Header Ads

ads header

Flash News

Pembatalan harga siling petrol dan diesel adalah fitnah Malaysiakini


Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memandang serius laporan media berhubung pembatalan warta di bawah Perintah Kawalan Harga dan Antipencatutan (Penentuan Harga Runcit Maksimum bagi Petrol dan Diesel) di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

KPDNHEP ingin menegaskan bahawa tiada perubahan dari segi dasar penetapan harga jualan runcit petrol dan diesel, seperti yang dilaporkan.

Penetapan harga runcit petrol dan diesel adalah melalui ‘Automatic Pricing Mechanism’ (APM) yang dipengaruhi oleh harga minyak yang diproses (refined products) selari dengan harga minyak mentah dunia.

Sejak 30 Mac 2017, harga jualan runcit petrol dan diesel ditetapkan secara mingguan dan dikuatkuasakan oleh KPDNHEP melalui warta di bawah Perintah Kawalan Harga dan Antipencatutan (Penentuan Harga Runcit Maksimum bagi Petrol dan Diesel) di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

Tujuan pewartaan adalah untuk menguatkuasakan kawalan harga jualan runcit petrol dan diesel oleh syarikat minyak dan pengusaha stesen minyak agar tidak melebihi harga yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan.

Walaubagaimanapun, mulai 29 Februari 2020, KPDNHEP telah menukar mekanisme penguatkuasaan kawalan harga jualan runcit petrol dan diesel melalui Surat Arahan Pengawal Bekalan di bawah Peraturan 12A Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Perubahan mekanisme ini bertujuan untuk meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan dan pemantauan di peringkat KPDNHEP sekiranya terdapat sebarang pelanggaran arahan di bawah akta yang berkuat kuasa.

Dalam menjamin kepentingan pengguna, KPDNHEP komited memastikan pematuhan semua syarikat minyak dan pengusaha stesen minyak terhadap harga yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan.

Mengambil kira trend semasa harga minyak mentah dunia, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.


ALEXANDER NANTA LINGGI
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna,
merangkap Ahli Parlimen Kapit.

MR :  Malaysiakini dapat kontrak untuk memburukan kerajaan PN


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


6 ulasan:

  1. Malaysiakini dan Malaysia Gazette dua dua ni bodoh. Tun M dah kena pecat tapi mereka masih lagi menggegarkan Tun M Pengerusi PPBM.
    Bodoh betul dua dua portal sial ni.

    BalasPadam
  2. Lidah2 syaitan

    BalasPadam
  3. Siapa yang percaya bulat2 semua mk siarkan ialah anak2 luar nikah.

    BalasPadam
  4. Malaysia kini lidah rasmi dap

    BalasPadam
  5. Tolong ambil tindakan perundangan..

    BalasPadam
  6. Susah ....nak kita...kata kalu mata mereka dah ditutup dgn duit....apa pun boleh..mereka cakap...betul atau salah itu no..2 yg penting...untung didunia dulu nanti boleh bertaubat..macam atok susah nak cakap..mukin tunggu malaikat dah didepan mata baru dia ingat akhirat...moga Allah lanjut usia atok..50 tahun lagi agar sempat insaf...

    BalasPadam