Header Ads

ads header

Flash News

Kerajaan akan akan buru tekong, sindiket Pati besar-besaran


KUALA LUMPUR:
Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan bekerjasama dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan agensi penguat kuasa lain untuk melaksanakan Op Benteng secara besar-besaran di seluruh negara bagi memburu tekong serta anggota sindiket berhubung pendatang asing tanpa izin (PATI).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, berkata dalam tempoh beberapa hari kebelakangan ini, pihak berkuasa berjaya menahan beratus-ratus tekong darat, ejen, 'transporter' (pengangkut) dan pemilik premis 'penampungan' (rumah yang menempatkan PATI).

"Tangkapan ini pasti memutuskan aliran masuk PATI melalui lorong tikus," katanya ketika dihubungi Bernama.

Op Benteng diaktifkan sejak Mei lalui bawah National Task Force (NTF) dengan kerjasama ATM, PDRM, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Kementerian Kesihatan, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia dan Jabatan Sukarelawan Malaysia. – BERNAMA




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


4 ulasan:

  1. libat kan penyertaan rakyat melalui Jawatan kuasa penduduk , komuniti masyarakat dan NGO pemantauan.

    Permudahkan dan wujudkan platform supaya rakyat senang utk salurkan maklumat.

    Masalah pati sudah sampai kepada kanser tahap 4 dinegara ini.

    Strategi bersepadu wajib diperkenalkan.

    BalasPadam
  2. Setuju cadangan sheikh Al zarafee, kerajaan kena bertindak lebih agresif dalam menagani mslh PATI ,

    BalasPadam
  3. Kenapa IGP korup ni masih ada?

    BalasPadam
    Balasan
    1. tengah cuba sucikan diri...
      sambil sambil berharap dapat pencen ketua polis.

      Padam