Header Ads

Header ADS

Terbaik Mazlee, kasi pening gabungan PH tu. Melekat lah kamu dgn PH tu...supaya cepat bungkus PH


Satu komen pada berita di Malaysiakini sesuai untuk tajuk berita ini. Jadi saya rasa baik baca apa Malaysiakini tulis mengenai pendapat Dr Maszlee Malek, ahli masjis Syura IKRAM yang diserap dalam BERSATU.

Maszlee: Jawatan PM ke-9 bukan hak mutlak Anwar

Rundingan Pakatan Harapan (PH) untuk mengambil semula kerajaan daripada Perikatan Nasional (PN) haruslah tidak dengan keyakinan bahawa jawatan perdana menteri adalah hak mutlak Anwar Ibrahim.

Anggota Parlimen Simpang Renggam, Maszlee Malik berkata, tanpa bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad, peluang untuk PH mengambil semula kerajaan adalah sangat tipis bahkan mustahil.

"Rundingan untuk ambil semula kerajaan daripada PN dan memilih Perdana Menteri ke-9 haruslah tidak dengan keyakinan bahawa PM ke-9 adalah hak mutlak Datuk Seri Anwar Ibrahim atas dasar nombor. 

"Hakikatnya jelas, tanpa Tun Dr Mahathir, peluang untuk mengambil semula kerajaan pun sangatlah tipis bahkan mustahil.

"Kalau PH hanya berharap kepada kemampuan Datuk Seri Anwar Ibrahim, maka sampai bila-bila pun PH tidak akan mampu melepasi angka keramat 112," katanya dalam catatan di Facebook hari ini.

Maszlee mengimbas analogi yang pernah diberikan bekas menteri besar Kelantan, Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat apabila ditanya mengapa perlu PAS bekerjasama dengan parti-parti lain seperti Semangat 46, PKR dan DAP.

“Beginilah. Umpama kita nak kait rambutan. Pokok rambutan tinggi. Galah kita tak sampai. Kalau kita cari sejengkal lagi galah, sambung dengan galah kita, Insha-Allah satu pokok rambutan kita boleh kait. 

"Galah sejengkal inilah yang membantu kita dapat banyak lagi hasil," ujarnya memetik kata-kata allahyarham.

'Sokongan Anwar paling tinggi hanya 92 MP'

Menurut Maszlee, beberapa pilihan raya umum (PRU) sebelum ini membuktikan sokongan maksimum terhadap Anwar Ibrahim hanyalah sekitar 78 hingga 80 anggota parlimen di Semenanjung.

"Ditambah dengan Ahli Parlimen DAP dan PKR di Sabah dan Sarawak, bolehlah mencapai angka 92 iaitu satu blok pembangkang yang cukup kuat.

"Jika hanya mahu menjadi pembangkang sampai bila-bila, bolehlah ketepikan Tun Dr Mahathir dan pengaruh yang beliau bawa.

“Tapi jika mahu kembali sebagai kerajaan seperti yang telah diberikan mandat pada PRU14 yang lalu, maka di sinilah ‘galah sejengkal’ Tun Dr Mahathir berperanan,” katanya.

Pakatan Harapan (PH) dan sekutunya - Mahathir dan Parti Warisan - yang kini digelar sebagai PH Plus mendakwa memiliki sokongan untuk kembali mengambil alih kerajaan daripada pimpinan Muhyiddin Yassin.

Bagaimanapun, PH Plus dikatakan masih buntu untuk mencapai persetujuan mengenai calon perdana menteri antara Mahathir dan Anwar.

Sumber mendakwa Mahathir masih mahu menjadi perdana menteri walaupun untuk jangka masa singkat, sedangkan Anwar tidak bersedia untuk mengalah.

Anwar yang juga ketua pembangkang sebelum ini berkata PH dan sekutunya kini mempunyai sokongan 107 anggota parlimen dalam Dewan Rakyat.

'Galah Anwar tak cukup sejengkal'

Maszlee berkata, kedudukan terkini iaitu 107 sokongan bagi pihak PH Plus seperti yang diuar-uarkan oleh Anwar boleh dianggap sebagai ukuran galah asal yang tak cukup sejengkal.

