Header Ads

ads header

Flash News

Ni satu lagi, dia sahaja yang betul, dia sahaja yang bersih... anak beranak dia kaya pun kerana rajin


Kalau keluar aje dari mulut Mahathir semua salah orang lain. Orang lain curi duit, orang lain tamak, orang lain rasuah, orang lain gila kuasa. Dia semuanya baik. Anak dia ada banyak harta keraja rajin Melayu semuanya malas.

Ini termasuk rakan pasukanya si Anwar Ibrahim. Tapi pelik kata apa pun dia kata kepada Anwar,  macai PH boleh terima. Apa jenis bodoh entahlah. Kena tipu dua kali masih hulu kepala kali ketiga..  Ini memang jenis bodoh tak boleh berfikir.

Boleh baca di bawah bagaimana Mahathir merapu pasal orang lain yang kotor dan jijik yang dia dan kroniknya bersih walaupun 22 tahu riompak duit rakyat.

Kita kenal Mahathir tapi malang ada manusia di Malaysia akal singkat tak boleh berfikir secara waras kata-kata Mahathir ini. Kalau Mahathir kata kentutnya wangi pun mereka semua percaya, itu bodohnya penyokong PH. Memang nampak aneh tapiitu hakihat tasud bodoh pengikut PH.

Dr Mahathir Mohamad berkata hanya pemimpin yang berani menolak tawaran Muhyiddin Yassin, sanggup digugurkan dari parti "secara tidak sah" dan sanggup hilang peruntukan untuk kawasan masing-masing boleh menyelamatkan negara dan bangsa Melayu.

Kata bekas perdana menteri itu, hal sedemikian berlaku ketika penyokong Muhyiddin bergerak ke sana-sini untuk menawarkan jawatan dan wang bagi meraih sokongan buat kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Dakwa ahli parlimen Langkawi itu, sesiapa yang menolak tawaran berkenaan akan diugut dan didera.

"Saya ucapkan syabas kepada mereka yang berani menolak tawaran Muhyiddin dan sanggup digugurkan dari parti (secara tidak sah) dan kehilangan pelbagai peruntukan untuk kawasan.

"Orang seperti ini sahaja yang boleh selamatkan negara dan orang Melayu," katanya melalui hantaran terbaru di blog beliau petang ini.

Sesetengah pemimpin lain dalam Bersatu pula, tambah beliau, melihat mereka berpeluang menjadi menteri, timbalan menteri atau mendapat jawatan lain jika PH dijatuhkan.

"Hari ini kita tahu untuk mendapat sokongan, Muhyiddin menawarkan jawatan kepada mereka yang lebih mengutamakan perolehan untuk diri sendiri berbanding perjuangan.

"Mereka ini sanggup lupa akan sebab mereka dipilih oleh rakyat. Mereka tidak pun berasa terhutang budi kepada rakyat. Yang mereka nampak ialah peluang dan upah daripada tawaran Muhyiddin.

"Untuk ini mereka sanggup bekerjasama dan mendukung kleptokrat yang kononnya mereka benci dahulu," katanya.

Dakwa Mahathir hampir semua anggota kerajaan Muhyiddin terdiri daripada pemimpin yang mengutamakan jawatan dan upah lumayan dan pada masa sama melupakan perjuangan untuk menghapuskan kleptokrat.

"Jika Melayu hendak dihancurkan, kerajaan keptokrat seperti inilah yang akan menghancur mereka. Betapa tidak. Kehendak rakyat mudah digugurkan dan kerajaan pemimpin mereka mudah memungkiri janji, utamakan kepentingan diri, mudah terpengaruh jawatan dan upah, yang kebanyakannya tidak mempunyai kelayakan selain dari menyokong Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.

"Kerajaan seperti inilah yang akan merosakkan dan menghancurkan negara serta orang Melayu," katanya.





MR :  ............


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


8 ulasan:

  1. Bercakap tentang diri dia sebenarnya. Dah tak sedar diri. Jauhkan lah kami dari sifat seperti ini ya Allah.

    BalasPadam
  2. Atok tua dari kerala, makin tua makin menggila

    BalasPadam
  3. Ni da tahap gila nasib bkn jiran aku

    BalasPadam
  4. Nie laa peluang dia.. kalau betul ada yg duk menjaja nak beli seats.. simpan la bukti... sampai masa huluq pi sprm ka media ka... jgn duk pakai tabur lepas tu suh org pk.

    BalasPadam
  5. Reggie Jesse Rithauddeen kata org Melayu marah kat PN sbb TSMY pecat 5 ekor pengkhianat ni dari PPBM.

    Hadoi, pelik lah sorang Mamak ni. Kata anti DAP. Jadi, bila anti DAP, 5 ekor pengkhianat ni semua pro DAP, khadam DAP. Nama aje Melayu, kata aje berani sama DAP, tapi 5 ekor inilah yg bagi peluang kat DAP utk hantam Melayu.

    Orang Melayu semua dah benci 5 ekor ni.

    BalasPadam
  6. Hairan. sampai sekarang baik kawan atau musuh tak boleh nak dakwa Tun dan anak2 ni. yg dah berkuasa pun tak mampu nak dakwa dan tangkap Tun anak beranak ni. Najib jatuh je terus kena dakwa anak beranak. apa istimewa nya Tun ni? Dulu Pak Lah berkuasa pun Tun tak kene dakwa. Najib berkuasa pun Tun tak kene dakwa. Takde ke yg mampu dakwa Tun atau mungkin sebenarnya takda apa yg boleh disabitkan pada Tun. Atau hanya fitnah dan mainan kotor pembenci Tun. Zaman Mahathir memang ramai kroni dia yg merompak harta rakyat. Tapi aku yakin Tun tak buat benda2 tu. Bapak yg ada anak sorang dua pun kadang2 tak tau yg anak dia jadi pencuri. Inikan pula Tun nak handle ramai kroni bawah dia. Be realistic la..

    BalasPadam
  7. Gila kuasa tahap dewa. Cinta dunia tanpa batasan.Kubur dh melambai. Buat persiapan utk kembali kpd Nya lbh baik. Smoga di kurniai hidayah Allah SWT.

    BalasPadam
  8. "Dakwa ahli parlimen Langkawi itu, sesiapa yang menolak tawaran berkenaan akan diugut dan didera".

    MADEY membuka pekung sendiri..Itu lah yang dia lakukan oleh MADEY Dahulu selama 22 tahun dia menjadi PM..dalam sedar dia membuka aib salah satu cara dia melakukan siksaan pada orang yang menentangnya dahulu..
    Perancangan ALLAH itu lebih sempurna dari perancangan MADEY..ALLAH pusingkan balik apa yang dikatakannya untuk Rakyat menilai sapa MADEY 22 tahun lepas yang di lakukan nya terhadapa MP dan rakyat yang memberontak..ALLAH jadikan MADEY sendiri membuka RAHSIA DAN BAGAIMANA MADEY menggunakan KUASANYA sewaktu berkuasa..Madey dah buka RAHSIANYA..Masih mahu menjadi Pentaksub MADEY lagi kah?

    BalasPadam