Header Ads

ads header

Flash News

Kenapa saya ikut perjuangan Islam PAS


Salam sejahtera, saya Cik,Kumutha A/P Rahman bersama dalam perjuangan Pas sejak tahun 2007 masa itu saya tamatkan pelajaran dalam bidang perundangan. Saya menjadi calon Non Muslim pertama pada tahun 2008 di Tiram N40 dan 2013 calon pas N40 Tiram dan 2018 di Johor Just Jaya N41.

Saya bersama pas selama 13 tahun, perjuangan ini ada manis dan masamnya,banyak cabaran yang telah dilalui. Saya sebagai wanita India pertama dalam perjuangan ini amat berasa bangga walaupun ada ramai mengkritik saya ikut perjuangan Islam. Bagi mereka yang tidak faham saya cuba buat penerangan berdasarkan buku perlembangaan pas.

Dalam buku perlembangaan tiada perkataan non muslim kena convert kepada Islam, dan ia tidak bercanggah dengan perlembangaan Persekutuan Negara. Jadi non Muslim tidak perlu takut dengan Pas, Ini bukti yang kukuh dan padat.

Pada hari Sabtu 4hb Julai 2020 Johor mencipta sejarah baru sekali lagi dengan Pelancaran Dhpp 2.0

Saya selaku Ketua Dhpp Johor dengan matlamat memperkasakan Dhpp setiap kawasan. Walaupun 4hbJulai melangkar sejarah baru tubuhnya Dhpp Tebrau . Akan datang kita Dhpp akan membuat Pelancaran kawasan Kulai, Johor Bahru, Ledang, Senai, Pasir Gudang dan beberapa cawangan.

Harapan Saya Dhpp dapat memainkan peranan yang penting dalam pas bagi menerajui negara Malaysia tercinta.

Kejayaan program 4 Julai 2020 berjaya disebabkan oleh tunjuk ajak daripada Badan Perhubungan Pas Negeri Johor, saya mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pesuruhjaya Pas Johor Ustaz Abdullah Hussein, Penasihat Dhpp Johor Encik Khairul Faizi, setiap Dewan iaitu Muslimat, Ulama dan Pemuda dan setiap kawasan.

Kami ahli Dhpp bagaikan isi dengan kuku dengan semua Dewan, tidak dapat pisahkan begitulah perjuangan kami bersama Pas. Istiqamah sehingga kemenangan.

Sekian Terima Kasih.

Cik Kumutha Raman
Ketua Dhpp Johor
merangkap Ketua Wanita Dhpp Pusat.


 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


4 ulasan:

  1. Terbaik Cik Kumutha. Semoga DHPP istiqamah dengan PAS. Semoga Allah memberi hidayah kepada mereka

    BalasPadam
  2. Tahniah Cik Kumuta Rahman, anda lebih mengenali cara hidup yg d perjuangkan....

    BalasPadam
  3. Aku ini adalah penyokong MN Dan PN. Jika kerajaan PN gagal menangkap Dan menghukum pembunuh-pembunuh Adib Dan orang-orang yang bersubahat dengan mereka, Aku Dan saudara mara Ku tidak akan mengundi PN Dalam PRU 15.

    Dan Aku tidak akan membela MN dan PN dan tidak akan menentang cybertrooper ternakan Pakatan Hancing dalam internet walaupun sebelum ini Aku sibuk menentang fitnah-fitnah mereka dalam internet.

    Aku sedang menunggu dan melihat tindakan kerajaan PN seterusnya berkaitan kes Adib.

    BalasPadam
  4. Terima kasih atas artikel ini.

    BalasPadam