Header Ads

ads header

Flash News

Keputusan terbaik untuk keadaaan sekarang, Umno, PAS setuju Muhyiddin terus jadi PM lepas PRU15


Untuk mendapat mandat rakyat perlu ada PRU-15. lebih cepat lebih baik kerana sekarang PH sedang gila berperang sama sendiri. Populariti Mahathir jatuh merundum. Anwar pula rakan PH pun tak nak dia jadi PM. Penyokong mereka jadi macam bodoh kena kencing sesama sendiri. Hatta cybertropper dapat gaji pun dah muak dengan pimpinan mereka kerana gaji pun dah tak dapat, mereka muak dengan pimpinan berebut nak isi perut bukan untuk rakyat.

PRU-15 kena cepat sebab populariti Muhyiddin pun ada hadnya. Jadi buat masa sekarang cepatkan PRU-15, agihkan kerusi dengan baik antara UMNO, PAS dan BERSATU serta parti-parti lain.

Sebaik-baik PRU-15 bersama dengan PRK Sarawak.

Dan terakhir secara prinsip, Umno dan PAS bersetuju menyokong Muhyiddin Yassin sebagai calon perdana menteri bagi pilihan raya umum ke-15 (PRU15), kata setiausaha bersama sekretariat Muafakat Nasional, Annuar Musa.

Jelasnya, keputusan itu dibincang dalam mesyuarat bersama baru-baru ini, sekali gus menjadikan presiden Bersatu itu mempunyai sokongan kedua-dua parti Melayu-Islam terbesar.

"Mesyuarat bersama pemandu Muafakat Nasional antara Umno dan PAS membincangkan perkara itu di peringkat jawatankuasa di mana kita telah bersetuju untuk terus beri sokongan kepada Muhyiddin sebagai perdana menteri dan beliau adalah anggota kepada gabungan PN (Perikatan Nasional).

"Untuk pilihan raya akan datang, secara prinsipnya kedua-dua parti telah bersetuju untuk menamakan atau menyokong perdana menteri, Muhyiddin sebagai calon perdana menteri seterusnya," katanya dipetik sebagai berkata seperti dilaporkan BH Online, hari ini.

Muhyiddin menggantikan Dr Mahathir Mohamad selepas Pakatan Harapan (PH) ditumbangkan melalui 'Langkah Sheraton' Februari lalu.

Sementara itu, Annuar yang juga anggota parlimen Ketereh turut mengesahkan perkara sama dinyatakan oleh Presiden PAS, Abdul Hadi Awang.

"Di peringkat jawatankuasa bersama Muafakat Nasional yang mana saya setiausaha agungnya, betul memang apa disebutkan oleh Presiden PAS itu adalah perkara yang telah dibincangkan bersama PAS dan Umno.

"Dalam soal ini (ia) adalah pendirian (kami) sama. Saya sahkan," katanya dipetik sebagai berkata.

Tambahnya keputusan tersebut seterusnya akan dibawa ke saluran parti masing-masing untuk perbincangan lanjut.

MR :  Pastikan PH terus berkubur


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan: