Header Ads

Header ADS

Kerajaan tidak terlibat pelan menyelamat syarikat penerbangan seperti yang difitnahkan


KUALA LUMPUR:
Kerajaan tidak terlibat dalam pelan menyelamatkan syarikat penerbangan walaupun terjejas teruk oleh pandemik Covid-19 berikutan perniagaan mereka dijalankan secara komersial, kata Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz.

“Kementerian Kewangan (MoF) tidak terlibat dalam mana-mana pelan menyelamat untuk membantu syarikat penerbangan, tetapi kami akan membantu industri (penerbangan),” katanya selepas mengadakan lawatan kerja ke ibu pejabat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di sini, hari ini.

Zafrul berkata Lembaga Pengarah Khazanah Nasional Bhd tidak mendengar apa-apa berita mengenai suntikan modal sebanyak RM5 bilion kepada Malaysia Airlines Bhd (MAB).

Menurut laporan Bloomberg, Khazanah mempertimbangkan untuk menyuntik modal baru bernilai sehingga RM5 bilion (AS$1.2 bilion) untuk membantu MAB mengurangkan impak daripada Covid-19.

“Ini kali pertama saya mendengar laporan itu (suntikan modal)…Saya tidak mengulas spekulasi dan secara jujur, saya tidak pernah mendengarnya daripada Lembaga Pengarah atau pengarah urusan Khazanah bahawa mereka akan menyuntik dana kepada Malaysia Airlines.

“Tetapi jika mereka berbuat demikian, ia terpulang kepada syarikat tersebut. Setahu saya, Kementerian Kewangan tidak memberi apa-apa peruntukan kepada Malaysia Airlines,” katanya.

Zafrul adalah salah seorang ahli Lembaga Pengarah dana kekayaan negara itu.

Industri penerbangan suram berikutan penutupan sempadan global untuk memerangi penularan Covid-19. Ini menjejaskan syarikat penerbangan dan mengurangkan operasi dilihat sebagai antara pilihan untuk kekal relevan dalam perniagaan.

Dilaporkan MAB meminta 13,000 pekerjanya untuk mengambil cuti tanpa gaji secara sukarela berikutan wabak Covid-19, manakala AirAsia Bhd menamatkan perkhidmatan 111 kru kabin, 172 juruterbang dan 50 jurutera.

MR :  Yang suka fitnah tak ada lain, PH dan Malaysiakini


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. Netizen Cina hina Islam dan umat Islam, buka masjid keputusan sampah.

    Sumber:
    https://cin-ca.blogspot.com/2020/06/netizen-cina-hina-islam-buka-masjid-sampah.html#ixzz6PCqLoW4y

    KITA MOHON PIHAK BERKUASA SEGERA MENANGKAP DAN MENDAKWA PUAK RASIS INI DI MAHKAMAH DENGAN SEGERA KERANA HASUTAN PERKAUMAN MEREKA BOLEH MENCETUSKAN KEBENCIAN, KEMARAHAN, PERMUSUHAN DAN RUSUHAN TERHADAP ISLAM DAN UMAT ISLAM DI MALAYSIA @ TANAH MELAYU KITA.

    BalasPadam
  2. Eric Paulsen: Apa guna PH jatuh, tangan ‘halus’ masih di kerajaan

    Individu benci Islam bukan calon sesuai diberi ruang dalam kerajaan.

    Sumber:

    https://ismaweb.net/2020/06/13/eric-paulsen-apa-guna-ph-jatuh-tangan-halus-masih-di-kerajaan/

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.