Sebaliknya beliau berkata Dr Mahathir mampu untuk memperoleh sehingga 148 sokongan anggota parlimen jika rundingan dan percaturan dibuat dengan betul.

"Kedudukan terkini iaitu 107 bagi pihak PH+ seperti yang telah diuar-uarkan boleh dianggap sebagai ukuran galah asal yang tak cukup sejengkal. Galah Anwar Ibrahim hanyalah 91.

"Tetapi faktor galah sejengkal Tun Dr Mahathir telah memanjangkannya sedikit kepada 107 buat masa ini. Tinggal 5 lagi untuk mencapai buah-buah ranum di puncak.

“Walaupun kedua-dua tokoh iaitu Anwar dan Dr Mahathir telah kehilangan pengaruh yang agak signifikan melalui penghianatan orang nombor dua dalam parti masing-masing, kita tetap juga perlu bertanya soalan yang realistik ini,” katanya.


MR :  Nak perintah Malaysia? Nak urus gabungan PH pun tak mampu


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


11 ulasan:

  1. MABUK kerana ARAK...MEROYAN kerana GILA bayang..GILA KUASA kerana KHIANAT MANDAT dan MUNAFIK kerana Bohong Mungkir janji tidak amanah SERTA bermuka2.

    BalasPadam
  2. Celaru dua atuk warga emas yang pelahap dan kemaruk kuasa.sudah berada di tahap gila dan sawan nak jd PM.Teruskan makan popcon tapi dah ramai keluar panggung.Boring cerita orang tua mabuk kuasa

    BalasPadam
  3. DAP tengok sambil makan popcorn.DAP senyap tanpa ulas apa2.Biarkan dua Melayu tua tu bergasak.Sapapun menang,nanti DAp yang untung lebih melanun harta

    BalasPadam
  4. Jgn di.biarkan atok 2 orng nie jd PM..rosak.. negaraku tercinta nnti....

    BalasPadam
  5. kejap PR kejap PH kejap PH Plus..
    aduhaiii...nama pun xleh nk urus betul lg mau buat kerje urus negara ke...

    BalasPadam
  6. Kena tunggang dengan madey dan keluarga lah ko mazlee macam si pencacai tua kadir jasin tu. Sampai bila nak ada maruah diri orang2 yang bekerja untuk madey tak tahulah. Kalau madey kata masuk lubang jamban masuk lubang jamban lah ko org semua.

    BalasPadam
  7. Sebab ada org macam mazlee buat atok tak sedar diri

    BalasPadam
  8. Aku betul-betul geleng kepala kat manusia ni.
    Dahulu masa kat Durham aduh watak alim sangat dia ni. Cakap pasal Islam berdegar-degar. Rupanya barua kafir.
    Syaitan bertopeng manusia.

    BalasPadam
  9. Netizen Cina hina Islam dan umat Islam, buka masjid keputusan sampah.

    Sumber:
    https://cin-ca.blogspot.com/2020/06/netizen-cina-hina-islam-buka-masjid-sampah.html#ixzz6PCqLoW4y

    KITA MOHON PIHAK BERKUASA SEGERA MENANGKAP DAN MENDAKWA PUAK RASIS INI DI MAHKAMAH DENGAN SEGERA KERANA HASUTAN PERKAUMAN MEREKA BOLEH MENCETUSKAN KEBENCIAN, KEMARAHAN, PERMUSUHAN DAN RUSUHAN TERHADAP ISLAM DAN UMAT ISLAM DI MALAYSIA @ TANAH MELAYU KITA.

    BalasPadam
  10. Eric Paulsen: Apa guna PH jatuh, tangan ‘halus’ masih di kerajaan

    Individu benci Islam bukan calon sesuai diberi ruang dalam kerajaan.

    Sumber:

    https://ismaweb.net/2020/06/13/eric-paulsen-apa-guna-ph-jatuh-tangan-halus-masih-di-kerajaan/

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.