Header Ads

ads header

Flash News

Tun M mahu Shafie Apdal jadi PM


Tun Dr Mahathir Mohamad mendedahkan bahawa beliau dan penyokongnya bersetuju untuk memilih Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menggantikannya sebagai perdana menteri dalam gabungan Pakatan Harapan (PH) Plus.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, cadangan itu juga disokong Parti Amanah Negara (Amanah) dan pemimpin DAP semasa satu mesyuarat dengan pemimpin-pemimpin Warisan.

"Saya harap kita semua (akar umbi) faham walau saya tak jadi calon perdana menteri tapi (calon baharu) ini adalah orang yang sebulu dengan saya dan kita semua kerana beliau melawan kleptokrat.

"Sebab itu kita perlu sokong Shafie dan bagi saya, (sokongan) itu sama seperti sokong saya. Saya akan sokong Shafie. Jadi walaupun ada pertukaran sedikit saya harap akar umbi akan terus memberi sokongan kepada calon kita, Shafie Apdal," katanya menerusi satu rakaman video.

Rakaman video yang diambil semasa satu mesyuarat dengan akar umbi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Terengganu di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini semalam juga tular di media sosial.

Bagaimanapun, dedah Dr Mahathir lagi, sebenarnya Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim bertegas agar dirinya dinamakan sebagai perdana menteri jika gabungan PH Plus merampas kembali kuasa daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Menurut beliau, walaupun pemimpin lain dalam PH Plus cuba untuk memujuknya (untuk kembali dilantik debagai perdana menteri), Anwar berkeras tidak bersetuju agar beliau menjadi pemangku perdana menteri, sekalipun hanya untuk satu hari.

"Kami telah meminta Anwar untuk bersetuju supaya saya jadi perdana menteri selama enam bulan dan beliau boleh ambil alih selepas itu. Tetapi beliau masih tidak mahu saya menjadi PM, walaupun untuk satu hari. Beliau tolak saya jadi perdana menteri sepenuhnya.

"Selepas setiap kali mesyuarat, perkara sama berlaku. Beliau akan kata perlukan masa untuk fikir. Seminggu kemudiannya, ia akan berulang lagi dan beliau memang tidak akan bersetuju. Seolah-olah hanya beliau seorang sahaja yang boleh jadi perdana menteri," katanya.

Namun begitu, Dr Mahathir menegaskan bahawa beliau tetap akan dinamakan sebagai calon perdana menteri PH Plus untuk membantu gabungan berkenaan mencapai majoriti sokongan dalam Dewan Rakyat.

Ketika mesyuarat Bersatu baru-baru ini, Dr Mahathir berkata beliau diberitahu bahawa PH tidak bersetuju Anwar segera dilantik sebagai perdana menteri kerana ramai beranggapan Anwar mempunyai ramai musuh sekaligus akan membuatkan gabungan itu sukar mendapatkan sokongan majoriti untuk kembali berkuasa.

"Kami tidak boleh memberikan (pencalonan) kepadanya. Beliau mempunyai ramai musuh. Malah, akan ada orang tertentu yang akan meninggalkan kami. Jadi, jika di sana (sidang Dewan Rakyat) tidak cukup nombor (jumlah kerusi), kami tidak boleh kembali membentuk kerajaan," katanya. - SH

MR :  Akhirnya penyokong PH jadi bengong pasal banyak sangat cadangan..


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


7 ulasan:

  1. Rakyat sudah 2 tahun menderita kena kencing oleh kerajaan yang kononnya mendapat mandat rakyat..sekarang sesama pimpinan pakatan hancing pula saling kencing mengencing antara mereka...mandat rakyat laa sangat..phuii..keh keh keh...

