Header Ads

ads header

Flash News

Dah tahu tak akan menang kes, bagi alasan lain pula


Ketua Pemuda Bersatu (Armada) yang dipertikai Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata beliau tidak akan melengah-lengahkan lagi langkah untuk menyingkirkannya daripada parti itu, maka akan menarik balik saman sivil terhadap pemecatannya.

"Kalau nak ambil parti, ambillah. Kalau nak buang nombor keahlian saya, buanglah. Saya tidak akan melengah-lengahkan usaha tuan-tuan sekalian.

"Saya juga akan menarik semula saman sivil terhadap kes pemecatan keahlian saya dalam Bersatu

"Apabila khidmat saya dalam Bersatu dan Armada tidak diperlukan lagi, sudah tiba masanya untuk saya pergi," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Bersatu mengisytiharkan keahlian Syed Saddiq dan beberapa lagi anggota Parlimen yang menyokong Dr Mahathir Mohamad sebagai terbatal kerana duduk di bahagian pembangkang ketika sidang Dewan Rakyat pada 18 Mei lalu.

Mahathir, yang kedudukannya sebagai pengerusi Bersatu juga dalam pertikaian, kini dalam pergelutan kuasa dengan presiden Muhyiddin Yassin.

Hari ini, Armada mengumumkan naib ketuanya Aizad Roslan dilantik sebagai pemangku ketua.

Selain itu, Rafiq Hakim Razali akan digantikan dengan Fairuz Renddan bagi jawatan penolong bendahari, dan Ulya Aqamah Husammuddin digantikan dengan Izhar Shah Ariff Shah bagi jawatan ketua penerangan.

Syed Saddiq yang juga anggota Parlimen Muar tidak mendedahkan rancangannya yang seterusnya, namun berkata ia akan "berpaksikan negara dan anak muda".

"Saya faham jalan ini bukan senang... Mereka yang sama haluan juga akan terima nasib yang sama, diugut kiri kanan, disingkirkan jawatan dan dibuang jauh-jauh," katanya.

Bagaimanapun, katanya, perlu difahami parti politik adalah "kenderaan" untuk menjaga negara dan rakyat, bukan untuk kepentingan individu dan mencapai kemewahan.

Beliau berkata akan sentiasa menghargai pengalaman yang diraihnya sepanjang di dalam Armada dan Bersatu.

 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


3 ulasan:

  1. Kenapa atok tak kasi duit dah? Tolong masyarakat lain duduk diam2 dan tutup mulut sampai bila2.

    BalasPadam
  2. T. Ksh tuan sadiq yg hensem, bijak membuat keputusan bererti matang berhujah dan berfikir.

    Jgn ulang sampai ke tua nak mati pun tak sudah sudah.

    Saya menyindir umpama jgn tepuk air di dulang nnt yg kena muka sendiri jugak.

    BalasPadam
  3. Lompat panggar pun lompat lah!
    Koyak tisu pun koyak lah!
    Gegar kote pun gegar lah!
    Janji saya boleh berkhidmat sebagai YB.
    Kaaaan?!

    BalasPadam