Header Ads

ads header

Flash News

Editor buku hina Jata Negara lari ke luar negara


EDITOR buku ‘Rebirth: Reformasi, Resistance, And Hope In New Malaysia’ yang gambar kulit bukunya didakwa menghina Jata Negara dikesan melarikan diri ke luar negara.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed berkata, lelaki yang juga warga tempatan itu didapati ke luar negara sejak 21 Januari lalu, hasil semakan terhadap dokumen perjalanannya.

“Dia (editor) sudah keluar Malaysia, namun kami tidak dapat memastikan keberadaan suspek serta lokasinya. Pihak JSJ sudah menyenaraikannya sebagai Orang yang Dikehendaki dan akan ditangkap selepas dikesan,” katanya kepada Bernama hari ini.

Huzir berkata, pihaknya juga akan bekerjasama dengan pihak berkuasa Interpol dan akan mengeluarkan notis merah sekiranya suspek dikesan di mana-mana negara.

Katanya, setakat ini polis sudah merakam keterangan lapan daripada 28 penulis yang menyumbang artikel untuk buku itu, manakala bakinya sedang dikesan.

“JSJ juga akan meminta bantuan Cawangan Khas sekiranya artikel yang disumbangkan 28 penulis buku itu mempunyai unsur ancaman keselamatan dan sebagainya,” katanya sambil memaklumkan sebanyak 203 laporan polis diterima berhubung kes itu di seluruh negara.

Siasatan kes itu dilakukan mengikut Seksyen 5 Akta Lambang dan Nama 2016, Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 8(1) Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Buku Rebirth: Reformasi, Resistance and Hope In New Malaysia yang disunting penulis, Kean Wong itu mempamerkan sebuah logo mirip Jata Negara mendapat perhatian kerana menggunakan gambar yang dikatakan menghina Jata Negara.

Perkara berkenaan menimbulkan pelbagai reaksi selepas ia tersebar dan tular di media sosial menyebabkan pelbagai pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan serta parti politik membuat laporan polis dan menggesa tindakan tegas dikenakan terhadap pihak terbabit.

# Sumber



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


6 ulasan:

  1. Tarik je kerakyatan dia abis cerita termasuk 28 org penyumbang penulisan tu.. Supaya jd pengajaran kpd pengkhianat Negara

    BalasPadam
  2. Dah lari sejak 21 Januari. Dah yakin ph akan tumbang masa tu lagi. Sebelum lari puas kan hati bagi kau kau hina negara. Poster2 pengkhianat yang lari dan bersembunyi kena diedarkan di tempat2 awam dan dan bala2 polis.

    BalasPadam
  3. ....nak settle.....senang je.

    .....kasi "settle" kerakyatan je.

    Polis tak pening...

    imegeresen tak pening!!

    BalasPadam
  4. Buang kerakyatan pengkhianat logo jatanegara

    BalasPadam
  5. setuju, buang kerakyatan...pasti dia akan balik Malaysia..dan bertanya, knpe buang kerakyatan nye...indirectly dpt kurangkan ckit tugas polis dan imigresen

    BalasPadam