecah atau melupakan hasrat Anwar menjadi PM buat selama-lamanya?

TIMMY SAY


MR :  Siapa aka kena?


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


9 ulasan:

  1. Tun Mahathir sudah tak konsistensi
    Fikiran nya telah buntu

    BalasPadam
  2. Tuan,
    Kalau Tuan baca penulisan Kamarul Zaman Yusoff mengenai serangan yang diterimanya oleh Kristian Evangelist Hannah Yeoh dan kuncu-kuncu Melayu Munafik yg bersama DAP, tuan akan yakin mengapa YDP Agong perlu bertindak demi keselamatan negara dan kedaulatan raja Melayu serta kesucian agama Islam.
    Sesungguhnya orang yg bernama Anwar Ibrahim dan Tun Mahathir serta pengikut-pengikut mereka adalah orang-orang yang celaka.
    Jelas betul kemunafikan mereka kerana mereka kekal bersama DAP yang dengan terang mahu mengkristiankan negara kita.
    Dalam Twitter orang seperti saya kena banned hanya kerana berhujah dengan golongan ini bahawasanya Malaysia adalah Negara Islam.

    Dengan sini semua, PAS bukan hamba sesiapa. Kita adalah pejuang Islam. Innasolati wanusuki wamahyaya wa mamati lillahirabbilalamin. Ini ikrar kita 5 kali sehari.
    Kita memerangi orang kafir DAP dan orang Munafik yang bersekongkol dengan mereka tak kiralah dari parti mana sekalipun. Perang tak semestinya dengan senjata. Perang yang sebenar ialah perang psikologi dan hujah menentang mereka. Jika mereka mengangkat senjata, barulah kita angkat senjata mempertahankan diri.

    Wajib bagi kita umat Islam utk berada dalam satu jemaah. Sesungguhnya serigala boleh senang makan kambing yang tiada dalam kumpulan.
    Kita umat Islam bagai buih di lautan dan orang kafir menghancurkan umat Islam seperti memakan suatu hidangan. Inilah gambaran nabi Muhammad tentang umat akhir zaman.

    Tapi selagi ada orang macam saya dan macam Kamarul zaman Yusoff, dan orang orang seperti ketua Pemuda PAS dan ustad Abdul Hadi Awang, Ustadz Idris dan semua yang ada dalam PAS sekarang, selagi itulah Islam di Malaysia akan ditegakkan. Kesudahan kita dua sahaja, syahid atau menang. Kita rela mati di jalan Allah. Dunia ini tiada nilainya. Segala kemewahan yang ada dalam dunia ini adalah penipuan semata-mata. Nabi kata dunia adalah umpama orang tua kerepot yang dah nak mampus. Sila rujuk kisah Israk Mikraj.

    Adapun orang bodoh dalam MindaRakyat ini mengatakan PAS adalah yes man kpd UMNO. Inilah pemikiran bodoh mereka yang underestimate kekuatan umat Islam dalam jemaah PAS.
    Dengar sini saudara, PAS bukan parti politik sahaja, ianya adalah satu jemaah. Jemaah ialah satu organisasi yang ada syllabus tarbiyyah, yang ada susunan pasukan, yang ada prinsip perjuangan berlandaskan Al Quran dan Al Sunnah. Surah As Saff jadi panduan utama perjuangan Islam dalam PAS.

    BalasPadam
    Balasan
    1. sokong TN JUKA...selama ni PAS TETAP ISTIQAMAH dgn perjuangan ISLAM BERDASARKAN alquran/hadis/qias/itjimak ulama...PAS bukan sahaja parti politik malah lebih utama dakwah memikul Rahmatunlilalamin.sebab itu kami kekal ISTIQAMAH wpun pernah keseorangan dan dKHIANATI yg lari dari JAMAAH dgn jadi PanKHIANAT semata2 tidak terpilih dlm MUKTAMAR serta menabur fitnah rm90juta/taliban/radikal/rasis/pemecahbelah/penjual agama.Kami tidak kebulurkan jawtan cothi TGHH yg telah tolak jwtn MB tgganu/kabinet PN TETAPI menerima sebagai tggjawab dan amanah dunia akhirat.

      Padam
    2. Teruskan perjuangan. Kami bersama tuan. Seeru ala barakatillah.

      Padam
  3. Agenda utama tun adalah menaikkan mukhriz jadi pm dia sanggup lakukan apa saja demi anaknya xkan menyerahkan kepada anuar.shafie nak jadi pm??

    BalasPadam
  4. Haha.. semua block PH sudah termakan dgn permainan licik Tun.. kalau diamati secara halus Tun memang sudah tiada hati lagi utk menjadi PM.. cuma sekarang ni ada lagi dua tugas yg penting bagi dirinya.. menjatuhkan Muhyidin dan UMNO dan menghapuskan terus peluang Anwar menjadi PM selepas ini.. dengan kata lain menghancurkan karier Anwar.. sbb itu cadangan demi cadangan dibuat agar PH bergolak dan berpecah.. pemimpin2 PH yg inginkan kuasa akan memberi tekanan kuat pada Anwar agar menerima cadangan Tun. Kalau Tun berjaya meminggirkan Anwar maka sekutunya Azmin kitol dan geng akan berpaling tadah menyokong Tun kembali. Dan kalau cadangan Tun ditolak Anwar akhirnya PH akan mengangggap Anwar sebagai puncanya.. padahal Tunlah puncanya.. reverse target yg sgt halus.. Anwar telah nampak permainan ini..

    BalasPadam
  5. Sementara menuju ke lubang kubur

    BalasPadam
  6. Lebih baik anwar masuk pas dan bubar saja pkr tu.mukin lebih semang boleh jadi pm.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dahulu memang itulah rancangann ya. Masa dia masuk UMNO bukankah dia bersama ABIM? Bukankah jemaah ABIM dgn PAS ketika itu satu alliance?
      Tapi dia masuk UMNO kerana di beli Mahathir.
      Apa jadi pada ABIM? Pecah dua, habis PAS pun terbelah dua juga. Kacau. Sedih tengok orang Islam berpecah kerana Anuar. Dahulu ramai geng ABIM dalam PAS. Boleh dikatakan semua orang ABIM keluar PAS. Tinggal sikit aje, orang panggil ABIM utara atau sahabat utara.
      Kamu ingat tak sejarah ni time 1993 agaknya.
      Inilah dia Anuar Ibrahim.
      Mengkhianat dan dikhianati.

      Padam