Header Ads

ads header

Flash News

Anwar baharu sedar sebenarnya Mahathir tak jujur dalam perjanjian peralalihan kuasa

Presiden PKR, Anwar Ibrahim mengatakan beliau sering percaya bahawa Dr Mahathir Mohamad akan menyerahkan jawatan perdana menteri kepadanya.

"Itu benar. Sekarang kita tahu. Pada masa itu kita tidak tahu. (Kita sangka dia adalah) orang yang terhormat. Kamu berikan komitmen secara terbuka, kita percaya kamu.

"Entah bagaimana, dia kata 'tidak, tidak, tidak ... bukan itu yang saya maksudkan. Kamu (harus) buktikan (sokongan majoriti) sendiri'," kata Anwar dalam wawancara Sin Chew Daily yang disiarkan hari ini.

Mahathir, bagi pihak Bersatu, menandatangani perjanjian pada Januari 2018 yang mencalonkannya sebagai calon perdana menteri Pakatan Harapan (PH).

Isu peralihan ini menjadi titik fokus dalam pentadbiran PH selama 22 bulan yang berakhir pada Februari tahun ini.

Susulan tumbangnya kerajaan PH pada penghujung Februari, Mahathir secara terbuka berulang kali mengatakan beliau akan mengundurkan diri sebagai perdana menteri selepas November.

Bagaimanapun beliau tidak pernah menyatakan komitmen untuk memastikan bahawa partinya akan menyokong Anwar sebagai penggantinya.

Semasa wawancara itu, Anwar mendakwa Mahathir sedar sepenuhnya rancangan pemimpin Bersatu untuk menarik diri daripada PH bagi membentuk kerajaan baru, tetapi tidak melakukan apa-apa untuk menghalangnya.

Anwar mengatakan ini terbukti daripada rakaman audio mesyuarat Bersatu yang bocor.

Menurut ahli majlis tertinggi Bersatu, Wan Saiful Wan Jan, yang hadir dalam banyak mesyuarat, Mahathir tidak pernah mahu menyerahkan pentadbiran kepada Anwar dan terbuka untuk mengadakan kerjasama dengan Umno dan PAS dan bukannya DAP dan PKR.

Wan Saiful mendakwa Mahathir mengarahkan Hamzah Zainuddin untuk memulakan perbincangan dengan Umno dan PAS pada tahun 2019 untuk menjalinkan kerjasama.

Mahathir masih belum menjawab dakwaan itu.

Anwar berkata walaupun sekarang telah mengetahui hasrat dan niat sebenar Mahathir, beliau masih terbuka untuk bekerjasama dengannya tetapi tidak akan menyokongnya sebagai perdana menteri lagi.

"Memaafkan adalah suatu yang mulia. Inilah yang pernah dikatakan oleh Confucius dan sesuai dengan ajaran Islam," kata Anwar.

Mengenai dakwaan Mahathir bahawa Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng memilih Presiden Warisan, Mohd Shafie Apdal sebagai calon perdana menteri, Anwar mengatakan bahawa beliau percaya naratif ini tidak benar.

"Itu versi Mahathir. Saya percaya Lim," katanya.




MR :  terlambat sangat nak tahu siapa Mahathir............


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


16 ulasan:

  1. Anwar Bin Ibrahim....Lu lambat siang lahhhh....TGHH dah ulang2 ingatkan lu tapi lu tatak pecaya oooo...

    BalasPadam
  2. Dari tahun 1997 dah kena ngan atuk pun masih tak tau atuk cmne? Anwar a/l Ibrahim kesian sgt la kamu ni. So pathtetic...

    BalasPadam
  3. Sebab anon silau melihat jawatan pm tak nampak atau buat tak nampak atok akan main dia. Kalau gila kuasa pedoman akan hilang.

