Header Ads

ads header

Flash News

Bersatu, PAS juga bersetuju tak bertanding pada Piliharaya Sarawak


Sesulan daripada keputusan untuk setuju Muhyiddin kekal sebagai PM selepas PRU-15, PAS-UMNO buat satu lagi pengorbanan politik iaitu tidak bertanding di Piliharaya Sarawak. Keputusan ini dilihat satu keputusan politik sangat baik demi untuk menutuhkan Kerajaan PN.

Seorang pemimpin Sarawak hari ini berkata Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan PAS tidak akan bertanding di Sarawak dalam Pilihan Raya Negeri ke-12 (PRN12) akan datang dan sebaliknya akan menyokong Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), Tan Sri Dr James Masing berkata jaminan itu diberikan sendiri oleh Presiden dan Pemangku Pengerusi Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika mesyuarat semua pemimpin parti komponen Perikatan Nasional (PN) dan sekutu GPS selama dua jam di Putrajaya, semalam.

“Jaminan ini bukan sahaja memberi laluan jelas kepada GPS untuk menentang pembangkang tetapi juga petanda baik bahawa parti komponen PN menghormati komitmennya untuk membantu GPS pada PRN nanti,” katanya dalam kenyataan di Kuching hari ini.

Masing, yang juga Timbalan Ketua Menteri, berkata GPS akan menyokong Muhyiddin sebagai perdana menteri dan mengetuai Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

GPS adalah gabungan empat parti berpangkalan di Sarawak iaitu Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), PRS, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Demokratik Progresif (PDP).

“(Ketua Menteri Sarawak) Datuk Patinggi Abang Johari (Tun Openg), pengerusi GPS, menyatakan kedudukan GPS secara jelas dalam PN. Beliau memaklumkan pada mesyuarat itu bahawa PRN12 di Sarawak bakal berlangsung pada bila-bila masa. GPS sudah bersedia. Empat parti komponen (GPS) sedang mempersiapkan diri untuk menentang pembangkang (DAP, PKR, PSB dan lain-lain),” katanya.

Masing berkata Muhyiddin dan pemimpin parti gabungan dalam PN+GPS yakin akan memenangi pertarungan PRU15 setelah isu-isu teknikal dalam kalangan gabungan PN akan dapat diselesaikan dan beliau percaya pelbagai parti komponen yang terlibat adalah gabungan politik yang sihat.

Selain Bersatu, PAS dan GPS, parti lain dalam gabungan tersebut ialah UMNO, MCA, MIC, Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Parti Reformasi Negeri (STAR) Sabah.

- Bernama

MR :  UMNO-PAS makin matang demi kebaikan Melayu Islam dan rakyat


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. Kepentingan rakyat mesti diutamakan. Pengorbanan besar PAS dan Umno dlm meletakkan keutamaan kpd masa depan Sarawak perlu diteruskan dgn projek pembangunan dan agihan kekayaan negara yg adil dan saksama.

    BalasPadam
  2. Pemimpin atas telah buat keputusan yg tepat dan betul. Jgn pulak ada pengacau dan batu api yg cuba merosakkan keharmonian ini.

    BalasPadam