Header Ads

Header ADS

Amanah sedia kerjasama dengan siapa saja


Tindakan Dr Mahathir Mohamad dan wakil rakyat Bersatu memilih untuk menjadi ahli parlimen bebas bersama Warisan tidak menghalang Amanah untuk terus bekerjasama dengan mereka.

Presiden Amanah, Mohamad Sabu, hari ini berkata parti itu bersedia bekerjasama demi menghadapi "kerajaan pintu belakang" yang menguasai Putrajaya sekarang.

Beliau merujuk kenyataan itu kepada Perikatan Nasional (PN).

Kata ahli parlimen Kota Raja itu lagi langkah bekerjasama dengan "MP Bersatu berprinsip" itu dibuat demi mempertahankan kepentingan rakyat.

“Susulan pengumuman enam MP Bersatu berprinsip diketuai Dr Mahathir Mohamad untuk bergerak sebagai blok bebas bersama Warisan dan kekal melawan PN, Amanah sedia bekerjasama dengan sesiapa sahaja yang menentang kerajaan pintu belakang PN demi kepentingan rakyat,” katanya di media sosial petang ini.

Terdahulu Mahathir bersama lima ahli parlimen lain menyatakan mereka akan kekal bersama Warisan - parti yang diketuai Ketua Menteri Sabah, Mohd Shafie Apdal - sebagai blok bekas.

Hal itu berlaku ketika Mahathir dan penyokongnya serta Warisan gagal mencapai persepakatan untuk menamakan calon perdana menteri pembangkang.

Utamakan perjuangan asal

Terdahulu mereka mengadakan perbincangan dengan Pakatan Harapan (PH) - yang turut dianggotai Amanah - namun gagal mencari titik pertemuan mengenai hal berkenaan.

Isu calon perdana menteri membantutkan cubaan pembangkang merampas semula Putrajaya daripada PN selepas PH ditumbangkan melalui Langkah Sheraton.

Turut mengikut jejak langkah Mahathir hari ini ialah Ahli Parlimen Jerlun, Mukhriz Mahatir, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Muar), Dr Maszlee Malik (Simpang Renggam), Amiruddin Hamzah (Kubang Pasu) dan Dr Shahruddin Md Salleh (Sri Gading).

Gambar fail

Kecuali Shahruddin, keahlian lima yang lain dalam Bersatu telah ditamatkan.

Dalam kenyataan bersama itu, mereka memaklumkan tidak akan bergabung dengan PH mahupun bersama PN.

“Kami membuat keputusan untuk kekal bersama Warisan sebagai blok bebas di dalam dan di luar Parlimen. Kami tidak bergabung dengan mana-mana gabungan.

“Kami juga menentang sebarang usaha untuk menggantikan Speaker (Dewan Rakyat, Mohamad Ariff Md Yusof) dan akan meneruskan usul undi tidak percaya terhadap Muhyiddin yang menubuh kerajaan yang tidak dipilih rakyat.

“Kami masih mengutamakan perjuangan asal kami iaitu menolak kembalinya kerajaan kleptokrasi,” kata mereka.

MR :  Kenyataan Mat Sabu dah rujuk kepada DAP ke belum?


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


3 ulasan:

  1. JIKA KAMU LIHAT AKU TIDAK BERSAMA JAMAAH PAS LAGI...MAKA KETIKA ITU AKU SUDAH GILAAA.
    DOANYA TERMAKBUL intipati ceramah semasa tim pres PAS.

    BalasPadam
  2. Apa perjuangan PAN di Malaysia? Melawan Kleptokrasi? Hampehhh
    SU Mat Sabu,SU Salahuddin dan SU Khalid di tahan SPRM.Tu baru 22 bulan PH merintah.Itu bukan kleptokrasi tapi bukan juga Rahmatan Alamin.
    PAS Kelantan bebas rasuah setelah 30 tahun memerintah

    BalasPadam
  3. Bagaimana boleh puak pandap menawarkan kerjasama kepada sesiapa sahaja sedangkan mereka hanyalah khadam liberal ternakan parti kafir harbi ???

    Bukankah ini bererti mereka hanyalah lembu dicucuk hidung yang hanya pandai berkata "yes boss !" sahaja setiap kali pemimpin kafir harbi memberi arahan ???

    Maka Kita tidak hairanlah mereka diam membisu seperti Syaitan bisu setiap kali pemimpin kafir harbi menghina Islam atau menafikan hak umat Islam.

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.