Header Ads

ads header

Flash News

Sultan Johor Terganggu dengan kenyataan palsu Anwar


Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dikatakan ‘terganggu’ dengan kenyataan palsu Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa kononya telah mendapat perkenan Baginda untuk membentuk kerajaan.

Menurut bekas Ketua Cabang PKR Rembau, Badrul Hisham Shaharin ekoran pendedahan yang dilakukan sebelum ini Istana Johor dikatakan tidak senang dengan tindakan tersebut.

“Tulisan saya dilaporkan sampai ke Istana dan Sultan (Johor) agak “terganggu” dengan penipuan Anwar.

“Malah Anwar memetik nama Azam Baki (SPRM) konon (telah) bertemu dia beberapa kali. Saya dihubungi sumber dalam pejabat Azam Baki, ternyata ia tipu kerana memang Anwar ajak bertemu tetapi pertemuan belum lagi berlaku dan oleh kerana Anwar lebih awal menipu guna nama Azam Baki maka ramai pegawai kerajaan lebih berhati-hati dengan Anwar,” ujar Badrul melalui laman Facebooknya semalam.

Badrul mendedahkan perkara tersebut selepas mengadakan perjumpaan tertutup bersama Anwar pada Rabu lalu.

“Dia bersungguh sungguh yakinkan bahawa Sultan Johor hubungi dia minta terus usaha ambil alih kerajaan, katanya syarat Sultan Johor kerajaan baru itu wajib tanpa Mahathir.

“Dia juga menyebut beberapa raja – raja Melayu dan kerabat termasuk Tengku Hassanal, Pemangku Sultan Pahang yang katanya ketika dia menerangkan situasi semasa Tuanku terkejut dan sangat menyokong dia sebagai PM selepas difahamkan,” ujar Badrul yang lebih dikenali dengan panggilan Chegubard.

Selain saksi, Chegubard turut mendakwa mempunyai rakaman perbualan bagi menyokong pendedahan tersebut.

SuaraTV masih berusaha untuk menghubungi Anwar bagi mendapatkan maklumbalas berhubung perkara ini.

Sehingga kini Anwar masih mengambil pendekatan ‘berdiam diri’ atas pendedahan yang dilakukan oleh Chegubard itu.

Sultan Ibrahim sebelum ini memberi amaran untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) jika perebutan kuasa dalam kalangan wakil rakyat negeri itu terus berlaku.

Baginda menzahirkan rasa kecewa itu ekoran kemelut politik yang masih berlaku di Johor.

Sumber: Malaysia Today


MR :  Psywar dan putar belit dan manipulasi berita kerja mahir PH. Ramai rakyat terkena kencing dalam hal ini


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan