Header Ads

Header ADS

Johor kekal dengan PN sehingga PRU-15


Adun Bersatu Johor mengadakan satu pertemuan bersama Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin di Kuala Lumpur, malam semalam susulan dakwaan kerajaan negeri Perikatan Nasional (PN) di Johor bakal tumbang. 29 Adun masih kekal memberikan sokongan padu kepada Muhyiddin sebagai PM.

Semalam, sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar memberi amaran kepada wakil rakyat di negeri itu bahawa baginda akan membubarkan Dewan Undangan Negeri bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan sekiranya perebutan kuasa berterusan.

“Semua Adun yang hadir akur dengan titah DYMM Sultan Johor untuk bersama-sama memastikan kepentingan rakyat dijunjung dan pada masa yang sama akan menguatkan Bersatu negeri sebagai pendokong kerajaan negeri,” kata mereka dalam satu kenyataan bersama.

Pertemuan itu turut dihadiri oleh Adun Pemanis, Dr Chong Fat Full, yang sebelum ini bersama PKR tetapi kemudian mengisytiharkan dirinya sebagai wakil rakyat Bebas yang mesra PN.

Walau bagaimanapun, Adun Kempas, Osman Sapian yang juga adalah bekas menteri besar tidak hadir kerana ada sebab tertentu.

Menurut kenyataan itu, mereka yang hadir menyatakan sokongan penuh kepada kepimpinan Muhyiddin sebagai perdana menteri.

“Dalam pertemuan hampir dua jam itu, Tan Sri selaku Presiden Bersatu juga telah mendapat sokongan penuh berhubung kedudukan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang telah tergugur taraf keahliannya dalam Bersatu.

“Bersatu Johor juga memandang tinggi pencapian Tan Sri Muhyiddin sepanjang mentadbir negara dalam menangani isu ekonomi dan sosial yang dihadapi oleh rakyat akibat serangan virus Covid-19,” kata mereka.

Sempena pertemuan itu, Adun Bersatu Johor juga menghadiahkan kemeja T yang tertera slogan “Ikut Nasihat Abah; Kita Mesti Menang”.

Melalui satu catatan di Facebook, semalam, Sultan Johor bertitah bahawa baginda tidak akan membiarkan Johor dikucar-kacirkan dan jika berlaku lagi perebutan kuasa, Dewan Negeri Johor akan dibubarkan serta merta.

Titah itu dibuat susulan Pakatan Harapan Johor mendakwa mereka mempunyai jumlah wakil rakyat yang mencukupi bagi mengambil alih semula negeri itu setelah PN merampas kuasa pada bulan Februari lalu.

Spekulasi bahawa ada Adun Bersatu yang ingin kembali dan meninggalkan PN adalah tidak benar hanyalah mainan psywar PH sahaja.

PN hanya mempunyai 29 kerusi DUN di Johor, berbanding 27 dari PH. Pembelotan seorang sahaja Adun PN cukup untuk menyaksikan DUN Johor tergantung.

PN berkuasa pada Februari lalu setelah Muhyiddin, yang juga Adun Gambir, membawa partinya keluar dari PH.

MR :  Tak sempat PH nak kencing..


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


13 ulasan:

  1. Semakin lama pengkhianat menjadi kerajaan di johor.
    Semakin banyak & besarlah dosa yg ditanggung.
    Termasuklah memberi makan minum anak bini dari gaji mb & barisan exco yg haram dari perbuatan org yg fasiq.

    Siapa nak tanggung ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Awak tanggung sebab awak pemfitnah sama macam macai ph lain.

      Padam
    2. Anwar KHIANAT PKR bila bersekongkol dgn mahathir...Mahathir pun khianat pd mereka bila senang hati menerima ahli umno dlm bersatu...luahan Nurul Izzah. jadi 2 pemimpin utama INI serta pendukungnya MUNAFIK...NERAKA PALING BAWAH.

      Padam
    3. Rupa2nya masih ada macai ph yg makin bongok tak sudah2... Agak malang macai ni....

      Padam
    4. PANkhianat juga Khianat pada JEMAAH kerana kecundang pemilihan di muktamar.jadi tungangan DAPIGS...membisu dalam segala ISU yg melibatkan agama ISLAM,BANGSA,RAJA,PERLEMBAGAAN.pendidikan...dapigs pertikai haram arak panKHIANAT terus membisu penuh senyuman ya ARIFF MULUK.

      Padam
    5. Bongok tu simpan sikit yg geng kencing ph

      Padam
  2. PN okay je nak bubar pun. tgh kuat. PH plak tgh lemah. Kalau pilihanraya mesti tumbang. Lepas tu Sultan pulak ambik kesempatan. Masa nilah geng pilihan Sultan akan menang. Sbb tu Sultan berani gertak nak bubar. Dah paham lama dah mainan ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rakyat nak pilih orang yang boleh buat kerja je. Kalau boleh buat kerja tentulah sultan reda dengan orang itu daripada yang suka kencing saje.

      Padam
  3. Ikut nasihat abah
    Kita mesti menang
    Abah kau,
    Abah kau,
    Abah kau,menang apa,jadi kerajaan negeri menang PRU bila.Abah kau tu menang PRU 14,pakai Logo PKR bukan pakai Logo bersatu.

    BalasPadam
  4. MMG bodoh...kata ikut puak2 Amno...dah la mandat rakyat bg pada ph..UMNO yg kena tolak rakyat jdi mb...MMG bodoh...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mandat rakyat konon..bubar je parlimen senang biar mp2 ph yang tak cukup penggal hilang pencen..

      Padam
  5. Tp di dlm hati rakyat faham... takkan nak membantah.. masa umno ambik aleh kerajaan johor.. sultan reda je.. walau perbezaan no tak jauh... tunggu je mcm rakyat memendam rasa pru 14 dulu pd umno

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dap kencing terlalu hangit..sesak nafas nak mati dibuatnya.. bubar je parlimen senang.

      Padam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.