Header Ads

Header ADS

Menjawab Kepada Tuduhan Pak Kadir Jasin Penulis veteran Kesayangan Tun


Ibarat Menepuk air di dulang, terpercik ke muka sendiri ..inilah perumpamaan paling sesuai untuk diberikan kepada penulis veteran kesayangan Tun M si Pak kadir Jasin yg berkata Penyingkiran ahli profesional Melayu daripada GLIC dan GLC oleh kerajaan Melayu-Islam Perikatan Nasional.

Agak memalukan juga untuk mengkritik penulisan orang lama ini..namun apakan daya..dirasakan perlu juga untuk dijawab..

Beralasan kepada kononnya dua sebab..iaitu rasuah politik dan korupsi yang ditemui ketika kerajaan lama serta cuba membersihkannya..

Pak Kadir Jasin seakan akan baru sahaja keluar daripada pertapaan di gua apabila menulis artikel berkenaan.

Pak Kadir Jasin berkata jawatan diberikan kepada mereka ahli politik yang menyokong Muhyiddin Mohd Yassin sebagai "rasuah politik".

Untuk tuduhan berkenaan rasuah politik ..amat jelas sekali menunjukkan Kadir Jasin cuba menanam persepsi buruk ke minda pembaca seolah olah keputusan dalam perlantikkan tersebut adalah sangat bersalahan..namun agak pelik juga ketika pentadbiran PH yang lepas..lantikan2 politik ke dalam GLIC dan GLC dipandang sepi oleh Kadir Jasin...apakah dipihak PH sahaja yang dihalalkan berbuat sedemikian tetapi dipihak lain pula diharamkan??

Jika kita rujuk semula Sewaktu PRU14, PH yg beria-ia janji bertulis bahawa mereka tidak akan buat lantikan politik. Selepas mereka menang, berderet-deret orang PH/Dap masuk ke dalam GLC, jika hendak kita senaraikan rasa nya banyak nama yg nak di tulis, adakah itu bukan di kira "Rasuah Politik?

" Malah bila pihak pembangkang (MN) mengkritik apa yg di buat oleh PH itu melanggar Manifesto PH sendiri, tetapi apa yang di jawab oleh pihak PH?

"PH tidak pernah janji tiada lantikan politik" kata Ahli Parlimen PH.

"Lantikan politik perlu dilihat secara positif" kata anak PM ke-7.

"Kerajaan PH terus dasar lantikan politik individu berkelayakan" kata PM ke-7.

Di waktu itu di mana suara pak Kadir Jasin? koma di hospital atau sembunyikan diri di dalam gua?? Point yg kedua pak Kadir mengatakan ahli profesional Melayu lantikan PH telah menemui najis yang ditinggalkan oleh kerajaan lama dan kerajaan PN berusaha membersihkannya, Jika benar apa yg di didakwa oleh pak Kadir itu terjadi mengapa beliau sendiri tidak melaporkan kepada pihak berkuasa atau beliau menasihati ahli Profesional Melayu yg menjumpai najis itu utk melaporkan perkara tersebut kpd pihak berkuasa??

Seperkara lagi, jika diperhatikan semula semua lantikan politik dibuat Muhyiddin adalah berdasarkan pada merit, kelayakan akademik dan pengalaman luas korporat, bukannya tangkap muat asal kan ada.
Situasi ini jauh berbeza ketika zaman PH apabila ahli politik blok itu dilantik semata untuk memenuhi kuota parti komponen waima tidak layak, bahkan diragui kredibiliti latar belakang akademiknya.

Contoh yg paling ketara ialah Mazlan Aliman dari PAN yg menjadi peneraju Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) hanya kerana dia aktif demonstrasi haram jalanan hasut rakyat lawan kerajaan sebelum PRU-14 dan isu terbaru skrg ini Cucu saudara Tun M yg dilantik sebagai CEO PNB diragui akademiknya sehingga di panggil oleh pihak Suruhanjaya Sekuriti (SC) dan ini mungkin antara sebab membawa kepada perletakan jawatan beliau di dlm PNB..

GLIC dan GLC ini merupakan syarikat dibawah kerajaan..maka melantik seseorang yang dipercayai untuk mengurusinya adalah satu keperluan agar tidak wujud unsur2 sebotaj terhadap dasar2 dan inspirasi kerajaan..bahkan perlantikan tersebut juga pastinya dinilai dari sudut kelayakkanya agar tidak terpilih perlantikan dari kalangan yang memiliki sijil palsu..

