Najib Saran Jadikan Mahathir Presiden DAP
SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bukan
sahaja menyindir DAP, malah turut memberi saranan nakal kepada parti itu
untuk menjadikan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Presiden DAP.
Ia susulan keputusan muktamad Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini untuk kekal mencalonkan Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri kesembilan sedangkan umum mengetahui DAP membuat keputusan sebaliknya iaitu mahukan Dr Mahathir menjadi calon jawatan nombor satu negara itu.
“Memandangkan DAP masih tegas untuk sokong PM7 (Perdana Menteri ketujuh) jadi calon Perdana Menteri tetapi PKR kini sudah tolak secara rasmi, DAP patut ambil PM7 masuk DAP untuk menjadi presiden partinya.
“Dengan ini DAP boleh calonkan pemimpin parti sendiri jadi Perdana Menteri,” tulisnya di Facebook.
Terdahulu, PKR dalam satu kenyataan hari ini menegaskan parti itu tetap terbuka untuk berbincang dengan semua pihak termasuk Dr Mahathir demi usaha menyelamatkan Malaysia dan mengembalikan mandat rakyat ke tempatnya.
Bagaimanapun, PKR memutuskan untuk tidak menyokong cadangan mencalonkan Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri dan kekal dengan konsensus Pakatan Harapan (PH) mencalonkan Anwar sebagai Perdana Menteri.
Sebelum ini, Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke memaklumkan parti itu sudah membuat keputusan untuk menyokong Dr Mahathir sebagai calon Perdana Menteri PH sementara Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Tegasnya, adalah penting untuk PKR menyatakan sama ada parti itu bersetuju atau tidak dengan cadangan tersebut dan tidak boleh ada ketidakpastian jika mahu PH melangkah ke depan. – Sinar Harian
MR : Tajam..sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Setuju datuk seri. Biarlah dap bela si zombie tua tu.
BalasPadamsetuju sgt
BalasPadamRindu dgn sepinya ARIFF MULUK beberapa minggu.mUNGKIN SIBUK KEMPEN di CINI sebagai parti bayangan
BalasPadamLubang kubur sudah digali.Tunggu penghuninya...
BalasPadamWalaupun ph plus di lihat macam berantakan tetapi pn kena juga berwaspada atau jangan alpa kerana mana tahu mereka ph cuba memancing dengan strategi mengalih isu untuk melakukan serang hendap terhadap pn
BalasPadamKlau tun masuk dap najid masuk mana
BalasPadamNajib masih ahli umno dan disayangi tak seperti si nyanyok tu. Eloklah nyanyok dapat main mahjong dengan si tua sepet tiap hari.
PadamDAP akan syaratkan secara bertulis Mahathir jadi president perlu akur dan patuh tidak boleh mengangkat muka atau bersuara selain "menyampaikan" kebaikan DAP untuk Malaysia. Ketika menyampaikan amanat itu Mahathir tidak dibenarkan "menjeling atau memandang kedepan" ketika membaca naskah yang disediakan dihadapan kamera atau wartawan dikhuatiri beliau "terlupa atau terkeliru" kelak.
BalasPadamAda jugak Tun dapat pencalonan.. Najib bekas PM ape pun takde.. menyalak je la keje.. nak jadi calon setiausaha menteri pun orang tak taknak shortlisted.. orang tak pandang pun.. yg pandang pun ambik hati je.. maklumlah zaman Najib dulu diaorang dah tibai macam2.. jasamu dikenang..
BalasPadamMadey layak angkat tahi je sebab penipu nombor satu. Hanya pengankat tahi yg lain je kenang dia.
Padam