    BalasPadam
  2. Ph tadak kojer.Giat membodohkan rakyat Malaysia

    BalasPadam
  3. WHAT??WHAT??LUAR BIASA...
    Ini jalur apa?ini minta sokongan dan perbodohkan orang..ini jelas ya "GILA"permainan,minta sokongan dari DSAI,tapi dikencing..Lepastu mengungkit pasal sokongan dari parti di serawak untuk jadi ketua menteri,...tiba tiba pindah ke DSSA(WARISAN)Jadi menteri.."DA HILANG AKAL MASUK JERAT SENDIRI"memporak peranda kerosakan...kalau tak mampu sudah la,rakyat yg lihat siapa yang dipilih jadi menteri.AWAS, RAKYAT boleh merubah segalanya.jadi entah siapa lagi pilihan menteri YANG jadi pilihan hahahh tunggu beritanya,banyak(episod ne)wakakak

    BalasPadam
  4. PKR dari dulu inginkan Anwar jadi PM.. dan Tun sendiri mengatakan Anwar akan jadi pengantinya selepas 2 tahun.. huhu.. 2 tahun dah berakhir.. so Anwarlah dah layak jadi pengganti.. boleh plak bagi syarat Tun kene jadi PM dulu 6 bulan baru serah kat Anwar.. mane maunya Anwar.. tup2 Tun main taik lagi.. Abis ditaikkannya semua orang.. PKR.. DAP.. Amanah.. Warisan.. semua kene kencing berak Mahathir.. tiba2 nak Shafie plak jadi PM kerana dendamnya pada Anwar.. kalau nak ikut sokongan Shafie lagi rendah sokongan dari Anwar.. huhu.. dah kenapa tak bagi Anwar je jadi calon.. kalau dah bagi Shafie harapan dah tertutup terus utk Anwar jadi PM.. harap2 PKR tak kene kencing lagi.. biarlah PKR tiada kuasa daripada berkuasa tapi kene ikut telunjuk dgn pemimpin haprak macam Tun ni.. berak kencing bersepah dah jadi darah daging.. lebih baik PN yg memerintah daripada menerima kembali pemerintahan dan percaturan Tun yg penuh sifat penipu dan pembelit.. sibuk nak jadi king maker dalam keadaan team dia tak sampai pun 10 orang pun..

    BalasPadam
  5. hahahahahahahahaha jangan buat lawak sangat!
    ni ke rupa manusia yg ko nak calonkan sebagai perdana menteri malaysia? lu mabok ke sewel ! bagi handle pimpin negeri pun tak lepas ,bak kata "lebih buih dari sabun" inikan pula nak memimpin Negara ? wtf! hahaha pakai akal sikit ,perati betul2! ....aku yg sebagai rakyat sabah sendiri! kecewa bercampur serabut! entah bila agaknya dapat nampak batang hidung menteri kat negeri aku ni, keluar untuk tunjukkan diri yg sebagai sikap seorang pemimpin hadir di mana2 untuk membantu rakyat dalam kesusahan! sumpah! majoriti kami yg hidup di sabah ni "umpama peminta sedekah tepi jalan" semenjak dapat menteri seperti sekarang ni, nasib baik lah kami sebagai rakyat sabah ni kuat kan semangat untuk tetap berusaha sendiri , nak harapkan apa2 bantuan dari menteri mcm dya ni memang habis kena kencing saja ...#KAMI MAHU PEMIMPIN BERJIWA RAKYAT
    #PEMIMPIN YG BERSIKAP SEPERTI SULTAN JOHOR #SALUTE SULTANJOHOR.......Sekian

    BalasPadam
  6. MINTA KEPADA SELURUH MEDIA FOLLOW NI!

    SOAL MEMILIH PEMIMPIN NEGARA BIAR KAMI SEBAGAI RAKYAT BERSATU HATI UNTUK PILIH!!!
    JANGANLAH PULA MANA2 KAKI TANGAN BAWAH KERAJAAN MEMANDAI-MANDAI MEMILIH SESAMA SENDIRI....BIAR KAMI "RAKYAT"YANG TENTUKAN!

    #DYMMA
    #MALAYSIAMEDIA

    BalasPadam