Header Ads

ads header

Flash News

Abdul Azeez setuju debat isu TH, tunggu jawapan Mujahid


KUALA LUMPUR, 22 Julai
— Ahli Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim bersetuju untuk berdebat mengenai isu berkaitan Lembaga Tabung Haji (TH).

Abdul Azeez memaklumkan bersedia memperdebatkan mengenai isu tersebut bersama bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa.

“Saya mendapat satu jemputan debat dan saya dengan jiwa yang terbuka bersetuju dengan cadangan ini.

“Semoga ahli panel yang dicadangkan, wakil rakyat Parit Buntar dapat memberikan jawapan untuk cadangan debat ini.

“Saya menunggu maklum balas dari pencadang sama ada wakil rakyat Parit Buntar sudi dengan jemputan ini,” katanya di media sosial.

Sebelum ini, Abdul Azeez pernah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan kontrak TH.

Semalam, Abdul Azeez menggunakan kesempatan perbahasan di Dewan Rakyat bagi menjelaskan dakwaan berhubung isu penyelewengan dan kontroversi TH ketika dirinya menjawat jawatan pengerusi institusi itu.

Katanya, pengurusan tertinggi TH telah dituduh melelong aset institusi itu walaupun aset meningkat sebanyak RM26.5 bilion.

Sementara itu, Abdul Azeez turut menyoal tindakan pentadbiran Pakatan Harapan (PH) yang didakwa gagal membentangkan laporan tahunan TH pada tahun 2018 dan 2019.


MR :  Dengar cerita Mujahat berdalih pula!


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. Bekas Pegerusi TH berdebat dng Macai DAP@KOMUNIS...

    ....rase2nye laa....Mujahit nak tak??

    BalasPadam