Header Ads

ads header

Flash News

Tidak absah, Anwar tekad terus ‘goncang’ PN


KUALA LUMPUR, 3 Jun
— Kerajaan Perikatan Nasional (PN) wajar dicabar bagi menunjukkan keabsahannya, kata Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar berkata sejak PN ‘merampas’ Putrajaya, mereka gagal membuktikan bahawa ia merupakan sebuah kerajaan yang dibina atas prinsip demokrasi.

“Kerajaan yang ada pada hari ini bukan sahaja kontang keabsahan, malah ia terus melanggar prinsip dan norma demokrasi di negara ini.

“Sehingga hari ini, ia masih gagal membuktikan keabsahannya. Maka amat wajar kerajaan ini terus dicabar dan digoncang dalam ruang lingkup demokrasi,” katanya menerusi sebuah video dimuat naik di laman sosial, Twitter.

Sebelum ini, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah bahawa kerajaan pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah sah sebagaimana mengikut peruntukan Perlembagaan.

Baginda bertitah demikian sempena pembukaan penggal ketiga Parlimen ke-14 turut mengingatkan wakil rakyat tidak bermain politik di saat negara berdepan pandemik Covid-19.


MR :  Macam-macam istilah nak suruh rakyat terperdaya


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


8 ulasan:

  1. Keabsahan plak dah....adoi...terbelit lidah aih nak menyebutnya...dah2la
    ...rakyat dah meluat..22 bulan rasa mcm 22 tahun hampa perintah....mujuq atok letak jawatan...

    BalasPadam
  2. TAHNIAH ALHAMDULILLAH....KERAJAAN MENANG TANPA BERTANDING...TERIMALAH TAKDIR DENGAN REDHA.

    BalasPadam
  3. Tak bertanding kepala lutut hang.Agong panggil semua org Mp urk tahu sendiri siapa pilihan setelah atuk warga emas celaru.Agung buatbikut aturan,nk nk kta tk absah kbenda.Tolol tk abih lg warga emas tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jadi tak salahlah kalau Anwar atau Tun nak test balik sokongan tu kan? Kenapa nak maki diaorang plak.. bukan keluar duit pun.. kalau berani PN tunjukkan keabsahan tu.. kalau setakat sokongan dapat cukup utk seminggu je maknanya sokongan tu perlu dinilai balik .. tu pun kalau PN ade berani laa..

      Padam
    2. Dah 5 kali kalah PRK berturut-turut keabsahan kepala hotak dia.

      Padam
    3. AWANAMA
      3 Jun 2020 10:48 PTG tak layak jadi rakyat pengundi sebab terlalu bodoh. Ingat tukar kerajaan nak tukar baju pagi petang macam tu? Pergi terjun ke laut, kalau tak duduk diam2.

      Padam
  4. Absah kepala hotak

    BalasPadam
  5. Langkah Kajang tu demokrasi ke tidak ? Langkah Port Dickson tu lagilah tak demokratik.
    Masa kamu nak buat Langkah September tu pun tak demokratik.
    Bodoh betul ni.

    BalasPadam