Header Ads

ads header

Flash News

AMANAH Labuan bubar selepas seluruh jentera parti letak jawatan


LABUAN:
Seluruh jentera Parti Amanah Negara (AMANAH) Bahagian Labuan hari ini mengumumkan meletak jawatan berkuat kuasa serta merta, menyatakan kerenah birokrasi dan layanan tidak adil oleh pemimpin parti peringkat pusat sebagai alasan utama mereka mengambil keputusan itu.

Peletakan jawatan secara mengejut itu turut membabitkan sayap Wanita dan Pemuda dan 33 pemimpin cawangan bersama-sama ahli jawatankuasa mereka, yang membawa kepada pembubaran AMANAH Bahagian Labuan.

AMANAH melebarkan sayapnya di Labuan pada 2018 dan mengadakan pemilihan pertama pada Februari 2019.

Chemat Mustapha, yang sebelum ini mengetuai bahagian itu berkata, peletakan jawatan itu disebabkan pemimpin parti pusat kurang memberi tumpuan pada AMANAH Bahagian Labuan.

"Kami telah hilang keyakinan terhadap pucuk pimpinan Amanah dalam mengendalikan isu-isu dalaman parti dan juga disebabkan perebutan dalam kalangan pemimpin Pakatan Harapan (PH) ketika ini berhubung jawatan perdana menteri ...kami sudah tidak yakin dengan masa depan Amanah dan perjuangannya untuk membela rakyat," katanya pada sidang media di sini, hari ini. – BERNAMA


 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. Hilang keyakinan....

    ....agak2nya lah.....sapa yg yakin dng parti mat sabu and the geng ni...???

    BalasPadam
  2. Mat sabu dan madey degil tak mau dengar cakap..masuk je jadi ahli dap..

    BalasPadam