Adakah lantikan drpd ph sahaja baru boleh dikatakan sebagai professional, meskipun lansung tidak berkualiti??

Sebaiknya pak Kadir memeriksa perlantikkan dalam ph dahulu..jgn kan kata lantikan ke glc atau glic..bahkan lantikan ke kabinet sendiri pun ada yang gagal sijil accountant nya, Inikah maksud professional drpd pak kadir jasin yg sebenar??

FB
Amka Amat


 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


7 ulasan:

  1. Kalau PH buat ok, kalau orang lain buat salah. Korupsi politik le dan bermacam macam lagi. Dalam keadaan ekonomi yang meruncing, alignment dalam pentadbiran kerajaan untuk mencapai satu tujuan adalah paling mustahak. Tiada gunanya meletak ahli ahli perniagaan yang kononnya professional untuk mengetuai GLC GLC ini kerana Keuntungan bukan menjadi perkara utama lagi untuk GLC, begitu juga kalau diletak orang ultra politik yang berkepentingan survival, alignment yang utama. GLC GLC ini inter related, mana mungkin untuk kesemua GLC mengaut untung melainkan rakyat yang akan rugi. Saya puji PAS dalam hal ini mereka kelihatan lebih mengutamakan 'big picture' dari 'the trees in the forest' kerana mereka lebih mengerti maksud jihad dalam ertikata sebenarnya, tidak demanding asalkan jangan diusik prinsip perjuangan mereka dari dulu lagi dan rela dikorbankan dan dicaci maki demi 'big picture'.

    BalasPadam
  2. Kadir ni dah terlalu banyak termakan dedak dari madey dari dulu. Syer2 syarikat awam dah berapa banyak disogok kepada dia jadi terpaksalah jilat banyak2. Tapi sejauh mana awak dan anak2 boleh makan. Tak selamat buat dunia akhirat.

    BalasPadam
  3. Kah kah kah...kenapa bodoh sangat si kadir . Menulis baham rambang kata orang Terengganu.Barangkali hati hitam legam kerana banyak sangat melacurkan penulisan hancing .PN tak janji tidak akan melantik ahli politik menjadi ketua GLC,tetapi yang celaka ialah pakatan hancing kencing janji melantik orang politik dengan amanat manifesto sampah bukan kitab suci

    BalasPadam
  4. Apa yg dibuat tun semua betul orang lain semua xbetul yg pelik ada ramai macam pak kadir yg sentiasa menyokong kemungkinan ada kes jadi takut menentang idea pelik ph sebab umum tahu sesiapa xikut telunjuk padah akibatnya terpaksa menyokong dan memuji walaupun xbetul takit terbongkar

    BalasPadam
  5. Jika setakat pencacai dogpig level arif muluk yang menulis kita pun tak hairan..tapi pak kadir yang orang kenali wartawan level tinggi,bila dia menulis hancing macam tu maka nampak sangat dah level jadi penjilat tegar tahap macai tiga suku yang zero idea bernas tetapi hanya cari sisi buruk orang lain sedangkan sisi buruk ph pun sama juga perangai walaupun baru berkuasa 22 bulan.Tiada satupun parti politik di Malaysia yang bersih macam parti lebai...Sifar di hukum rasuah oleh mahkamah atau sprm,sifar adun dan mp melompat parti,sifar isim jawatan pm,sifar kerusi terbang atau pecah kepala dalam pemilihan parti.Fakta dan sejarah amat jelas tetapi masih ada macai ph tiga suku yang enggan menerima kebenaran kerana mereka bukanlah terdiri dari orang orang bersih dan benar.Masih ada lagi kluster bodoh dalam ph yang meratib pn pengkhianat mandat rakyat walhal semua mp yang membentuk pn juga dipilih oleh rakyat.Kerajaan pn dibentuk hasil persepakatan gabungan pelbagai parti termasuk yang bercerai dari ph dan begitu juga dengan ph dibentuk dari gabungan pelbagai parti yang dibentuk selepas pru 14 serta ada yang bercerai dari bn.

    BalasPadam
  6. bertaubatlah org tua... hidup mulia bila berprinsip..

    BalasPadam
  7. Dah nak mati dah tuu..sbab tu meroyan sana sini tak tentu arah org tua tuu..byk2 ke masjid ye pak kadir..tengok gaya dah tak lama dah tuu

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.