Header Ads

ads header

Flash News

Hipokrasinya Pemimpin Warisan – IMM13


Hipokritnya kenyataan setiausaha politik kepada Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah yang telah dikongsi oleh Menterinya si Junz Wong.

Sebelum itu ada baiknya kita rujuk balik kenyataan dari beberapa pemimpin pemimpin Warisan termasuklah dari Ketua Menteri Sabah berhubung dokumentasi untuk pendatang asing tanpa izin.

Bagi dibuat perbandingan sekaligus bukti adakah kenyataan terbaru mereka bersifat hipokrasi atau sebaliknya.

Ketua Menteri, Shafie baru baru ini mengingatkan yang dokumen burung burung dan banci tidak boleh ditukar menjadi IMM13 sekaligus diproses menjadi dokumen tunggal.

(Padan muka penyokongnya yang terdiri daripada golongan ini)

Peringatan itu ditujukan terhadap Timbalan Menteri dalam negeri Jonathan Yasin, Maximus Ongkili serta Dr Jeffrey

Polemik itu timbul bila Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainuddin dalam rangka lawatannya ke Sabah. Menyatakan bahawa bagi menyelesaikan lambakan pendatang asing di negeri Sabah. Maka dokumen seperti IMM13 dan seumpamanya akan diproses menjadi dokumen tunggal. Walaubagaimanapun sebelum program pemutihan itu dilaksanakan, kerajaan Malaysia terlebih dahulu akan berhubung dengan kerajaan Filipina atau negara jiran lain bagi mendapatkan status kewarganegaraan pemegang tiga dokumen berkenaan. Jika mereka diakui sebagai warganegara negara asal maka mereka akan dihantar balik, sebaliknya jika bukan maka ia akan menjadi tanggungjawab kerajaan Malaysia untuk menyelesaikannya.

Hakikatnya peringatan itu bertentangan dengan syarat PSS yang cuba dilaksanakan oleh kerajaan Warisan. Syarat PSS, seseorang itu harus ada dokumen IMM13, burung burung, banci dan mereka yang tidak ada keterangan diri serta tidak perlu mendapatkan pengesahan dari negara asal.

Kurang itu boleh pula Ketua Menteri Shafie menyalahkan Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana kononnya yang mencadangkan PSS.

Bila gagal semua pihak disalahkan. Tapi cuba andai PSS berjaya direalisasikan adakah Ketua Menteri atau Warisan akan menyalahkan Tan Sri Muhyiddin Yassin. Sudah tentu tidak.

Sedangkan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang berjawatan Menteri Dalam Negeri pada waktu hanyalah cuba memenuhi visi dan misi ketua menteri Sabah. Sebab itulah awal-awal lagi Ahli Parlimen Sepanggar Ajis Jamman ditugaskan sebagai Timbalan Menteri dalam negeri oleh ketua menteri Shafie.

Jadi tuduhan Shafie kononnya PSS adalah cadangan Tan Sri Muhyiddin Yassin semata-mata adalah tuduhan yang kurang berasas.

Baru-baru ini Jack Nointin kononnya menasihati Presiden STAR Jeffrey Kitingan dan PBS Maximus Ongkili agar jangan jadi Pak turut yang menghalalkan apa saja cadangan kerajaan perikatan Nasional walaupun akan mengancam keselamatan rakyat. Jack mendakwah seolah-olah wujud gerakan untuk menghalalkan pendatang asing tanpa izin di Sabah terutamanya pemegang kad burung burung sijil banci dengan memberikan IMM13.

Sekali lagi bagaimana dengan langkah PSS sebelum ini? Bukankah syarat penerima PSS ialah memegang IMM13, kad burung burung dan Banci serta mereka yang langsung tidak ada keterangan diri serta tidak perlu berhubung dengan negara asal.

Berbalik pada Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri makanan Sabah yang juga retorik.

Dia kata jangan konon Menteri Sabah di persekutuan menjadi pengkhianat.

Dia katakan pengkhianat sebab konon menyokong cadangan Menteri Dalam Negeri yang ingin menyelesaikan lambakan pendatang asing tanpa izin di negeri Sabah. Dia tambah lagi adakah selepas pendatang asing daripada Filipina diputihkan maka akan ada lagi pemutihan di kalangan PATI daripada Indonesia dan China diberikan dokumen IMM13. Bongok punya orang.

Hello pemimpin-pemimpin Parti Warisan sebelum kamu sengaja bersikap negatif demi menggagalkan langkah penyelesaian yang cuba dijalankan oleh kerajaan Perikatan Nasional. Kamu ambil cermin tu dulu lepas itu cermin muka tu puas-puas.

Yang bertanggungjawab menjaga keselamatan penduduk dan negeri Sabah ialah Ketua Menteri Sabah kerana dia juga adalah pengerusi keselamatan negeri Sabah. Yang boleh mengeluarkan arahan pada semua jawatan yang ada kaitan dengan kerajaan negeri agar membantu bagi membanteras kehadiran pendatang asing tanpa izin. Tapi arahan-arahan seumpama itu tidak kedengaran atau tidak berlaku.

Syarat untuk memohon dokumen PSS tidak perlu ada sebarang dokumen pengesahan diri dan tidak perlu dirujuk ke negara asal.

Sedangkan syarat memohon dokumen tunggal perlu ada tiga dokumen di atas tapi sebelum diproses perlu mendapat pengesahan daripada negara asal.

Mana yang lebih realistik, bersistematik dan berperikemanusiaan di dalam menyelesaikan lambakan pendatang asing tanpa izin di Sabah?

Siapa yang hipokrit Kerajaan Warisan kah atau Perikatan Nasional? Ternyata kerajaan atau pemimpin-pemimpin Warisan yang hipokrit kan sebab kenyataan terbaru mereka bertentangan dengan pokok persoalan.

# sumber

 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. Jerat madey hampir mengena,anuarr ke pn ,pn akan berkocak menjelang PRU 15,hahaha

    BalasPadam
  2. Koyak betul geng pembangkang Sabah..sdgkan rakyat Sabah sendiri banyak tolak IMM13..🤔🤔

    BalasPadam