Header Ads

ads header

Flash News

Kerajaan Tebuk Atap Warisan Sabah tumbang


BEKAS Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman mengumumkan memperoleh majoriti mudah bagi membentuk kerajaan Sabah yang baharu.

Dalam satu sidang media khas petang tadi, beliau berkata, gabungan baharu terbabit membabitkan beberapa parti iaitu Umno, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Parti Solidariti Tanah Airku (Star) dan Parti Bersatu Sabah (PBS).

Katanya, Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Nardin membuat kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin pagi tadi.

"Mereka membuat kunjungan hormat kepada Tuan Yang Terutama pagi tadi bagi memaklumkan gabungan baharu yang menyokong Perikatan Nasional (PN) di bawah pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa memperoleh sokongan majoriti untuk membentuk kerajaan baru.

"Tuan Yang Terutama meminta saya mengemukakan surat akuan bersumpah yang mengesahkan sokongan mereka.

"Saya menerima surat akuan bersumpah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang mengesahkan pendirian mereka menyokong gabungan baharu yang saya ketuai," katanya.


MR :  Dulu WARISAN dan PH beli ADUN, sekarang ADUN yang kena beli tahu kena kencing


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. Alhamdulillah..tahniah sabah

    BalasPadam
  2. Bila terbang terlalu tinggi, lebih sakit kalau jatuh.. Kerana mimpi nak jd PM, jawatan Ketua Menteri pun melayang.. Tak fahamkah, dlm PH tu byk penikam belakang.. kasihan...

    BalasPadam