    BalasPadam
  4. Sebagai rakyat saya berpendapat siapa pun jadi pemimpin kepada kerajaan iyu bukan persoalannya tetapi rakyat ingin melihat sejauh mana pemimpin itu melaksanakan tugasnya demi rakyat...mengapa harus rakyat jadi mangsa dalam ketamakan pemimpin...mengapa rakyat jadi mangsa kepada janji2 dlm manifesto pilihanraya yg tidak ditunaikan..kesimpulannya..sedangkan pemimpin dengan pemimpin dalam kerajaan ph terdahulu pun berlaku pembohongan dan penipuan dalam peralihan kuasa yg termeterai dalam perjanjian...inikan pula janji kepada rakyat bole ditunaikan...sdh pasti hanya satu penantian yg tiada penghujung...oleh itu kerana sikap tamak kuasa mantan PM maka kecalaruan politik dalam PH menjadikan rakyat sudah mula kehilangan keyakinan...ibarat kerbau seekor semua terpalit lumpur..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya benar itu yg rakyat mahu tahu dan sebenarnya dan sepatutnya bersatu terus di bubarkan kerana pembohongan dalam menifesto pru14 dan hanya merosakkan pemimpin Melayu yg berwibawa.

      Padam
  5. Baru sedar ? Bukankah ini bererti atok non koma selama ini ? Bukankah parti roket bodoh berlapis-lapis kerana mahu mengangkat pemimpin koma jadi pm ? Bukankah ini bermaksud atok non Akan boneka @ yes man untuk puak roket ?

    Tepuk pakatan pelawak....

    Ha ha ha ha ha ha ha

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah.
    Ambil hikmah nya.
    Walaupun kerajaan PH tumbang dgn pengkhianatan.

    Tapi rakyat Malaysia patut berbangga.
    Bangkai penyelewengan umno kleptokrasi dah terkuak.

    Lebai2 penunggang agama pun dah terbukti.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Munafik berbangga dengan kejayaan pakatan hancing pimpinan gonna end kepala bapak kafir harbi kencing rakyat dengan pelbagai janji palsu dll selama 22 bulan.

      Padam
    2. Pakatan Hancing pimpinan roket adalah pengkhianat mandat rakyat kerana kencing rakyat dengan pelbagai janji palsu.

      Padam
    3. Ugama untuk manusia kejalan yg Allah redahoi.bukan tunggang mcm motor.celeru hg arif muluk

      Padam
  7. Islam mendidik penganutnya baik sangka
    kpd sdr islamnya yg lain..malah dlm
    sirah Nabi S.A.W. pun baginda tetap berbaik sangka dgn kaum musyrik Mekah.
    Knp sikap terpuji DSAI terhadap Tun M
    disalaherti & lemparkan bagai2 kata
    cemuhan kpd beliau. Dah mu cerdik sgt
    xkemana pun kamu..sekadar jd tukang
    cela org lain je..


    dgn kaum musyrikin Mekah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jika kamu mahu membandingkan sikap mulia Nabi Muhammad S.A.W. dengan tokoh liberal, kamu adalah pendusta kerana puak liberal sesat lagi menyesatkan kerana menentang ajaran Islam

      Padam
    2. Di tipu berkali2 oleh org yg sama bukan sikap terpuji.. bersangka baik bukan bermakna percaya sepenuhnya tanpa menyelidik dan tau nilai apa seseorg itu. Bukan nak mencerca, lebih kepada kasihan kepada anwar atas perbuatan Tun kepadanya beberapa kali. Paling tak masuk akal nak naikkan shafie afdal jd PM berbanding Anwar yg jelas lebih baik kalau di bandingkan.

      Padam
    3. Saya ulaaang...!
      Cukuplah.

      Padam
    4. Seorang pemimpin liberal mata satu suka kencing rakyat dengan pelbagai janji palsu :

      Jika Kita berjaya membentuk kerajaan hari ini, esok kita akan turunkan harga minyak ... bla ... bla .... bla ....

      Saya ulaaang ! Jika kita berjaya menubuhkan kerajaan hari ini, esok kita akan turunkan harga minyak ... bla ... bla .... bla ....

      Nota: Malangnya semua janji tersebut telah menjadi air kencing yang sangat hancing dan rakyat hanya mampu menelan air liur sahaja.

      Padam
  8. perancangan allah itu lebih hebat..

    BalasPadam