Header Ads

ads header

Flash News

Ikhlas, jujur: Zahid beri 'bayangan' nilai semula perkongsian


KUALA LUMPUR
: Angin perubahan lanskap politik negara semakin kencang pasca keputusan kes SRC International Sdn Bhd melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa.

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi seolah-olah memberi bayangan berkenaan hasrat untuk menilai semula 'perkongsian'.

Menerusi muat naik status di laman sosialnya, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu turut menyuarakan soal keikhlasan dan kejujuran.

"Untuk berkongsi hidup, apatah lagi berkongsi kuasa, keikhlasan dan kejujuran merupakan prinsip utama perkongsian.

"Apabila keikhlasan dan kejujuran diketepikan, sebarang perkongsian harus dinilai semula," ujarnya.

Sumber Facebook zahidhamidi.fanpage

Namun sukar digambarkan apakah bentuk tindakan selanjutnya yang akan dilakukan beliau yang turut mengakhiri status dengan #UMNOBangkit.

Semalam, bekas Timbalan Perdana Menteri itu dilaporkan berkata, UMNO akan mengambil keputusan politik yang besar berikutan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mensabitkan Najib atas tujuh tuduhan penyelewengan wang berjumlah RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Najib dijatuhkan hukuman penjara 72 tahun dan denda RM210 juta dan semua hukuman berjalan serentak sekali gus menjadikan tempoh penjara adalah 12 tahun.

Bagaimanapun, Ahmad Zahid meminta ahli UMNO berlapang dada dan berfikiran terbuka dengan apa juga keputusan yang dibuat oleh parti.

# Astro

 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. Cari dalang2 madey hingga ke lubang cacing dalam kerajaan. Jangan belas kasihan lagi. Mereka tak belas kasihan.

    BalasPadam