Header Ads

ads header

Flash News

Isu Bil Elektrik


TNB telah mengemukakan cadangan berkaitan isu bil elektrik kepada KeTSA dalam mesyuarat pagi tadi. Saya bersama KSU KeTSA, TKSU ( Tenaga ) dan pegawai kanan KeTSA, Suruhanjaya Tenaga ( ST ) meneliti dan membuat penilaian mengenainya.

Mesyuarat membuat keputusan meminta TNB mengemukakan semula cadangan termasuk pandangan KeTSA mengenai isu ini dengan mengambil kira semua aspek dalam meeting sekali lagi esok. Ketika ini saya difahamkan TNB sedang perhalusi hasil perbincangan dan mesyuarat bersama pada pagi tadi.

Saya amat hormati dan hargai pandangan rakyat.

Pandangan atau kritikan yang diberi oleh pelbagai pihak, saya dan KeTSA melihatnya sebagai usaha membantu kementerian saya memberikan yang terbaik untuk rakyat.

Dalam apa keadaanpun keutamaan kerajaan dan saya adalah RAKYAT. Rakyat mesti diberikan pembelaan.

YB DATO' DR SHAMSUL ANUAR NASARAH
Menteri Tenaga & Sumber Asli
15.6.2020



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


5 ulasan:

  1. Kalau boleh selesaikanlah cepat isu smartmeter yg buat bill naik tak masuk akal ni.. lepas tu tnb plak cakap pkp punya pasal.. macamlah orang ramai tak tau sebelum pkp lagi ramai orang dah bising pasal smartmeter ni buat bill jadi hilang akal tu.. harap2 bulan depan dah selesai isu ni dan bill yg dah kene bayar ni di kaji balik .. jgnlah biarkan tnb sedut berbulan punye bil baru nak ubah.. silap2 dgn kerajaan sekali rakyat ubah nanti..

    BalasPadam
  2. Dicadangjan utk 3 bln ni TNB hanya caj pd kadar pertama shj....mansuhkan kadar kedua ketiga dan seterusnya...ini utk keadlan kpd seme....win win situation....jgn pentingkn keuntungan syarikat dan bonus kakitangan shj...pentingkn rkyt juga...
    ....

    BalasPadam
  3. Jika TNB menindas rakyat, kesan buruknya akan kembali kepada kerajaan PN sendiri. Oleh sebab itu kerajaan PN perlu bertindak segera menyelesaikan masalah rakyat kerana rakyat yang akan mengundi dalam PRU15.

    BalasPadam
  4. Bil tnb rumah saya masa pkp nie x naik pun..kalau pakai ekon mestilah bil mencanak...piikir2la sendiri..

    BalasPadam