Header Ads

ads header

Flash News

Kerjasama Politik PAS, BN dan PPBM sedia hadapi PRU-15


1. Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menegaskan bahawa kerjasama politik terutamanya bersama Barisan Nasional (BN) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) semakin mantap sekaligus berjaya memperkukuhkan lagi kedudukan Kerajaan Perikatan Nasional yang menjadi ‘kerajaan hari ini (government of the day).

Tanpa menghiraukan segala spekulasi pihak Pembangkang yang hanya berupa perang psikologi semata-mata, PAS akan terus sama-sama komited mendukung dan mempertahankan kedudukan Kerajaan Perikatan Nasional pimpinan YAB Tan Sri Muhyiddin Mohd Yasin bersama barisan kabinetnya yang terdiri dari semua Parti-parti anggota.

2. Adalah suatu fakta yang jelas bahawa kerjasama politik antara PAS dengan BN, khususnya UMNO, telah dimuktamadkan melalui pemeteraian Memorandum Persefahaman pada 14 September 2019 sekaligus membentuk Muafakat Nasional (MN).

Manakala kerjasama sehingga terbentuknya Kerajaan Persekutuan ekoran kejatuhan Pakatan Harapan (PH) pada 29 Februari 2020, diikuti pemeteraian Memorandum Persefahaman oleh Pengerusi-Pengerusi dan Presiden-Presiden BN, PPBM, PAS dan parti-parti dari Sabah dan Sarawak secara rasminya telah membentuk Perikatan Nasional (PN).

3. PAS yakin parti-parti yang membentuk PN telah bersedia untuk memacu tenaga dan jentera bagi melengkapkan persiapan dan kesiapsiagaan barisan bersama termasuk memuktamadkan pembahagian kerusi bagi menghadapi PRU 15 meskipun tarikhnya belum diputuskan.

4. PAS juga amat yakin kerjasama dan sikap bertoleransi semua anggota PN kini akan menguatkan lagi kedudukan Kerajaan PN sama ada di peringkat Persekutuan mahupun Negeri-Negeri sehingga ke akhir penggal.

Terima kasih.

TAKIYUDDIN HAJI HASSAN

Setiausaha Agung PAS.
Bertarikh: 07 Jun 2020



MR :  Ini PH boleh terkencing, bukan kencing rakyat


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


4 ulasan:

  1. Mudah Mudahan dgn izin ALLAH ia menjadi kenyataan,PEMERINTAHAN MELAYU,SYUKUR

    BalasPadam
  2. INSHA ALLAH JIKA PANDUAN ISLAM MEMIMPIN BUKAN ISLAM DIPIMPIN...SUBURLAH DENGAN SEBENARNYA RAHMATAN LILALAMIN DI NEGARA KITA TERCINTA.

    BalasPadam
  3. Kerjasama Politik PAS, BN dan PPBM sedia hadapi PRU-15 mungkin boleh memberi kemenangan cemerlang kepada PN dan kekalahan PH secara total dalam PRU15.

    Kunci kemenangan PN ialah kembali kepada Islam dan bersatu padu, berkerjasama dan saling sokong menyokong secara ikhlas mungkin boleh memberi pukulan K.O. kepada PH.

    PRU14 perlawanan tiga penjuru memberikan peluang kepada PH untuk menang dengan memecah-belahkan undi UMNO dan PAS.

    PRU15 perlawanan dua penjuru sahaja mungkin boleh menjamin kemenangan besar PN dengan majoriti lebih besar ke atas PH berdasarkan 5 kekalahan PH dalam PRK secara berturut-turut menunjukkan sokongan majoriti rakyat kepada PN yang memberi perhatian kepada keperluan rakyat dan negara setelah rakyat merasa sangat kecewa dengan kegagalan PH melaksanakan pelbagai janji PH sendiri dan sikap PH yang mengutamakan kepentingan orang kafir dan meremehkan atau menafikan hak Islam dan hak umat Islam.

    BalasPadam