Header Ads

ads header

Flash News

Myanmar minta Malaysia hantar pulang pekerja haram selepas kes bunuh diri


PETALING JAYA:
Myanmar meminta bantuan Malaysia untuk menghantar pulang pekerja haramnya susulan laporan 8 pendatang tanpa izin (PATI) dari negara itu membunuh diri.

Irrawaddy hari ini melaporkan ribuan migran haram dari Myanmar terkandas di Malaysia tanpa kerja akibat Covid-19 dan serbuan terhadap PATI.

Ia melaporkan 2 warga Myanmar membunuh diri di Kuala Lumpur minggu lalu dan 6 lagi berbuat demikian pada lewat Mei serta awal bulan ini.

Menurutnya, Ketua Pengarah Kementerian Hal Ehwal Luar Myanmar, U Aung Myint, menemui Duta Malaysia ke Myanmar, Zahairi Baharim semalam untuk meminta kerjasama Malaysia menghantar pulang PATI dari negara itu.

Aung Myint memberitahu Zahairi yang Myanmar akan menghantar pesawat untuk membawa pulang rakyatnya, jika dibenarkan Malaysia. Beliau turut meminta Malaysia tidak mendenda mereka yang pulang ke negara itu.

Zahairi berkata, beliau akan merujuk perkara itu kepada Kementerian Luar Malaysia.

Irrawaddy memetik seorang atase buruh di Kedutaan Myanmar di Kuala Lumpur berkata, dianggarkan 250,000 migran tanpa dokumen dari Myanmar berada di Malaysia, dengan tambahan 300,000 lagi yang mempunyai dokumen di negara ini.

Awal bulan ini, Malaysia dilaporkan mahu mengusir lebih 3,000 individu yang dipercayai warganegara Myanmar selepas ratusan tahanan disahkan positif Covid-19 di pusat tahanan.

Malaysia dilapor memaklumkan Kedutaan Myanmar ia akan menyediakan pesawat sewa untuk menghantar pulang tahanan itu ke negara berkenaan.


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


4 ulasan:

  1. Ambil lah balik, diorang datang negara ini tunjuk samseng.
    Islam? Islam apa ke benda. Nama aje Islam tapi solat tak reti, pengotor, pengacau.
    Halau aje.

    BalasPadam
  2. Pandai datang..pandai le balik sendiri

    BalasPadam
  3. Lebih baik di hantar balik ke negara asal mereka.daripada di simpan di pusat tahanan membazir wang rakyat.

    BalasPadam