Header Ads

ads header

Flash News

Di sebalik hukuman ke atas Najib Razak


PENDIRIAN
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang tidak mahu mencampuri urusan mahkamah berkenaan kes berprofil tinggi wajar dipuji. Ini adalah manifestasi kepada usaha membersihkan institusi kehakiman negara. Semoga reformasi ini akan berjaya direalisasikan sepenuhnya.

Namun kecekalan bekas Perdana Menteri ke enam negara, Datuk Seri Najib Razak dalam usaha membersihkan namanya di mahkamah wajar dikagumi. Sikap beliau yang tidak mengheret rakyat kejalanan untuk membantah keputusan mahkamah wajar dipuji.

Benar, tidak mudah buat Najib untuk mendepani saat-saat sukar ini. Mereka yang rapat dengan beliau dahulu kini ramai yang telah menjauhkan diri.

Hanya sahabat sejati yang masih bersama dan kakitangan kerajaan serta rakyat bawahan yang pernah beliau bantu atau menerima manfaat secara langsung dan tidak langsung iaitu melalui dasar-dasar yang beliau perkenalkan semasa era kepimpinan beliau dahulu masih setia bersama ketika susah dan senang.

Apapun itulah hakikat kehidupan yang berat untuk ditelan tetapi amat bermakna kerana ia mendewasakan lagi mematangkan. Sesungguhnya Allah jualah sebaik-baik tempat mengadu. Buat pemimpin lain malah semua kita, sedarlah bahawa tidak semua yang ada di sekeliling kita akan bersama kita ketika kita susah.

Buat barisan kepimpinan UMNO, bertenanglah. Jangan terburu-buru dalam membuat keputusan. Izinkan Najib lengkapi segala proses perundangan yang ada. Tenanglah dalam membuat keputusan dan dalam melangkah.

Kembali kepada keputusan yang telah dibuat oleh tuan hakim terhadap Najib, pastinya ia telah sedikit sebanyak merenggut semangatnya, harapan para penyokongnya dan mereka yang bersimpati dengannya.

Tidak sedikit yang mendirikan solat hajat memohon pertolongan Allah agar diberi kemenangan kepada beliau dan begitu juga yang menitis air mata kerana sedih dan kesal dengan hukuman yang dijatuhkan. Allah pasti bersama orang-orang yang sabar.

Ada antara mereka itu tidakpun pernah bersua muka dengan beliau apatah lagi mendapat apa-apa manfaat besar seperti sesetengah pihak. Namun kasih mereka adalah atas kenangan terhadap budi baik  Najib yang pernah membantu mereka menerusi dasar atau program mesra rakyatnya.

Tidak dinafikan juga bahawa ramai yang gembira dalam menyambut hukuman yang dijatuhkan kepada beliau. Contohnya, lawan politik atau musuh beliau melihat perkara ini sebagai satu kemenangan buat mereka.

Begitu juga kepada mereka yang tidak sehaluan dengan beliau baik secara langsung mahupun tidak langsung. Malah ada juga segelintir masyarakat yang tidak ambil kisah sama sekali.

Walau apapun keadaannya,  Najib memang dekat dihati rakyat khususnya orang Melayu dan rakyat bawahan. Walaupun beliau anak seorang bangsawan dan bekas Perdana Menteri Malaysia, beliau tidak sombong malah dianggap sebagai seoarang yang mesra, mueah didekati dan benar-benar prihatin kepada kebajikan rakyat. Tidak ramai pemimpin yang mempunyai sifat seperti beliau.

Tidak dapat dinafikan bahawa banyak jasa-jasa beliau kepada rakyat dan negara. Lebih separuh usianya dikorbankan untuk berkhidmat buat rakyat dan negara. Lihatlah bagaimana beliau menjaga kebajikan anggota tentera ketika menjadi Menteri Pertahanan dahulu atau lebih menyeluruh lagi ketika menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke enam menerusi program membela rakyatnya yang berteraskan konsep 1 Malaysia.

Namun, apakan daya, bumi mana yang tidak ditimpa hujan. Di sangka panas hingga ke petang, rupanya hukan ditengahari. Itulah hakikat kehidupan.

Berbalik kepada sistem kehakiman negara, diharapkan ia benar-benar menjadi entiti yang dibanggai oleh seluruh rakyat dan dikagumi oleh dunia dalam ketelusan menegakkan keadilan seadil-adilnya buat semua rakyat negara ini.

Semoga panel hakim di mahkamah rayuan kelak menjalankan tugas mereka dengan sebaik-baiknya. Hatta jika sampai ke mahkamah persekutuan sekalipun kes ini diharap diadili dengan seadil-adilnya.

