Header Ads

Header ADS

Bersama MN dan Perkukuhkan kerajaan PN itu penderian PAS


PAS mempertegas komitmen dalam Muafakat Nasional (MN) dan mempertahankan kerajaan PN, kata Setiausaha Agungnya Takiyuddin Hassan memaklumkan pendirian presiden parti itu.

"Presiden PAS (Abdul Hadi Awang) mempertegaskan bahawa PAS akan terus komited untuk bersama Umno dalam Muafakat Nasional terutama dalam usaha memperkasa sekaligus mempertahankan kerajaan Perikatan Nasional demi untuk kepentingan negara dan rakyat Malaysia umumnya," katanya dalam suatu kenyataan hari ini.

Takiyuddun berkata PAS amat bersetuju dengan kenyataan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi hari ini bahawa ahli parlimen BN akan terus menyokong kerajaan PN yang dipimpin Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

"PAS yakin kepimpinan yang diterajui bersama oleh pati-parti yang mendukung PN akan terus memberikan perkhidmatan terbaik disamping akan mengemukakan tawaran baru yang lebih bermanfaat kepada semua rakyat pelbagai kaum tanpa kecuali," jelas beliau lagi.

Terdahulu, Ahmad Zahid berkata parti itu memutuskan untuk tidak menyertai Perikatan Nasional (PN) secara rasmi.

Zahid berkata Umno sebaliknya akan terus memperkasakan MN bersama-sama dengan PAS dan parti komponen BN yang lain.

Menurutnya, sokongan kepada Kerajaan PN hanya berlandaskan sokongan anggota parlimen Umno dan BN di Dewan Rakyat dan Adun di peringkat negeri.

Pengumuman presiden Umno hari ini sekaligus menutup ramalan sebelum ini bahawa PN yang kini diketuai oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin akan didaftarkan sebagai gabungan politik rasmi sebelum PRU15.

PN merupakan gabungan yang merangkumi Umno, PAS, Bersatu termasuk kem bekas timbalan presiden PKR Mohamad Azmin Ali serta Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang ditubuhkan secara tidak rasmi susulan 'Langkah Sheraton' pada Februari yang lalu.

Walaupun beberapa langkah awal termasuk menubuhkan jawatankuasa untuk mengkaji pendaftaran PN sebagai gabungan politk yang rasmi, namun ia tidak tercapai ekoran dakwaan pertindihan pembahagian kerusi parlimen khususnya antara Bersatu dan Umno.

Untuk rekod, selepas pasca PRU14 yang lalu, sebanyak 15 ahli parlimen Umno keluar parti dan menyertai Bersatu menyokong Kerajaan PH.

MR :  Penderian PAS jelas dan tetap sejak dulu lagi  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. Istiqomah..bergerak gagah dan terus MAJU!!

    SAYA PENGUNDI MUAFAKAT NASIONAL

    AMIN

    BalasPadam
  2. PAS sentiasa jelas dalam segala gerak kerja dan strategi..syabas ..
    Move on everybody..UNITE our nation... come on...
    buang yg keruh,ambil yg jernih..

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.