Header Ads

ads header

Flash News

Pulau Pinang Goyah, Hanya 22 daripada 40 sokong Chow Kon Yeow sebagai KM


PETALING JAYA:
Wakil rakyat Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang didahului Adun Air Putih, Lim Guan Eng menyatakan sokongan penuh kepada Ketua Menteri, Chow Kon Yeow untuk menerajui pentadbiran negeri.

Menerusi kenyataan bersama Adun PH Pulai Pinang, mereka juga menolak sebarang cubaan untuk menjatuhkan pentadbiran kerajaan negeri yang diterajui gabungan itu sejak 2008.

“Kami sedar bahawa khabar angin kononnya beberapa orang Adun PH Pulau Pinang akan keluar parti untuk menyokong penubuhan kerajaan PN (Perikatan Nasional) di Pulau Pinang.

“Kami para ‘backbenchers’ PH ingin menegaskan bahawa kami menolak sebarang usaha pintu belakang untuk menjatuhkan kerajaan Pulau Pinang dan menyatakan bahawa kami sesekali tidak akan khianati mandat rakyat yang diperolehi dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

“Sebarang usaha untuk menjatuhkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat melalui mandat PRU14 adalah bertentangan dengan prinsip demokrasi, dan khianat tersebut tidak akan dimaafkan oleh rakyat.

“Kami juga ingin mengingatkan kepada rakan-rakan kami di sebelah sana, yang ingat ‘lompat parti’ adalah perkara biasa, tentang Artikel 14A perlembagaan negeri Pulau Pinang yang akan diguna pakai untuk melucutkan keahlian Dewan yang khianat mandat rakyat, dengan melompat parti,” kata mereka.

Kumpulan wakil rakyat itu juga turut menasihati bekas sekutu mereka yang berada di blok pembangkang supaya tidak “membuat fitnah”.

“Kami menasihatkan rakan kami yang sudah menjadi pembangkang sekarang untuk menunjukkan sifat tanggungjawab dan tidak menyebarkan fitnah yang tidak benar sama sekali ini “ katanya.

Selain Guan Eng, 21 Adun lain yang turut mengisytiharkan sokongan kepada Chow ialah:

  • Saifuddin Nasution Ismail-Pantai Jerejak
  • Teh Lai Heng- Komtar
  • Amar Pritpal Abdullah- Sungai Bakap
  • Lee Khai Loon- Machang Bubok
  • Muhammad Faiz Fadzil- Permatang Pasir
  • Lim Siew Khim-Sungai Pinang
  • Satees Muniandy- Bagan Dalam
  • Ong Ah Teong – Batu Lancang
  • Lee Chun Kit- Pulau Tikus
  • Daniel Gooi Zi Sen-Pengkalan Kota
  • Hng Mooi Lye-Jawi
  • Syerleena Abdul Rashid- Seri Delima
  • Heng Lee Lee-Berapit
  • Joseph Ng Soon Siang-Air Itam
  • Mustafa Kamal Ahmad-Telok Ayer Tawar
  • Gooi Hsiao-Bukit Tengah
  • Goh Choon Aik-Bukit Tambun
  • Ong Khan Lee-Kebun Bunga
  • Kumaresan Aramugam – Batu Uban
  • Mohd Tuah Ismail-Pulau Betong, dan
  • Azrul Mahathir Aziz -Bayan Lepas.

DUN Pulau Pinang mempunyai 40 anggota dengan PH menguasai 33 kerusi.

Daripada 33 kerusi PH, DAP mempunyai 19 kerusi, PKR (12) dan Amanah (2).

Tujuh anggota pembangkang diketuai oleh 3 Adun PPBM, diikuti Umno (2), PAS (1) dan Bebas (1).

Sebelum terbentuknya kerajaan PN pada Mac kepas, terdapat hanya hanya 3 anggota pembangkang, iaitu Umno (2) dan PAS (1).

Terbaru Dr Afif Bahardin dan Zulkifli Ibrahim dipecat daripada PKR. Afif menyuarakan hasrat untuk menyertai PPBM, sementara Zulkifli kekal sebagai ahli Bebas.

Dalam pada itu Adun PPBM Khaliq Mehtab Mohd Ishaq dan Zolkifly Md Lazim berkata mereka mesra PN.


MR :  Lihat selepas ini, Pulau Pinang akan dapat KM Melayu Islam


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


5 ulasan:

  1. Ya ALLAH..hamcurkanlah DAP.
    AMIN

    BalasPadam
  2. Lompat parti boleh hilang kelayakan adun pp..tapi jika tak lompat cuma ikut aje perangai kluster madey..sokong blok pembangkang negeri atau duduk kerusi pembangkang dalam adun..hehe

    BalasPadam
  3. اللهم آمين مددالحق !

    BalasPadam
  4. TERBAIK LAH PN PERINTAH..PH TIDAK WAJAR MEMERINTAH SEBAB X AMANAH WALAUPUN ADA PARTI AMANAH..

    BalasPadam