Header Ads

Header ADS

“Apa yang menggelupur sangat ni?” kata Abdullah Sani kepada DAP dan AMANAH


PETALING JAYA:
Seorang ahli majlis pimpinan pusat PKR tidak bersetuju dengan “penyelesaian” kepada kebuntuan calon perdana menteri Pakatan Harapan Plus yang dicadangkan DAP dan Amanah, mengingatkan mereka tentang persetujuan asal gabungan itu menuju pilihan raya umum ke-14.

“Apa yang menggelupur sangat ni?” kata Abdullah Sani Abdul Hamid mengulas seruan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden Amanah Mohamad Sabu pada Isnin. Beliau menarik perhatian kepada mandat rakyat yang disebut-sebutkan dalam isu ini.

“Kita terus ikut mandat rakyat…bahawa selepas Mahathir Mohamad seterusnya Anwar Ibrahim.”

Sementara itu, bekas pemimpin PKR, Mohamad Ezam Mohd Nor berkata kenyataan DAP dan Amanah memberi petunjuk mereka perlu calon perdana menteri selain Anwar dalam usaha mereka untuk kembali menjadi kerajaan.

“Kesediaan mereka mengangkat tokoh selain Anwar menjadi perdana menteri bukan sahaja salah kepada Anwar, lebih penting ia sikap salah kepada perjuangan reformasi yang menjadi tunjang PH,” katanya.

Pada 27 Julai lepas, Lim dan Mohamad menyeru Pakatan Harapan, Warisan, dan kumpulan Mahathir memilih Presiden Warisan Shafie Apdal sebagai calon perdana menteri PH Plus sekiranya Anwar gagal mendapatkan sokongan yang cukup.

“Jalan ke depan ialah dengan memberikan peluang pertama kepada Anwar dan jika beliau gagal, Shafie wajar diberikan peluang serupa,” kata mereka dalam kenyataan bersama.

Dengan hanya 109 ahli Parlimen, pembangkang ada sokongan 71 ahli Parlimen tanpa PKR, atau 91 ahli Parlimen tanpa Warisan dan kumpulan Mahathir.

Nama Shafie dicadangkan Lim dan disokong Mohamad dalam pertemuan tidak rasmi dengan Mahathir pada Jun. Mahathir bulan lepas dilapor berkata presiden PKR itu tidak layak menjadi calon perdana menteri PH Plus kerana tidak popular dalam kalangan orang Melayu.

“Tiba-tiba sahaja perkara ini timbul,” jawab Abdullah. “Apa masalah mereka? Semasa pilihan raya (2018), mereka pakai lambang parti mana? Adakah pakai lambang PPBM?” katanya.

Ezam pula berkata ahli politik yang bercakap tentang reformasi tidak boleh berkompromi dalam hal perdana menteri, mengatakan “jentera dan kerajaan reformasi” perlu dipimpin seseorang yang membawa agenda itu.

“Ia bukanlah soal Anwar, ia soal reformasi. Reformasi isu terpenting negara yang rosak ini,” katanya.

# FMT

MR :  PH dahlah hancing... bergaduh sesama sendiri lagi muak dan jijik


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. Kami x mau PH ..X KIRA SAPA NAIK ,KAMI TOLAK KEHANCINGAN DAN HAPRAK PH.

    Vote PN

    BalasPadam
  2. Siapa yang mengelupur ni.. PKR atau DAP dan PAN.. Anuar tak dapat sokongan kenalah reformasi kepimpinan PH.. Sebut Reformasi tapi secara halus kamu sendiri tolak reformasi... Dengan orang bodoh politik bolehlah kamu tipu.. Rakyat tolak Anuar jadi PM sebab buat kerja jijik dan salahguna kuasa Anuar masa jadi TPM zaman Atok dulu.. Jangan lupa Anuar dipenjarakan kerana salahguna kuasa dan Meliwat.. Dua² kes tersebut Anuar bersalah dan disumbatkan dalam penjara.. Mengelupur ke

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.