Header Ads

Header ADS

Senarai lima pemimpin Armada yang ditahan SPRM


Seramai lima orang pemimpin Armada telah ditahan SPRM bagi membantu siasatan mengenai wang tunai bernilai ratusan ribu yang didakwa milik parti Bersatu.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilapor merampas sejumlah wang tunai berjumlah RM600,000 dari rumah dua anggota Pemuda Bersatu (Armada) semalam.

Menurut laporan The Star, wang tersebut dipercayai milik parti itu.

Antara yang ditahan adalah:

1- Rafiq Hakim Razali, Bendahari Armada
2- Adam Mukhriz, pembantu kepada Tun Mahathir
3- Hannan Khairy, Exco Armada
4- Redzuan Shafi, penolong setiausaha Armada
5- Danie Khusairi, ketua Armada Setiawangsa.

Pengarah siasatan SPRM, Norazlan Mohd Razali dipetik sebagai berkata, seramai dua ahli Armada disoal siasat pada 5 Jun lalu berhubung laporan yang dibuat oleh Anggota Parlimen Muar, Syed Saddiq Abdul Rahman berhubung kehilangan RM250,000 dari peti simpanan di rumahnya.

"Setelah disoal siasat, pegawai pergi ke rumah kedua-dua anggota berkenaan di dua lokasi berasingan di Kuala Lumpur.

"Para pegawai menemui sejumlah RM600,000 wang tunai di dua lokasi," katanya.

Laporan itu menambah SPRM juga merampas sebuah kereta berharga RM100,000 milik pihak ketiga yang dipercayai telah dibeli menggunakan dana yang disalahgunakan.

SPRM menolak dakwaan bahawa siasatan berkenaan bermotifkan politik dan menegaskan suruhanjaya itu hanya menyiasat aduan yang dibuat Syed Saddiq berhubung kehilangan wangnya pada Mac lalu.

#Sumber

MR :  Itu yang Mahathir marah sangat kepada SPRM.. dia rupa ada bayangan dlm kes ini ke?


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


5 ulasan:

  1. Tangkap sadiq dan bekas pengerusi sekali baru betul. Dapat ikan bilis jerung terlepas buat apa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jerung itu pandai. Dia tidak terus telan. Dia pusing2 dulu pastikan ikan yang Dia hendak telan. tidak Makan plastic atau tin sardin yang boleh mencederakan perut dia.

      Padam
  2. Tangkap semua sekali jangan kira ikan bilis atau jerung asal dalam lubang yang sama baru adil.

    BalasPadam
  3. Asalnya kes jenayah alih2 dah kena siasat olih sprm pulak,
    Pelik juga ratus ribu simpan kat rumah saja... kaya kaya.

    BalasPadam
  4. Sepatutnya pihak yg melaporkan kehilangan wang dlm peti besi hendaklah ditangkap sekali tak blh dibiarkan tak ambil tindakan juga.

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.