Header Ads

Header ADS

1.5 juta PKS bakal ‘gulung tikar’?


KUALA LUMPUR:
Terdesak dan terhimpit. Itu yang dialami sebahagian besar perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan mikro di negara ini untuk membayar semula pinjaman apabila moratorium tamat 30 September ini.

Malah, mereka juga berkemungkinan menutup perniagaan atau diisytihar muflis sekiranya beban hutang yang ditanggung tidak mampu dilunaskan kepada pihak bank sekali gus memburukkan lagi kadar pengangguran di negara ini.

Lebih membimbangkan, dijangkakan 1.5 juta usahawan PKS bakal gulung tikar jika tiada sebarang keputusan dibuat oleh pihak kerajaan, tegas Ke­tua Sekretariat Gabungan Persatuan-persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Malaysia (GPPPKMM), Datuk Zainal Abidin Abd. Majid.

Menurut beliau, kira-kira 70 peratus usahawan termasuk 500,000 ahlinya di seluruh negara baru sahaja menjalankan operasi perniagaan dan me­ngumpul modal sejak Jun lalu selepas perniagaan ditutup susulan krisis Covid-19.

“Jumlah itu terdiri daripada penjaja yang berniaga secara membuka gerai atau di tepi jalan dan kawasan yang tidak memerlukan sewaan premis termasuk berniaga dari rumah. Rata-ratanya berusaha mencuba pelbagai cara untuk terus mengekalkan perniagaan.

“Selain perlu membayar hutang, mereka turut mengeluarkan perbelanjaan untuk isi rumah walaupun tiada keuntungan atau wang masuk sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Oleh itu, saya berharap kerajaan dapat melanjutkan moratorium kepada peniaga. Saya kira, bantuan moratorium ini lebih mustahak daripada perkara lain kerana buat masa ini peniaga hanya memerlukan bantuan pinjaman sahaja. Kebanyakannya sudah memulakan operasi dan dalam usaha menstabilkan ekonomi perniagaan mereka,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

Beliau juga menjangkakan 80 peratus usahawan akan terus beroperasi semula seperti biasa pada Disember ini jika moratorium dapat dilanjutkan manakala sebanyak 20 peratus pula akan terus menutup atau menghentikan perniagaan.

“Sukar untuk menjalankan operasi jika usahawan terbeban dengan hutang. Berikutan itu, kira-kira 20 peratus usahawan yang terlibat dengan sewaan premis antara yang akan menutup perniagaan,” katanya.

PKS termasuk perniagaan mikro adalah tunjang kepada ekonomi negara dengan sumbangan hampir 40 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara dan menjana lebih 70 peratus pekerjaan dalam negara.

Menurut Bank Negara Malaysia (BNM), keseluruhan pembiayaan PKS berjumlah RM287.3 bilion setakat Mei tahun ini.

Menerusi Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana), kerajaan meneruskan pemberian geran dan pinjaman berjumlah RM700 juta kepada PKS dan syarikat pada peringkat per­tengahan untuk membolehkan lebih banyak syarikat melanggan atau menggunakan per­khidmatan digitalisasi.

Ini termasuk RM100 juta membabitkan Geran Padanan Digital PKS yang akan disediakan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi; RM500 juta di bawah Dana Transformasi Teknologi PKS sebagai pinjaman mudah dan RM100 juta Geran Automasi Pintar di mana syarikat yang layak akan me­nerima geran sehingga RM1 juta.

Dalam usaha membantu PKS terbabit dalam sektor kepenti­ngan yang disasarkan, sektor perbankan juga menawarkan dana tambahan sebanyak RM2 bilion melalui Skim Pembiayaan PKS Penjana.

Presiden Persatuan PKS, Datuk Michael Kang Hua Keong berkata, usahawan PKS dan mikro kini cuba berusaha mencari rentak baharu dalam meneruskan perjuangan perniagaan bagi memastikan kelangsungan hidup selepas menghadapi penurunan ketika tempoh PKP, Mac lalu.

“Jika PKS tidak dapat membangunkan perniagaan dan menaikkan jualan mereka pada September dan Oktober ini, berkemungkinan besar mereka tidak dapat membayar pinjaman malah berpotensi tinggi untuk menutup operasi dan muflis.

