Malaysiakini guna perkataan "Mungkin" untuk menjadi laman psywar PH
Dulu Malaysiakini adalah portal terbaik dan dibanyak paling ramai. Dulu berada diranking Alexa antara 13-15, tapi kini berada sekitar 40. Laman https://malaysiagazette.com/ kini berada ditangga terbaik dan semasa saya menulis ini kedudukan MalaysiaGazette adalah ke-16. Malah banyak akhbar lain telah mengatasi kedudukan Malaysiakini.
Antara puncanya Malaysiakini menyiarkan berita Palsu dan bohong untuk menarik pembaca sebagai contoh yang terbaru ialah sidang media menteri dan timbalan menteri nak letak jawatan.
Selain itu Malaysiakini suka membuat berita mengenai Islam terutama menyerang Islam dan mengunakan orang Islam jahil menyerang Islam. Membesarkan perkara yang memburukkan Islam.
Malaysiakini juga tidak menyiar atau menyumbunyikan berita yang buruk PH sebagai contoh terkini kes Lim Guan Eng dan SPRM yang hanya disiarkan oleh Free Malaysia Today. Kalau siar pun adalah berita penafian.
Malaysiakini akan membesarkan isu-isu sasaran untuk memburuk atau menyerang individu atau parti lawan dan membuat pembawa pro PH membuat komen yang tidak benar sebagai contoh isu kereta Kelantan dll.
Malaysiakini memadam komen pro kerajaan dan membiarkan komen Pro PH.
Malaysiakini akan membantu menyerang kerajaan PN dengan pelbagai berita seolah-olah kerajaan PN lemah, tergugat dan sebagainya dengan ayat, menurut sumber, mengikut sumber dalaman atau ayat MUNGKIN seperti di bawah.
......................
Sumber: PN Johor tergugat, haluan Adun Bersatu mungkin bertukar arah
Kow Gah Chie
Sumber yang dekat dengan kepemimpinan Bersatu Johor mengakui bahawa kerajaan Perikatan Nasional (PN) di negeri itu berada dalam keadaan tidak menentu sekarang.Bercakap kepada Malaysiakini, sumber itu mendedahkan PN boleh kehilangan Johor jika ada Adun dari Bersatu menarik balik sokongan mereka kepada gabungan yang masih 'muda' tersebut.
Enggan didedahkan identitinya sumber itu mengulas mengenai jangkaan Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub, mengenai perubahan kerajaan di pusat menjelang sidang parlimen Julai ini.
Kata sumber terbabit, dia sependapat dengan Salahuddin kerana keadaan majoriti yang tipis memihak kepada PN di Johor iaitu hanya dibezakan dengan dua kerusi saja berbanding Pakatan Harapan (PH).
Ditanya mengenai kemungkinan ada Adun Bersatu kembali menyokong PH, sumber itu menjawab: "Jika bukan mereka, siapa lagi dari pihak ini (PN)?"
Bagaimanapun dia enggan menamakan wakil rakyat terbabit sebaliknya menjelaskan memang wujud rasa tidak puas hati dalam kalangan Bersatu dan Umno di Johor.
"Dulu kita dalam PH pun ada yang tak puas hati, sekarang dalam PN pun ada.
"Walaupun tak ada orang yang sempurna, kita mahu hak kita," katanya lagi.
Hilang jawatan MB
Ditanya bagaimana keadaan itu boleh diperbaiki, sumber terbabit berkata, ketika ini memang kedua-dua pihak tidak berpuas hati dengan keadaan semasa dan mahukan hak masing-masing.
Antara isu yang menyebabkan rasa tidak puas hati Bersatu ialah hilangnya jawatan menteri besar daripada parti itu.
Untuk rekod, keputusan pilihan raya umum (PRU lalu menyaksikan BN tumbang buat pertama kali - masing-masing di peringkat pusat dan Johor - kepada PH.
