Header Ads

ads header

Flash News

Pemuda Umno mahu kerajaan tubuh RCI siasat Tabung Haji


KUALA LUMPUR:
Pemuda Umno menggesa agar kerajaan segera menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Tabung Haji (TH) bagi menyiasat segala dakwaan penyelewengan dalam institusi tersebut.

Ketuanya, Asyraf Wajdi Dusuki dalam kenyataan hari ini berkata, perkara itu penting bagi mengembalikan keyakinan pelabur dan kira-kira 9.4 juta pendeposit institusi terulung umat Islam negara itu.

“Walaupun RCI mengenai TH bukanlah sebahagian daripada janji kerajaan (sebaliknya janji manifesto Pakatan Harapan [PH]), namun rakyat berhak mendapat penjelasan yang tuntas dan telus mengenai pelbagai tuduhan penyelewengan yang digembar-gemburkan oleh kerajaan terdahulu,” katanya.

Asyraf berkata, TH adalah institusi yang cukup bernilai di hati rakyat Malaysia dan kecemerlangannya sebelum ini bukan sahaja diiktiraf oleh dunia, malah prestasi kewangan yang memberangsangkan setiap tahun membolehkan pendeposit berkongsi hibah dan bonus setiap tahun secara purata tidak kurang daripada 6.25% setelah ditolak zakat 2.5%.


 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. Cadangan yg baik.. kene libatkan semua dalam RCI.. PN dan PH.. dan mereka yg terlibat dalam kemelut Tabung Haji ni.. jgn PN je buat.. nampak tak adil.. berat sebelah.. nak buat boleh tapi biar nampak adil..

    BalasPadam
  2. harap dapat dijalankan segera.... pendeposit dah hamper nak lari dh sebelum ni masa PH melingkupkan asset tabung haji.

    panasss hati menegoknyer

    BalasPadam