Kepada mereka khususnya pemimpin yang ‘memusuhi’ DS Najib, berjiwa besarlah dengan memberi sokongan moral kepada beliau dan berdoalah agar beliau berjaya membersihkan namanya.

Berpuluh tahun kalian mewarnai politik negara, bersahabat, bermusuh dan sebagainya. Pasti ada disudut hati kalian satu ruang rasa simpati, maka zahirkanlah ketika ada teman dalam kesusahan. Hari ini harinya, esok lusa mungkin kita pula.

Mudah-mudahan contoh baik yang kalian tunjukkan akan membawa kepada Malaysia yang lebih sejahtera baik dalam berpolitik mahupun hidup bernegara.

Semoga keadilan dan kemanusiaan subur di bumi Malaysia ini.

Prof. Dr. Haim Hilman



# https://malaysiagazette.com

MR :  Allah menguji dan kita tak terlepas... harap ujian itu tidak membenankan


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


5 ulasan:

  1. Assallamualaikum Datuk Sri Najib Razak.

    Dengan Nama ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG.

    Apa khabar DS? Semoga DS sihat walafiat serta mendapat keredhaanNYA.

    Untuk pengetahuan DS, Saya bukan sahabat taulan DS. Apatah lagi adik beradik DS. Cuma rakyat biasa. Cuma saya adalah bekas tentera yang berkhidmat selama 26 tahun dan pernah bertugas semasa DS menjadi Menteri Pertahanan seketika dulu.

    Maafkan saya DS kerana mencoret warkah untuk DS didalam ruangan ini. Ini kerana saya tidak tahu alamat yang sepatutnya kepada DS. Ruangan ini adalah ehsan dari anak saya yang selalu mengikuti blog ini.

    Tujuan saya ini adalah semata-mata untuk menyatakan perasaan saya pada DS. Saya mengikuti perkembangan DS sejak saya mula bersara pada tahun 2018.
    Semasa itu hanya tinggal beberapa bulan lagi untuk PRU14.

    Saya amat-amat bersimpati diatas segala yang berlaku pada DS. Bukan calang-calang pemimpin yang mampu untuk menghadapi situsi yang DS hadapi disepanjang episod pasca PRU14.

    Kesempatan yang ada ini, sebenarnya saya mengucapkan JUTAAN TERIMA KASIH kepada DS kerana sikap keperhatinan dan tanggungjawab DS semasa DS menjadi MENHAN dan PM.

    Untuk pengetahuan DS, saya diantara ribuan bekas anggota tentera yang melalui program pengstukturan semula gaji semasa DS menjadi MENHAN dan PM.

    Melalui program tersebut tangga gaji saya meningkat dan alhamdulillah saya dapat manafaatnya sehinggalah saya bersara dan berpencen.

    Dan sekarang saya berpencen dan dapat membina rumah diatas tanah sendiri hasil dari program tersebut.

    Anak-anak saya kini dapat melanjutkan pelajaran di MRSM dan juga UPNM dengan bantuan program pelajar anak-anak bekas tentera. Pun didalam program tersebut.

    Alhamdulillah DS. Kehidupan saya dalam persaraan kini disusuli dengan saya menjalankan perniagaan kecil-kecilan dikampung.

    Terima Kasih DS diatas segala bantuan yg DS programkan. Jasa DS tidak akan saya lupakan.

    Untuk DS...tabahlah hadapi ujian ALLAH SWT. Saya bersimpati apa yg DS hadapi sekarang ini.
    Inyaallah DS akan berjaya suatu hari nanti. Sabar DS!! Kerana kesabaran adalah kunci kehebatan pemimpin yang HEBAT.
    MANUSIA YANG HEBAT AKAN DIUJI DENGAN PERKARA YANG HEBAT!!!

    SABAR BUKAN LAGI BUAT UTK PEMIMPIN TETAPI SABAR ADALAH LUMRAH BAGI PEMIMPIN!!



    Akhirkata dari saya, semoga ALLAH SWT bersama-sama DS dan DS dilindungi ALLAH SWT.

    SEKIAN TERIMA KASIH

    Mantan TD.

    BalasPadam
  2. PENDIRIAN Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang tidak mahu mencampuri urusan mahkamah berkenaan kes berprofil tinggi wajar dipuji. ?????? habis si semburit bila nak di dakwa?

    BalasPadam
  3. The judge is Tun Siti Hasmah's nephew. The judgement is biased. Hence, Najib has full right to appeal.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Taktik madey kutty macam tu. Dia pasang kaki2 berpentingan dalam kerajaan. Sebab tu dia buang semua yang tak sokong dia dari dulu lagi. Puak2 ni dajal sebenarnya. Kutty, kerurunan dan kroni mereka tak boleh dipercayai sampai bila2.

      Padam