Header Ads

Header ADS

GERAKAN mula tunjuk taring berkaitan isu jawi


Timbalan Presiden GERAKAN, Oh Tong Keong bertegas, mahu menentang habis-habisan jika orang bukan Islam disuruh untuk mempelajari tulisan Jawi.

Beliau berkata demikian susulan pengumuman Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri bahawa hari Jumaat diumumkan sebagai ‘Hari Jawi’ bermula, semalam.

Dr Zulkifli berkata, bagi menzahirkan iltizam memartabatkan tulisan Jawi, kepala surat rasmi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) akan menggunakan tulisan Jawi bagi urusan rasmi.

Beliau turut menyeru seluruh kementerian, jabatan, agensi di peringkat Persekutuan dan negeri, badan bukan kerajaan (NGO) dan seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama dalam usaha memelihara warisan negara ini

Tidak berpuas hati dengan perkara itu, Tong Keong memberi hujah bahawa, Perlembagaan Malaysia dengan jelas menetapkan bahasa kebangsaan sebagai bahasa rasmi negara.

“Mengapa menteri ini perlu membangkitkan isu penggunaan Jawi. Ini menunjukkan pihak sana ada agenda yang lebih besar tersembunyi di belakang tabir.

“Malaysia ialah sebuah negara majmuk, kalau beliau berpendapat setelah mendapat kelulusan Kabinet, beliau boleh menyebarkannya (Jawi) kepada orang bukan Islam, mereka telah membuat kesilapan besar.

“GERAKAN bakal bersungguh-sungguh menghalang muslihat ini,” katanya seperti dilapor portal berbahasa Cina, Oriental Daily.

Tong Keong yang juga merupakan Pengerusi GERAKAN Pulau Pinang berkata, sebelum ini pemimpin PAS telah berterusan mencetuskan ketidakpuasan hati orang bukan Islam.

Namun kini, katanya, bekas Mufti Wilayah Persekutuan yang telah menyertai Kabinet pula berbuat demikian.

“Walaupun Zulkifli tidak menyertai Kabinet atas tiket PAS, tetapi menilai dari tutur kata dan perlakuannya, tiada beza dengan pemimpin PAS yang ekstrem dan selalu memainkan isu perkauman.

“Kalau beliau mahu mengikut jejak pemimpin PAS, maka bersedialah menghadapi akibatnya,” katanya memberi amaran.

Tong Keong juga mengingatkan Dr Zulkifli jika ia Hari Jawi adalah gerakan yang bermatlamat untuk menggalakkan penggunaan Jawi, maka ia hanya patut melibatkan orang Islam sahaja.

“Jika niat beliau ialah untuk memaksa orang bukan Islam terlibat sama, GERAKAN akan menentang habis-habisan.

“Pada zahirnya Dr Zulkifli berkata bahawa matlamatnya adalah untuk menggalakkan penggunaan Jawi tetapi kita tidak tahu apa yang beliau akan lakukan secara tersembunyi,” katanya.

 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


11 ulasan:

  1. Bodo apek ni.. Dia sendiri cakap bahasa kebangsaan adalah bahasa rasmi. Bahasa kebangsaan tu adalah bahasa melayu dan jawi adalah sebahagian dari bahasa melayu. Penggunaan bahasa lain dalam segala urusan rasmi yang patut di tentang sebenarnya termasuk bahasa inggeris.

    BalasPadam
  2. Produk cina byk pula ada tulisan jawi tak Mo tentang Ker...? Apek bodoh..

    BalasPadam
  3. Tak heran orang cina menggelupur bila sebut JAWI. Tapi bukan sedikit orang Melayu sendiri tidak tau apa itu JAWI. Nak tau? Cari sendiri lah!!!

    BalasPadam
  4. Cina bodoh..masyarakat malaysia memang majmuk.. tapi agama persekutuan..adalah islam.. jawi sebagai sumber nya

    BalasPadam
  5. ni cacing ke babi..? apehal menggelupur..?

    dah sampai masanya MCA/GERAKKAN/MIC pun kita tentang dn buang dari kerajaan.
    umpama duri yg dh berpuluh tahun tertanam didalam badan, masih juga tidak mahu serasi dan menyesuaikan, asal bergerak ingin juga dicucuk.

    buang saja selumbar itu

    BalasPadam
  6. Apek lu sapa..lu gerakan sudah tak bergerak...pi mampus sama lu

    BalasPadam
  7. Cina ni ingat parti dia tu kuat sangat. Berapa puluh kerusi dia ada? Toksah heran la dgn puak2 ni, serupa gengster nk ugut2... Ptuihhh . .

    BalasPadam
  8. Hapuskan sekolah cina kerajaan di malaysia.

    BalasPadam
  9. Bukan ke itu hari ketuanya cakap nk sokong PN ker?

    BalasPadam
  10. Sebelum tu buang DAP dulu...

    BalasPadam
  11. Minta MCA rampas Pulau Pinang daripada DAP. Gerakan memang tak boleh pakai.

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.