Header Ads

ads header

Flash News

Kami tidak bersama kerajaan mahupun PH – Maszlee Malik


KUALA LUMPUR –
Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik berkata kesemua bekas ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) mahupun blok pembangkang.

“Seperti mana yang dinyatakan Tun M, kami adalah di blok bebas, kami tidak berada bersama kerajaan dan tidak bersama PH. Yang bersama kami ialah Warisan, UPKO, dan Parti Sarawak Bersatu (PSB),” katanya dalam sidang media di Parlimen, hari ini.

Bekas Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 10 Julai lalu memutuskan beliau serta lima lagi Ahli Parlimen kekal bersama Parti Warisan Sabah (Warisan) untuk berada di blok bebas di dalam dan di luar Parlimen.

Lima Ahli Parlimen itu adalah Ahli Parlimen Jelun, Datuk Seri Mukhriz Mahathir (Jerlun); Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman; Dr Maszlee; Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Amiruddin Hamzah dan Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Shahruddin Md Salleh.

Mereka turut memutuskan tidak bergabung dengan mana-mana gabungan.

Ditanya sama ada mereka akan menyokong mana-mana usul yang dikemukakan kelak, bekas Menteri Pendidikan itu berkata mereka akan menyokong di blok bebas.

“Usul undi (di Dewan Rakyat)? Kami di blok bebas,” katanya lagi.

Kelima-lima mereka sebelum ini dipecat serta merta daripada Bersatu pada 28 Mei lalu.

Kesemua mereka dipecat atas alasan duduk di bangku pembangkang semasa persidangan Dewan Rakyat pada 18 Mei lalu. – MalaysiaGazette

MR :  Pecah tiga juga PRU-15 ni


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. Puak terbuang.. sana ko khianat, sini ko khianat..sudahnya jd lahanat terbuang. PH sebenarnya tahu Tun lah punca runtuh kerajaan sebelum ni serta jelas tak mahu anwar sebagai PM. PN lebih aman tanpa org2 begini.

    BalasPadam