Header Ads

ads header

Flash News

110 kontena sisa toksik EAF dari Romania ditinggal di pelabuhan Tanjung Pelepas


ISKANDAR PUTERI:
110 unit kontena berisi bahan buangan debu jenis “electric arc furnace” (EAF) berasal dari Romania dikesan ditinggalkan di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) bulan lepas, kata Menteri Alam Sekitar dan Air Tuan Ibrahim Tuan Man.

Beliau berkata, penemuan bahan buangan terjadual berstatus transit seberat 1,864 tan itu dilaporkan oleh pihak PTP pada 3 Jun dan kemudiannya disahkan sebagai bahan buangan terjadual oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) pada 15 Jun.

“Hasil siasatan mendapati maklumat dalam borang deklarasi tidak seperti yang terkandung dalam kontena berkenaan (sebelum ini diisytihar membawa pekatan zink).

“JAS selaku pihak berkuasa Konvensyen Basel tidak pernah memberikan kelulusan dan menerima notifikasi daripada pihak pengeksport untuk buangan tersebut transit di Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau kontena berkenaan di Wisma Kastam PTP, di sini, hari ini.

Turut hadir ketua setiausaha Kementerian Alam Sekitar dan Air Zaini Ujang, ketua pengarah JAS Norlin Jaafar serta pihak pengurusan PTP.

Menurut Tuan Ibrahim, bahan buangan debu EAF diklasifikasikan sebagai buangan toksik dan berbahaya di bawah Konvensyen Basel dan dikategorikan sebagai buangan terjadual kod SW104 di bawah Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling.

Beliau berkata, pihak JAS telah memaklumkan pihak berkuasa Konvensyen Basel bagi Romania untuk urusan penghantaran balik 110 unit kontena ke negara asal serta pihak Interpol untuk siasatan lanjut.

“Saya ingin menegaskan bahawa sebagai ahli kepada Konvensyen Basel, Malaysia komited untuk memenuhi sepenuhnya obligasi di bawah konvensyen ini,” katanya.

Tuan Ibrahim berkata, bagi tempoh 1 Jan hingga 30 Jun tahun ini, terdapat 28 kes pengimportan haram buangan terjadual yang berjaya dikesan dan dipatahkan oleh JAS dengan kerjasama Jabatan Kastam dan pihak berkuasa pelabuhan.

“Penemuan bahan buangan terjadual jenis debu EAF yang hanya transit di Malaysia sebelum dijadualkan ke Indonesia itu, merupakan penemuan terbesar dalam sejarah Malaysia,” kata beliau.

Katanya, bahan buangan terjadual jenis EAF yang dihasilkan daripada industri berasaskan besi dan keluli mengandungi logam berat yang amat berbahaya seperti zink, ferum, kromium, kadmium dan plumbum.

“Jika tidak diuruskan dan dikendalikan mengikut prosedur tertentu, akan menyebabkan kesan buruk bukan sahaja terhadap alam sekitar, malah boleh menjejaskan kesihatan,” katanya.


MR :  Syabas Tuan Ibrahim, jawab perli PH dengan buat kerja.. selepas ini mereka tak tahu nak letak muka


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


3 ulasan:

  1. Siarkan berita ni ke seluruh agensi2 barat. Kalau dia orang tak siar pun biar mereka malu. Dalam masa eropah nak pulau sawit sebab kononnya tak mesra alam mereka sibuk dan aktif hantar sisa2 buangan merbahaya kepada kita.

    BalasPadam
  2. Haramkan juga kapal.perang bertenga nuklear melalui selat melaka dan masuk.perairan msia,,kemingkinan mereka membuang air tercemar radioaktif d perairn kita tinggi

    BalasPadam
  3. Janga main2 dgn pak lebai. Bila dah jadi menteri semua pengkritik dah kecut. Tgk perfomance menteri komoditi.

    BalasPadam