“Kita boleh anggarkan se­banyak 20 hingga 30 peratus PKS akan menutup perniagaan dan diisytihar muflis jika pelbagai usaha telah dilakukan sejak Jun lalu tidak berhasil pada ­Disember nanti,” katanya.

Beliau memberitahu, usahawan PKS juga telah melaksanakan pemotongan gaji dan pemberhentian pekerja bagi memastikan perniagaan yang diusahakan selama ini tidak berakhir begitu sahaja.

Bagaimanapun, katanya, sebanyak 30 peratus lagi usahawan PKS yang menjalankan sektor perniagaan antaranya e-dagang, logistik dan farmaseutikal mampu membayar semula pinjaman berikutan mereka tidak terjejas dan amat diperlukan ketika Covid-19.

Sementara itu, Presiden Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM), Tan Sri Soh Thian Lai berkata, sektor pembuatan dijangka terus berhadapan cabaran besar dalam tempoh enam bulan akan datang selepas terjejas teruk akibat penularan pandemik Covid-19.

Katanya, ketidakupayaan pemain industri itu untuk ­beroperasi di samping berhadapan kekangan kepada rantaian bekalan, permintaan dan penghantaran barangan membuatkan sektor berkenaan dilihat berdepan kesukaran untuk pulih dengan pantas.

 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. Helo, nama saya SALSABILLA ZULFKAR memangsa hukuman di tangan pemiutang palsu. Saya rugi sekitar Rp. 30,000,000 kerana saya memerlukan modal besar sebesar Rp. 300,000,000,. Saya hampir mati, saya tidak mempunyai tempat untuk pergi. Perdagangan saya hancur, dan dalam proses itu saya kehilangan anak dan ibu saya. Saya tidak tahan lagi kejadian ini. Minggu lalu saya bertemu dengan seorang kawan lama yang mengajak saya menjadi ibu yang baik, Cik KARINA ELENA ROLAND LOAN COMPANY, yang akhirnya menolong saya mendapatkan pinjaman berjumlah Rp.500,000,000.00

    Ibu yang baik, saya ingin menggunakan kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih atas kerja keras Tuhan dalam hidup saya, dan semoga Tuhan terus memberkati ibu yang baik KARINA ROLAND dan rakan saya. Saya juga ingin menggunakan kesempatan ini untuk memberi nasihat kepada orang Indonesia yang lain, ada banyak penipu di sana, jadi jika anda memerlukan pinjaman dan keselamatan dan sesiapa yang memerlukan pinjaman mesti cepat, hubungi KARINA ROLAND melalui e-mel karinarolandloancompany@gmail.com
    Anda masih boleh menghubungi nombor whatsApp ibu +1 (585) 708- 3478
    Anda juga boleh menghubungi saya melalui e-mel: (salsabillazulfikar4@gmail.com). untuk maklumat lanjut.

    BalasPadam
  2. Helo penonton

    Kami adalah peniaga profesional, menjana pendapatan forex dan binari untuk pelabur setiap minggu, dengan senang hati akan memberitahu anda lebih banyak mengenai platform pelaburan kami di mana anda boleh melaburkan dana sebanyak $ 200 dan mula menjana $ 2000 setiap minggu, banyak orang telah mendapat manfaat daripada pelaburan ini tawarkan sebelum dan semasa virus convid-19 ini, jika anda menghadapi masalah kewangan disebabkan oleh coronavirus ini dan anda memerlukan pertolongan untuk membayar bil hanya memilih rancangan pelaburan yang sesuai untuk diri anda dan mula menjana keuntungan setiap minggu

    $ 200 untuk memperoleh $ 2,000 dalam 7 hari
    $ 300 untuk memperoleh $ 3,000 dalam 7 hari
    $ 500 untuk memperoleh $ 5,000 dalam 7 hari
    $ 1000 untuk memperoleh $ 10000 dalam 7 hari
    $ 5000 untuk memperoleh $ 50,000 dalam 7 hari

    Untuk memulakan pelaburan anda sekarang
    WhatsApp: +15022064419 atau e-mel tradewithcarlos2156@gmail.com

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.