Header Ads

Header ADS

Empat ADUN DAP Selangor nafi sokong PN, ikrar taat setia


SHAH ALAM -
Empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Selangor menafikan menyokong Parti Perikatan Nasional (PN) menerusi penularan senarai nama beberapa pemimpin di media sosial baru-baru ini.

Menerusi satu kenyataan bersama, empat ADUN berkenaan iaitu V Ganabatirau (Kota Kemuning), Lee Kee Hiong (Kuala Kubu Bharu), Bryan Lai Wai Chong (Teratai) dan Tony Leong Tuck Chee (Pandamaran) berkata, mereka menolak sepenuhnya sebarang bentuk pengkhianatan terhadap parti berkenaan dan Pakatan Harapan (PH) dalam cubaan rampasan kuasa di negeri ini.


"Hari ini, keempat-empat kami ini ingin menekankan bahawa segala pengkhianatan terhadap rakyat menerusi DAP dan PH adalah ditolak secara total oleh kami dalam apa jua keadaan," katanya.

Menerusi senarai nama yang tular itu, terdapat nama beberapa pemimpin lain yang didakwa menyatakan sokongan terhadap PN di Selangor antaranya adalah ADUN Bukit Antarabangsa, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, ADUN Lembah Jaya, Haniza Talha, ADUN Pandan Indah, Ir Izham Hashim, ADUN Paya Jaras Mohd Khairuddin Othman, ADUN Kajang, Hee Loy Sian dan beberapa lagi pimpinan lain.

Mengulas lanjut, keempat-empat ADUN itu berkata, mereka tidak akan mengkhianati mandat rakyat dan akan terus menjalankan tanggungjawab diamanahkan di kawasan masing-masing.

"Kami berikrar untuk terus setia kepada DAP, PH dan rakyat. Senarai nama yang tular itu adalah palsu dan tidak sahih," katanya.

Tambahnya, PN perlu menghentikan segala perbuatan fitnah bagi melakukan cubaan rampasan kuasa kerajaan di Selangor melalui pintu belakang. - Sinar Harian


MR :  Gossip yang pasti ada angin bertiup


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. Rakyat mengundi kamu agar kamu dapat membantu rakyat melalui parti kamu. Tapi apabila parti kamu tidak dapat dijadikan tempat untuk membantu rakyat dan kamu masih berada di situ, itulah dinamakan menghianati mandat rakyat.

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.