Header Ads

ads header

Flash News

Laporan: Bon mata wang Malaysia meningkat kepada RM1.5 trilion pada suku pertama 2020


KUALA LUMPUR:
Pasaran bon mata wang tempatan Malaysia berkembang 2.9% suku ke suku pada suku pertama 2020 kepada RM1.5 trilion apabila kedua-dua bon kerajaan dan korporat meningkat di tengah-tengah penularan pandemik Covid-19, kata Bank Pembangunan Asia (ADB).

ADB dalam keluaran terbaru laporan Asia Bond Monitor yang dikeluarkan hari ini berkata, jumlah sukuk tertunggak, atau bon Islam meningkat 3.1% suku ke suku kepada RM966.7 bilion pada akhir Mac 2020.

“Bon kerajaan membentuk 52.6% daripada keseluruhan bon mata wang tempatan Malaysia dengan nilai mencecah AS$186 bilion (AS$1=RM4.27).

“Ini merupakan peningkatan 3.9% daripada suku sebelumnya dan 4.9% lebih besar berbanding tempoh yang sama pada 2019,” kata bank itu.

ADB berkata, bon korporat menyumbang 47.4% daripada jumlah bon, bernilai AS$167.6 bilion pada suku pertama 2020.

Sementara itu ia berkata, pandemik Covid-19 menjejaskan pasaran bon mata wang tempatan di negara sedang pesat membangun Asia Timur, terdiri dari China, Hong Kong, Indonesia, Korea Selatan, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam, apabila sentimen pelaburan di seluruh dunia dan di rantau ini merosot dan langkah sekatan mengehadkan aktiviti ekonomi.

“Sebaran kredit meluas bagi hampir semua pasaran di rantau ini apabila para pelabur mengambil pendekatan mengelak risiko, dengan bahagian pegangan asing dalam kebanyakan pasaran bon mata wang tempatan negara sedang pesat membangun Asia Timur juga susut,” kata bank itu.

Jumlah bon mata wang tempatan di negara sedang pesat membangun Asia Timur berjumlah AS$16.3 trilion pada akhir Mac, naik 4.2% daripada Disember 2019 dan 14% lebih tinggi pada Mac 2019.

“Terbitan bon di rantau ini mencecah AS$1.7 trilion pada suku pertama 2020, naik 19.7% daripada suku keempat 2019,” kata bank itu.

ADB berkata, bon mata wang tempatan negara sedang pesat membangun Asia Timur sebagai sebahagian daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat kepada 87.8% pada akhir Mac, 2020.

“Bon kerajaan naik kepada AS$9.9 trilion pada akhir Mac, manakala bon korporat mencecah AS$6.4 trilion,” kata ADB.

China kekal sebagai pasaran bon terbesar di Asia Timur berjumlah AS$12.5 trilion menyumbang 76.6% kepada jumlah bon pada akhir suku pertama 2020.

ADB berkata, risiko kepada prospek global masih cenderung rendah, terutamanya disebabkan oleh ketidakpastian yang disebabkan oleh pandemik itu, termasuk prospek aktiviti ekonomi minimum bagi tempoh yang lebih panjang dan gelombang seterusnya penularan Covid-19.

Faktor risiko lain, termasuklah ketegangan perdagangan antara China dan Amerika Syarikat serta kemeruapan kewangan yang disebabkan aliran keluar modal dari pasaran sedang pesat membangun.

Ketua ahli ekonominya Yasuyuki Sawada berkata, kerajaan dan bank pusat di rantau ini mengambil langkah penting untuk mengurangkan impak Covid-19 menerusi pakej rangsangan fiskal dan kelonggaran dasar monetari.

“Bagaimanapun banyak lagi yang perlu dilakukan bagi mengukuhkan ekonomi dan pasaran kewangan rantau ini,” katanya.

 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. Kalau menterinya ahli kewangan....Insyallah selamat.. moga Allah kurniakan kesihatan yang baik fikiran yang waras buat semua pemimpin yang ikhlas membantu rakyat dan negara, amin ya ma amin..

    BalasPadam