Header Ads

Header ADS

Mujahid Tanggungjawab Atas Lelongan Aset Hartanah TH


SHAH ALAM – Pendedahan surat perlucutan hak terhadap pembelian semula aset Lembaga Tabung Haji (TH) oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah suatu yang amat mengejutkan.

Ketua Pemuda UMNO, Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, surat kepada Urusharta Jemaah Sdn Bhd (UJSB) itu ditandatangani sendiri oleh Nik Mohd Hasyudeen Yusof, Pengarah Urusan Kumpulan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif TH.

Menurutnya, surat rasmi TH bertarikh 3 Disember 2019 itu mendedahkan Menteri Agama di bawah Pakatan Harapan (PH), Dr Mujahid Yusof Rawa meluluskan pengecualian hak penolakan pertama bagi 18 aset hartanah TH yang dipindahkan ke UJSB.

“Dengan bahasa mudah, Dr Mujahid selaku Menteri pada waktu itu telah menggunakan kuasa yang diperuntukkan di bawah Akta Tabung Haji 1995 untuk melepaskan hak TH membeli semula aset hartanah bagi membolehkan semua aset TH tersebut dilelong kepada pihak luar.

“Jika ini benar-benar dilaksanakan, aset-aset hartanah TH termasuk hotel-hotel TH di beberapa lokasi strategik seluruh negara bahkan punya prospek keuntungan tinggi akan hilang buat selama-lamanya daripada pegangan TH.

“Untuk makluman Kerajaan Pakatan Harapan (PH) menjual aset-aset milik TH kepada UJSB berjumlah hampir RM10 bilion dengan harga RM19.9 billion, atas dakwaan TH mengalami defisit aset berbanding liabiliti berjumlah RM4.1 bilion di bawah program penstrukturan semula aset TH,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Asyraf Wajdi berkata, pendedahan surat itu menunjukkan Dr Mujahid tidak berkata benar apabila membuat kenyataan pada 24 Januari 2020 bahawa tiada campur tangan dalam urusan penjualan aset TH.

Justeru, menurutnya, Pemuda UMNO mendesak Dr Mujahid untuk segera memberi penjelasan berkenaan perkara tersebut dan mengambil tanggungjawab di atas tindakan yang jelas tidak meletakkan kepentingan TH serta pendeposit sebagai keutamaan semasa menjadi Menteri Agama.

“Pemuda UMNO juga menggesa agar pihak Kementerian Kewangan selaku pemilik UJSB untuk segera menyiasat perkara ini dan memaklumkan kepada rakyat akan status aset-aset milik TH yang masih dipegang dan diuruskan oleh UJSB,” katanya. – Sinar Harian

MR :  Baiah dengan ALLAH pun dia boleh langgar..


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


8 ulasan:

  1. Apa yg boleh Kita harapkan pada org yg tidak amanah? Dia tidak amanah pada diri dia sendiri, tidak amanah pada rakyat Dan lebih teruk dia tidak amanah pada Allah Dan agama Allah.

    BalasPadam
  2. Muka pun muka penyamun.

    BalasPadam
  3. Ya Allah, gantilah dgn yg lebih baik dr apa yg telah dihilangkan di TH oleh PH.

    Ya Allah, kuburkanlah PH buat selama2nya dr muka bumi ini selagimana mereka tidak mengutamakan redaMu dlm berpolitik.

    BalasPadam
  4. Betul ke dia ni anak Yusof Rawa?
    Buat malu nama baik bapak aje.

    BalasPadam
  5. Kenapa orang macam Mujahid Rawa ini dapat hidup dibela oleh DAP laknatullah?
    Simple aje, sebab kita benarkan arak dan judi berleluasa di negara kita. Segala hasil daripada arak dan judi digunakan utk beli pemimpin, rasuah pemimpin dan juga pihak berkuasa.
    Lihatlah siapa kawan baik Tun Mahathir Vincent Tan ketua arak dan judi Malaysia.

    Kalau kita patahkan DAP kita perlu hancurkan ekonomi mereka. Kita perlu boikot segala perniagaan yang ada jual arak. Ini tanggungjawab kita.

    Minta semua orang Melayu boikot semua perniagaan yang jual arak termasuklah hotel, supermarket, mini Market dan syarikat penerbangan. Ingatlah bahawa segala apa yang kita sokong itu bakal akan menghumban kan kita ke neraka. Sudah terang bahawa arak ini adalah haram bagi semua yg terlibat termasuklah mereka yang menyajikan arak, membawa tong arak, menulis buku akaun arak, menguruskan logistik, memandu lori bawa arak, semua adalah haram dan bakal jadi As Sebab utk kamu masuk neraka. Jamin gerenti akan masuk neraka kalau kamu contribute walau satu sen pun ke dalam arak ni, hatta tandatangan sekali pun.. Ingatlah wahai umat Islam semua. Membeli belah di Supermarket yg jual arak hukumnya haram kerana ianya syubhah. Ini adalah tanggungjawab kita. Apa guna solat, puasa, haji kalau tentang arak kamu masih ragu ragu dan tak prihatin. Kita perlu tegas terhadap isu ini. Kita perlu berazam utk Malaysia bebas arak. Ini adalah wajib.
    Kita perlu boikot Malaysia Airline dan Air Asia kerana menyajikan arak. Kerajaan Malaysia wajib menyediakan syarikat penerbangan yang bebas arak.

    BalasPadam
  6. Malaysia adalah negara Islam jadi jalankanlah hukumxnya kenapa mesti tunduk kepada penentangnya?

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.