Bersatu merupakan parti termuda dalam gabungan PH ekoran pemecatan timbalan presiden Umno, Muhyiddin Yassin, serta beberapa pemimpin kanan lain.
Mereka - dengan disertai bekas presiden Umno, Dr Mahathir Mohamad - kemudian menubuhkan Bersatu. Kejayaan PH membolehkan Bersatu memiliki menteri besar di Johor, Kedah dan Perak.
Adun Bukit Kepong, Dr Sahruddin Jamal
Kesepakatan dalam PH juga menyaksikan Bersatu menjadi menteri besar di Perak walaupun mereka mempunyai seorang saja Adun ketika itu.
Langkah Sheraton kemudian menyaksikan Muhyiddin membawa sebahagian besar wakil rakyat Bersatu meninggalkan PH untuk bekerjasama dengan Umno dan PAS, selain MCA dan MIC.
Perkembangan itu menyaksikan Bersatu kehilangan jawatan menteri besar di Johor dan Kedah, masing-masing kepada Umno dan PAS.
Bekas menteri besar Johor dari Bersatu, Dr Sahruddin Jamal, kemudian dilantik sebagai pengerusi Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM).
Bersemuka dan melalui telefon
Sumber itu berkata jika kerajaan negeri kembali ke tangan PH, Bersatu mahu agar jawatan menteri besar dikembalikan kepada mereka.
"Yalah, Bersatu ni... dia sudah ada perjanjian asal - Bersatu mentadbir beberapa buah negeri (seperti) Perak, Johor, Kedah dan Perlis.
"Sebab itulah consensus asal, apabila menang saja kerusi Johor, bagi bersatu... itu persetujuan asal," katanya.
Sementara itu sumber dalaman PH Johor pula berkata ada beberapa Adun Bersatu menghubungi gabungan berkenaan sejak bulan lalu dan menyatakan hasrat untuk mengubah sokongan mereka.
Enggan menamakan Adun terbabit, sumber PH itu berkata mereka menyatakan beberapa syarat sebagai pertukaran sokongan tersebut.
"Ada lebih daripada separuh Adun Bersatu berhubung dengan PH. Mereka menghubungi kami melalui telefon atau bersemuka dan sudah tentu ia datang dengan syarat," katanya kepada Malaysiakini.
Untuk rekod PN menguasai 29 daripada 56 kerusi DUN Johor membabitkan 14 Umno, 11 Bersatu, dua MIC dan satu PAS. Seorang Adun bebas pula menyatakan sokongan kepada PN.
PH pula menguasai 27 kerusi membabitkan 14 DAP, sembilan Amanah dan empat PKR.
MR : Mengikut sumber wartawan Malaysiakini mungkin makan duit untuk buat berita
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Malaysiakini ini ditaja oleh tycoon2 cina yang ingin menjatuhkan kerajaan walaupun banyak drp mereka meraih kentungan dari projek2 kerajaan dan juga tak kurang ditaja oleh organisasi luar negara yang anti islam.
BalasPadamtermasuklah angka2 atau NOMBOR2 yang dibida kedai NOMBOR EKOR.
BalasPadamMasa dan keadaan sudah banyak berubah kerana sekarang banyak sumber sumber medsos lain sebagai pilihan.Tidak dinafikan MK adalah kitab suci kepada mazhab PH tetapi nilai berita tidaklah terlalu taksub.Yang menjadi pembaca pula memberi banyak ulasan mengarut,mencarut,maki hamun yang menunjukkan nilai IQ pembaca yang tiada idea bernas
BalasPadam. Membaca ruang komen bahasa Inggeris macam kita percaya mereka mungkin golongan terpelajar tetapi yang dapat saya simpulkan kebanyakan yang ditulis lebih kepada syok sendiri kerana mereka kekadang hanya menulis andaian dari kerusi empuk berhawa dingin dan jangan terkejut pun mereka bukanlah jenis bersosial atau juga hanya kluster elit yang tidak pernah berbaris keluar mengundi dalam pru pun.