Header Ads

ads header

Flash News

Inilah apa yang berlaku dalam perbicaraan Mahkamah Kes SRC – Najib Razak


Ada kad “Thank you” ke tidak, ini adalah apa yang berlaku dalam perbicaraan mahkamah kes SRC

1. PERBICARAAN kes SRC – 29 April 2019:

Pengurus Ambank R. Uma Devi mengesahkan kemasukan dana berjumlah RM642 juta daripada Putera Faisal Turki dan Kementerian Kewangan Arab Saudi, ke dalam akaun bank peribadi Datuk Seri Najib Razak.

2. PERBICARAAN kes SRC – 22 Ogos 2019:

Penolong Kanan Pesuruhjaya (PKPj) Bahagian Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan kemasukan dana berjumlah RM642 juta daripada Putera Faisal Turki dan Kementerian Kewangan Riyadh, ke dalam akaun bank peribadi Datuk Seri Najib Razak.

3. PERBICARAAN kes SRC – 4 Mar 2020:

Perbicaraan SRC International Sdn Bhd yang dikaitkan dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sudah masuk hari ke-87 menjadi semakin ‘menarik’.

Pada hari ini seorang lagi saksi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Asisten Komisioner Fikri Ab Rahim memberitahu mahkamah bahawa pasukan beliau sangat ‘berpuas hati’ dengan hasil siasatan mereka di Riyadh yang membabitkan Putera Arab Saudi, Putera Saud Abdul Aziz Malik Abdul Aziz Al-Saud.

Fikri turut mendedahkan Putera Saud telah menunjukkan pasportnya yang mengandungi butiran peribadi kepada pasukan SPRM pada November 2015 di istana di Riyadh, Arab Saudi.
Selain daripada Putera Saud, yang hadir sama pada sesi rakaman untuk siasatan itu adalah Putera Faisal serta Putera Turki.

Fikri yang merupakan saksi ke-10 berkata, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki dan bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad turut berpuas hati ketika selesai sesi rakaman siasatan tersebut.

Fikri berkata demikian ketika pemeriksaan utama oleh peguam bela, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

Shafee:
Saya hendak tanya kamu, selepas sesi siasatan dengan Putera Saud di Riyadh, adakah pasukan SPRM berpuas hati dengan hasilnya?

Fikri:
Kami tidak terima apa-apa arahan lanjut selepas itu, jadi pada tanggapan semuanya berpuas hati termasuk Datuk Azam Baki kerana tiada apa-apa arahan selepas itu. Selalu kebiasaanya, ada arahan lanjut jika ada apa-apa.

Shafee:
Semua puas hati begitu? Termasuk Datuk Azam Baki?

Fikri:
Ya. Benar

Shafee:
Bagaimana kamu tahu yang itu adalah Putera Saud? Adakah puas hati dengan identitinya?

Fikri:
Pasportnya telah diberikan kepada Datuk Azam untuk disemak. Ada gambar Putera Saud di situ. Orang sama duduk dalam istana, memang berpuas hati dengan identitinya. Tidak ada masalah atau keraguan.

Pada Khamis lalu, saksi kesembilam pembelaan, Pegawai Penyiasat, Asisten Komisioner Mohd Nasharuddin Amir mendedahkan terdapat pengesahan daripada Putera Arab tentang derma berjumlah RM2.3 bilion kepada Najib.

Dalam pada itu, Fikri memberitahu, Putera Saud fasih berbahasa Inggeris dan beliau telah memperkenalkan dirinya sendiri ketika pasukan SPRM berada di Riyadh.

Selain daripada itu, pasukan SPRM turut dibawa mengerjakan umrah dengan menaiki jet peribadi milik kerajaan Arab Saudi sebelum sesi rakaman itu kerana ia merupakan cara negara itu mengalu-alukan kedatangan tetamu.

Kata Fikri, mereka juga telah dipindahkan ke sebuah hotel yang dikawal tentera kerajaan bagi memastikan keselamatan masing-masing terjamin.

Ini pula berlaku di luar mahkamah pada April 2016:

Menteri luar Arab Saudi sahkan derma dari Arab Saudi:


Najib Razak
Sang pencari keadilan..
Yang Haq Pasti Berdiri..
Yang Batil Akan Terbungkam!




# https://mykmu.net/

MR :  Aku nampak perkara ini pada Mahkamah Rayuan. Nak bebas terus nanti ada rakyat bangkit tak setuju. Jadi bagi kalah awal rakyat PH seronok Hakim dipuji. Politik ni selalu membodohkan manusia yang lurus


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. Takpe dalam mana-mana cerita, hero mesti kalah dahulu.

    BalasPadam
  2. Adakah Najib sebenarnya menjadi mangsa konspirasi politik pihak yang tidak mahu melihat Najib menjadi pm semula ???

    BalasPadam