Header Ads

ads header

Flash News

Jangan hanya siasat PPBM, siasat juga Shafie Apdal, kata Jeffrey Kitingan


KOTA KINABALU:
Pemimpin pembangkang Sabah Jeffrey Kitingan menggesa pemimpin Pakatan Harapan (PH) supaya tidak mengamalkan dwistandard dengan mendesak siasatan dibuat ke atas parti kerajaan di peringkat persekutuan, iaitu PPBM.

Beliau berkata, gabungan politik pembangkang itu juga harus menggesa siasatan dijalankan berhubung hal keadaan yang menyebabkan Shafie Apdal dilantik sebagai ketua menteri Sabah pada 2018.

Kitingan berkata, jika pemimpin PH serius mengenai siasatan ke atas salah laku, maka mereka juga harus mendesak supaya siasatan dijalankan berhubung “kemelut ketua menteri” yang berlaku selepas pilihan raya umum ke-14.

Presiden STAR itu berkata, Barisan Nasional (BN) memperoleh majoriti mudah 31 kerusi daripada 60 kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah selepas parti pimpinannya, yang merupakan pembangkang pada waktu itu, menyokong BN.

Beliau berkata, keputusan asal menunjukkan BN dan Warisan, termasuk PKR dan DAP, masing-masing memenangi 29 kerusi sebelum STAR, yang mempunyai 2 kerusi menyokong BN.

Katanya, pada 12 Mei, Shafie mengangkat sumpah sebagai ketua menteri menggantikan Musa Aman, yang mengangkat sumpah 2 hari sebelum itu.

“Hasilnya ialah kemelut ketua menteri.”

Kitingan mendakwa, beliau disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana bekerjasama secara tidak sah dengan BN untuk menubuhkan kerajaan negeri.

“Rumah dan pejabat saya diserbu pada tengah malam,” katanya dengan menyifatkan langkah itu sebagai taktik untuk menakut-nakutkan.

Katanya, siasatan itu kemudiannya dibatalkan setelah beliau didapati tidak melakukan apa-apa kesalahan.

Beliau berkata, di tengah-tengah perkembangan itu, timbalan ketua menteri Sabah Wilfred Madius Tangau, yang merupakan presiden Upko, “membawa 5 Adun dan mengubah sokongan daripada BN kepada Warisan.”

“Mereka bertanding dan memenangi kerusi masing-masing di bawah simbol BN, bukannya simbol mereka sendiri, iaitu Upko.”

Beliau berkata, hasilnya Shafie mengangkat sumpah sebagai ketua menteri, sementara Tangau dilantik sebagai timbalan ketua menteri selepas dicalonkan sebagai Adun dilantik.

“Tangau tidak berhak dilantik sebagai menteri negeri apatah lagi timbalan ketua menteri sekiranya tidak dilantik sebagai Adun,” katanya, dengan menambah bahawa SPRM harus menyiasat perkara itu.

 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


5 ulasan:

  1. ARIFF MULUK akan jawab kita sudah sucikan mereka shafie afdal serta sekutunya tidak perlu dakwa...LTTE/TAIKUN ARAK DADAH/LGE...fitnah 90juta/1.4 juta/bohong gst telah dirembat senasa PAC lge...kerana inilah mereka yg diPUJA-PUJI ARIFF MULUK sekutunya yang bebas dari FASIQ dan MUNAFIKUNN.

    BalasPadam
  2. Kita mohon pihak berkuasa menyiasat semula kes rasuah yang berskala besar yang melibatkan Sang Bedal buaya ternakan pakatan hancing.

    BalasPadam
  3. Gini atok patut namakan Sabah kerajaan tebok atap atau tipu sabahan? Langsung Tak timbul kes.. Atok keliru atau nyanyok? Boleh tolong "bagi ubat" ikut jadual ke utk atok refresh ingatannya?

    BalasPadam
  4. Mohon admin delete iklan dosa besar ini.

    BalasPadam
  5. Ph n dap t atok t boboi x abis meroyan

    BalasPadam