Header Ads

ads header

Flash News

Dr. Mahathir gagal hubungi GPS


PETALING JAYA –
Tun Dr. Mahathir Mohamad mengakui bahawa Gabungan Parti Sarawak (GPS) memberi sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dr. Mahathir berkata, beliau tidak berjumpa malahan gagal menghubungi Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg selepas kerajaan Perikatan Nasional (PN) dibentuk.

“Saya tidak berjumpa dengan beliau, malahan tidak boleh menelefon beliau,” katanya kepada Sinchew Daily.

Ditanya sama ada GPS akan menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mahathir berkata: “Anwar kata GPS menyokongnya, tetapi saya melihat GPS menyokong Muhyiddin.”

Kata Dr. Mahathir lagi, beliau tiada apa-apa yang dapat dicadangkan kepada GPS pada masa ini.

Dr. Mahathir bagaimanapun berkata, Abang Johari pernah bertemu dengannya sebelum “Pertemuan Sheraton.”

“Beliau menyatakan sokongan 100 peratus kepada saya, oleh itu saya sangat gembira. Tetapi, apabila sampai masa menandatangan, mereka tidak menyokong saya,” katanya.

Menurut Dr. Mahathir, beliau tidak tahu apa yang menyebabkan pertukaran pendirian GPS.

“Kami harap GPS dapat memberi sokongan, anda tahu Muhyiddin meluluskan banyak duit untuk Sarawak, ini merupakan satu bentuk rasuah, iaitu cuba mendapat sokongan Sarawak,” katanya.

 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


12 ulasan:

  1. bila org lain rasuah selalu tp kalau dia maka itu disebut bantuan....pelik sungguhkan?

    BalasPadam
  2. Jika bantuan kepada negeri pun dikatakan rasuah maka madey kena reset balik otaknya supaya kembali normal

    BalasPadam
  3. X perlu reset sebab memory none reset sebab sudah invalid

    BalasPadam
  4. Kalau dia beri semua betul,kalau PM lain yg beri semua rasuah,fikir fikirkanlah rakyat MALAYSIA

    BalasPadam
  5. ludah terpercik dimuka sendiri...ludah sebagai kiasan tun tidak iktiraf lantikan YDPA...akhirnya GPS pun meludah muka TUN.

    BalasPadam
  6. GPSjelas xmahu dap.. Tu pun mahathir xingat

    BalasPadam
    Balasan
    1. "otak o otak, kenapa x boleh ingat"
      "Mcmana aku x ingat, memori dah expired"

      "Memori o memori, kenapa kau dah expired"
      "Mcmana aku x expired, kubur kata MARI"....

      Padam
  7. Orang lain buat semua SALAH. Hanya dia saja yg.betul. Tahniah , sb tak pernah buat salah. Tahniah TM

    BalasPadam
  8. Atuk salah tgk GPS, tau2 dah keluar route (Keluar Dr jawatan PM). . Pastu wrong way, wrong way.. Hahaha.. Sesat sampai la ni sbb GPS takde line..

    BalasPadam
  9. Mungkin sebab Najib Razak kot

    BalasPadam
  10. Apa nama...apa nama, madir..hang ukur tinggi hang, bukan apa senang orang nak gali kubuk hang. Lagi satu jangan tanam dia dekat kubur pahlawan...takut pahlawan yang lain pakat kencin muka dia nooo.!!!!

    BalasPadam