Header Ads

ads header

Flash News

Pendedahan Najib mengenai kebakaran HSA menunjukkan Kerajaan PH sebelum ini tidak peka dengan kebajikan Rakyat


Najib Razak menggesa kerajaan Perikatan Nasional (PN) segera mendedahkan laporan berhubung punca kebakaran Hospital Sultanah Aminah (HSA) pada 2016.

Bekas perdana menteri itu berkata, ia perlu bagi menjawab kritikan pihak tertentu khususnya Pakatan Harapan (PH) yang cuba meletakkan kesalahan kepada PN.

Jelasnya, meskipun laporan berkenaan telah lama siap, namun kerajaan PH sebelum ini gagal untuk mengemukakan laporan berkenaan kepada umum.

"Laporan itu siap pada 6 Jun 2018 selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dan diserahkan kepada kerajaan PH di bawah perdana menteri ketujuh (Dr Mahathir Mohamad).

"Masa menyerah laporan, pengerusi jawatankuasa mendesak kerajaan PH untuk mengumumkan dan mendedahkan laporan tersebut.

"Namun, pada bulan Nov 2018, menteri kesihatan PH kata laporan tersebut masih tidak boleh didedahkan kerana memerlukan kebenaran kabinet PH," tulis Najib di Facebooknya, hari ini.

Katanya lagi, selepas setahun kerajaan PH masih gagal mendedahkan laporan berkenaan sehinggalah tumbang.

"Pada pendapat saya, kerajaan PN perlu dedahkan laporan tersebut serta-merta kerana laporan dah lama siap," tambah Najib lagi.

Pada bulan Okt 2016, enam nyawa terkorban dalam tragedi kebakaran di Unit Rawatan Rapi (ICU) HSA pada tahun 2016.

Susulan itu, pada bulan Nov 2016, kerajaan BN di bawah pimpinan Najib menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi mencari punca kebakaran.

Laporan berkenaan siap pada 6 Jun 2018. Untuk rekod, BN tumbang dalam PRU14 pada 9 Mei 2018.

Semalam wad perubatan perempuan HSA terbakar dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 3 petang.

Bagaimanapun tidak kemalangan jiwa berlaku dalam kejadian terbaru itu.

Sebelum ini, wakil rakyat DAP Teng Chang Khim turut mendesak kerajaan PN untuk dedahkan hasil siasatan dan perbincangan jawatankuasa khas berhubung kebakaran yang berlaku pada 2016 itu.

Dalam pada itu, Najib turut merayu pihak polis serta peguam negara supaya tidak mengambil tindakan yang drastik ke atas ketua pengarang portal berita kesihatan CodeBlue, Boo Su-Lyn.

Boo disiasat di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) berhubung artikel yang berkaitan dengan kebakaran HSA pada 2016.

Najib berkata, Boo dilihat ikhlas untuk menambah baik sistem kesihatan Malaysia.

"Tahun lepas, Boo juga pernah banyak kali mengecam skim MySalam yang merupakan projek kesayangan menteri kewayangan PH bersama syarikat Insurans milik penuh Singapura kerana pulangan projek itu tak masuk akal dan banyak merugikan negara.

"Boo tulis tentang laporan HSA sejak tahun 2019 sehingga bulan Mac 2020 lalu kerana dia tidak mahu tragedi kebakaran untuk berulang.

"Malangnya, kebakaran HSA berlaku sekali lagi," kata Najib.

 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


10 ulasan:

  1. Di bawah ph kekayaan negara nak disalurkan ke singapura.

    BalasPadam
  2. parti pap dan dap bukan org lain ....sama2 memperbodohkan barua2 melayu utk berkuasa...

    BalasPadam
  3. Harap Najib dapat simpan sedikit peluru2 yang menembak Atok! Kesian Atok nampak lelah!

    Sekali sekala tembaklah GODFA*HER DAP tu, banyak isu banglo murah anaknya yang belum terjawab?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Atok dh mula nyanyok...kemaruk kuasa...tak dpt jd PM semula d calon KM sabah sbgai proxy dia.

      Padam
    2. Huhu,mrh btl Najib PD Mahadir kn....yela,fitnah Smpai dia tumbang.stkt tumbang xpe lg,ini Smpai dicaci dihina..so,biar Najib londeh 1 per 1 biar Smpai Mahadir didakwa sbb dia perompak yg sebenar tp dia dh kambing hitamkn Najib..kesian kt Najib,hari2 dlm parlimen mse ph JD kerajaan 22 bln haritu,mp ph mencaci menghina tuduh Najib perompak sedangkan hakikatnya diorg fitnah je,pastu negara xbankrap pn..yg geramnya mp2 ph tahu dan sedar yg diorg sengaja fitnah dan tahu Najib xslh,tp diorg sengaja menuduh Najib perompak setiap hari..klu la AQ yg kne fitnah cmtu,pastu hari2 org sengaja nk sakitkan ht AQ dgn sengaja provok AQ,tuduh AQ perompak dpn seluruh rakyat Malaysia,wajib AQ blh JD gila..tp Najib ckup2 hebat..mental dia kuat,sentiasa ceria mcm xde pape mslh..malahan dia siap blh londehkan kesalahan2 ph hmpir setiap hari.tabik la Najib..inilah baru btl2 selayaknya JD PM AQ dan malaysia..seorang yg btl2 bijak.cme dlu dia xsangka dia nk kne fitnah dajjal sebesar dan sehebat itu,sbb tu dia xambik tindakan tegas PD penfitnah2 dlu..klu la dia tegas mse tu,pasti semua mp ph dlu dok dlm penjara dan Najib pn masih lg JD Pm skrg.tp syg,mlaysia kehilangan seorg permata paling bernilai.skrg dh mustahil dh Najib blh JD Pm smle...pasti LPS nie kurang dh bantuan2 untuk rakyat.redha jla..hrap TSMY blh lakukan kerja setanding mcm Najib supaya melayu dan Islam terbela,kuasa raja2 tetap dipertahankan..hrap TSMY tidak terlalu slow..kne tegas mcm Najib dulu..

      Padam
  4. Pendedahan Mahathir mengenai 1MDB menunjukkan Najib melakukan jenayah dan salah guna kuasa dgn memperbodohkan rakyat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sekadar sembang berita kencing tak laku dalam MR...dalam mk yang ramai macai tiga suku bolehlah kamu goreng...geledah rumah tokjib cuma setakat jumpa spender dan coklat.Jika jumpa jongkong emas logik lah juga. Merapu dengan tuduh orang rompak samun juta juta itu ini tapi tak jumpa jumpa bukti.Bukan rakyat yang bodoh tapi kamu yang bodoh percaya gajah boleh terbang

      Padam
  5. Awana sepanjang PH memerintah.hingga kehari ini.bolih sy tau.anda duduk dihutan mana..mesti internit pun x de..kerana sy lihat.cara anda bercakap.serupa org terencat akal..sbab org gila pun dah tau.cerita sebenarnya..berpunca dari mana.siapa pelakun tambahan itu.juga siapa pengarah nya.& pebantu pngarah.maka terjawap lah.semua dah jelas.tuhan tunjuk kan.siapa kah penjilat2 ini..bila sy berfikir & memikir.rupa2nya anda lah salah seorang pelakunnya.patutlah anda cuba nk menegakkan.kontol mereka yg lembik..hingga termuntah2..slow slow..ok.

    BalasPadam