Header Ads

ads header

Flash News

Gabungan Baharu PH ++ Anwar hanya Timbalan PM sahaja


KUALA LUMPUR –
Penyokong Gerakan PH++ sedang berusaha merealisasikan gabungan politik yang mengangkat Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri manakala Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai timbalannya.

Sinchew Daily melaporkan, PH++ merupakan gabungan antara Pakatan Harapan (PH)  dengan wakil rakyat kem Dr. Mahathir, Warisan, UPKO, Parti Sarawak Bersatu, malahan mengintai Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Walaupun sebelum ini Dr. Mahathir mempertimbangkan Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal sebagai calon Timbalan Perdana Menteri, tetapi penyokong kerajaan PH cuba menyakinkan beliau mengenai kepentingan 39 kerusi yang dimiliki PKR jika mahu membentuk kerajaan.

Walau bagaimanapun, mesyuarat khas yang diadakan pemimpin tertinggi PKR pada Ahad telah menunjukkan pendirian bahawa parti itu menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri manakala isu Timbalan Perdana Menteri tidak dibangkitkan.

“Mesyuarat tidak berbincang bagaimana PH dan Dr. Mahathir dapat mengumpulkan jumlah wakil rakyat yang mencukupi bagi membentuk kerajaan. Isu sama ada Anwar sanggup menjadi Timbalan Perdana Menteri juga tidak dibincangkan.

“Majlis Pimpinan Pusat PKR sebaliknya menyokong sepenuhnya Anwar sebagai satu-satunya calon Perdana Menteri,” kata sumber kepada Sinchew Daily.

Walaupun PKR telah menetapkan pendirian, tetapi parti itu masih terbuka kepada perbincangan dan sedia berunding dengan rakan-rakan PH.

“Masih boleh dibincangkan, kami tidak akan menutup pintu untuk perbincangan.

“Mesyuarat telah menetapkan untuk menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri dan kami juga memutuskan untuk menyerah kepada pemimpin parti bagi berbincang dengan parti lain,” kata sumber itu.

Sementara itu, Dr. Mahathir dilaporkan yakin untuk mendapatkan sokongan Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk membentuk kerajaan PH++.

GPS dilaporkan perlu mempertimbangkan hubungannya dengan Pas dalam Perikatan Nasional kerana kerjasama dengan Pas mungkin menjejaskan prestasinya dalam pilihan raya negeri Sarawak pada tahun depan. – MalaysiaGazette

MR :  Ni kira dah kebulur sangat... TPM oklah


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


17 ulasan:

  1. Cukup-cukuplah dua boneka parti kafir Harbi DA-Pigs berlakon wayang opera di hadapan orang ramai kerana orang ramai telah kedua-duanya adalah musuh ketat yang saling berusaha untuk menjatuhkan pesaing. Kepala bapak kafir Harbi DA-Pigs ketawa tegolek-golek.

    BalasPadam
  2. Menolak Islam, Pasti Akan menjatuhkan kamu di dunia Dan lebih2 lagi di akhirat. Mengaku Islam tapi tolak ajaran Islam??? Manusia jenis apakah ini???

    BalasPadam
  3. nnti rebut lg...matilanak..hahaha

    BalasPadam
  4. Bang nong nak kena kencing lagi dgn atok ke??? selagi ada 2 manusia ni selagi itu perebutan jawatan pm tak habis2

    BalasPadam
  5. Nanti bila dah menang kutuk Melayu , kutuk Tok Guru , hina Islam hina Nelayu hina Raja , sindir sana sindir sini , sekat sana sekat sini, kutuk orang Miskin, kutuk siswa siswi , tarik bantuan , tarik elaun , potong gaji, turunkan gred penjawat awam, hina pemandu Grab , hina Teksi , hina Uber , sindir guru ,sindir polis , sondir tentera , hina orang tua ,
    Kemudian puji orang kaya , puji cina kononnya mereka kaya sebb mereka ni rajin , Melayu ni malas harapkan kerajaan sahaja.....dan macam macam lagi keeja yang tak berfaedah.
    Bukannya nak selesaikan masalah tapi kerjanya menyindir sahaja.

    Lain sungguh dgn kerajaan sekarang.
    Kononnya dia kerajaan pintu depan tapi tipu aijil salah titik perpuluhan , tipu Manifesto tipu bayaran tol, tipu PTPTN hancur negara.
    Tak payahlah.
    InsyaAllah takkan menang.
    PH bodoh.

    BalasPadam
  6. Sudahlah tu.meluat betul..politik kepala babi

    BalasPadam
  7. Semoga negara aman dan damai di bawah pimpinan Perdana menteri TSMY

    BalasPadam
  8. Org sekarang sibuk dengan covid 19, kamu org tua nk mampus sibuk dok berebut jawatan...last2 rakyat yg merana..

    BalasPadam
  9. Jujurnya dh meluat dengan politik diorang yg tak hbs2 dok berebut nak berkuasa...Semoga ALLAH tunjukkan kebenaran dan Selamatkan Malaysia dr org2 yg zalim...Aamiin

    BalasPadam
  10. Dua mangkuk ni? Double-trouble, hancur Malaysia dibuatnya kalau mereka menang.

    BalasPadam
  11. Udah2 le PH...rentikan je la buang Masa je

    BalasPadam
  12. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  13. Moga Kerajaan PN terus memerentah Malaysia tanpa dikalahkan oleh mana2 parti pembangkang. Amiin

    BalasPadam
  14. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  15. Marilah kita sama2 berdoa semoga malaysia aman.

    BalasPadam
  16. Aku suka kejujuran keselamatan. prihatin rakyat jelata di pimpinan Tan Seri MUHIDDIN Yasin Amin.

    BalasPadam