Header Ads

ads header

Flash News

Dua kali saya dianiaya, kata Musa Aman


KOTA KINABALU:
Musa Aman menganggap pembubaran Dewan Undangan Negeri Sabah seperti yang diumumkan Mohd Shafie Apdal pagi tadi, sebagai satu lagi penganiayaan terhadapnya.

Katanya, kali pertama apabila kerajaan yang ditubuhkan melalui pilihan raya umum 2018 “dirampas”.

“Saya sudah menubuhkan kerajaan dan mengangkat sumpah sebagai ketua menteri Sabah…saya dipecat,” katanya pada sidang media di kediamannya di Luyang hari ini.

Musa berkata antara sebab wakil rakyat yang menyokong Shafie kini berpihak kepadanya kerana mereka mengambil kira hubungan antara kerajaan negeri dengan persekutuan yang tidak sehaluan.

“Sukar bagi wakil rakyat menjalankan tugas mereka kerana tidak sehaluan dengan kerajaan persekutuan dan oleh sebab itu mereka menyokong saya.

“Selain itu, mereka juga memikirkan yang kerajaan diterajui Warisan ini amat lemah dan mahukan saya kembali menerajui negeri ini,” katanya.

Sementara itu, Musa berkata walaupun pembubaran DUN dianggapnya tidak wajar, pihaknya bersedia menghadapi sebarang kemungkinan pilihan raya.

“Sudah pasti kami bersedia, tetapi adakah perlu untuk menyusahkan dan membuang duit rakyat untuk mengadakan pilihan raya?” katanya.


#Kredit : https://www.freemalaysiatoday.com   

MR :  PH ni mana ada fikir pasal rakyat, mereka fikir pasal perut mereka aje  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan